- Berita
- Berita Auto
- Sesak Luar Biasa Di Shah Alam
Pix Man Waj.
Gara-gara kemalangan maut membabitkan sebuah lori dan motosikal di Kilometer 5.7 berhampiran Bulatan Selangor, pengguna Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) berdepan kesesakan luar biasa, sejak pagi tadi.
Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna meluahkan rasa kecewa apabila terperangkap dalam kesesakan yang disifatkan luar biasa.
Seorang pengguna Facebook berkata:
"Ini highway dia bukan sempit pun tapi jem dia... Takde kemalangan pun jem, ada kemalangan macam takda contingency plan. Apa la perasaan orang alam Impian nak kema keluar masuk Tol tu Hari2," tuliSnya.
Tuurt senada, seorang lagi pengguna Facebook yang turut menyuarakan kekecewaan mengenai perkara yang sama.
"Tak kan tak ada emergency plan jika perkara macam ni jadi? kena lebih proaktif..penat hari2 hadap jem.. bile eksiden lagi teruk jem," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/