- Berita
- Kereta Baru
- Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Pendaftaran minat untuk DENZA Z9GT, yang merupakan model Grand Toure dan kenderaan paling canggih dari segi teknologi setakat in, sudah pun dibuka.
Bagi yang berminat jentera ini disumbat dengan oleh sistem pacuan semua roda (AWD) Tri-motor yang menghasilkan kuasa sehingga 850 kW, bersamaan 1,156 PS, serta tork maksimum 1,210 Nm.
Untuk itu, Z9GT mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.7 saat, selain menawarkan jarak pemanduan elektrik tulen sehingga 701 km (NEDC).
Di sebalik prestasi luar biasa DENZA Z9GT ialah Platform 3 revolusioner, sebuah seni bina kenderaan pintar tercanggih DENZA yang pertama kali diperkenalkan dalam barisan model jenama ini.

Dengan bateri berkapasiti 122.49 kWh serta beroperasi pada seni bina voltan tinggi 1,000 V, Z9GT menyokong Teknologi Pengecasan Kilat BYD yang membolehkan pengecasan daripada 10% hingga 70% hanya dalam masa 5 minit, atau daripada 10% hingga 97% dalam hanya 9 minit.
Mnejengah bahagian kabinnya, Z9GT menawarkan ruang mewah yang diperhalusi, direka untuk memberikan keselesaan, kemudahan dan pengalaman perjalanan yang menenangkan.
Penggunaan bahan premium termasuk kulit asli dan kemasan kayu asli membentuk suasana kabin yang eksklusif, dilengkapi pintu elektrik dengan fungsi penutupan lembut serta tempat duduk hadapan dengan penyokong sisi aktif bagi memberikan sokongan optimum ketika pemanduan dinamik.
Keselesaan dan kepraktisan turut dipertingkatkan menerusi pad pengecas tanpa wayar berkembar 50W untuk penumpang hadapan, pad pengecas tanpa wayar 50W pada tempat letak tangan belakang, sistem audio premium Devialet® 20 pembesar suara serta peti sejuk pemampat berkapasiti besar dengan fungsi penyejukan dan pemanasan.
Dengan ruang penyimpanan fleksibel termasuk but belakang berkapasiti 495 liter dan but hadapan 53 liter, Z9GT menawarkan keseimbangan sempurna.
Jentera ini juga hadir dengan pemproses berprestasi tinggi 3nm yang terkemuka dalam industri, yang menguasakan sistem infotainment dengan tindak balas pantas, operasi lancar dan kesalinghubungan digital yang intuitif.
Dengan adanya Google terbina dalam, sistem ini menawarkan ekosistem digital pintar yang direka untuk meningkatkan kemudahan, navigasi serta pengalaman dalam kenderaan, memastikan setiap perjalanan lebih lancar dan terhubung.
DENZA Z9GT akan membuat penampilan sulung Asia Pasifiknya di Malaysia pada 15 Julai 2026.
Selepas pelancaran rasminya, pelanggan berpeluang melakukanpandu uji DENZA Z9GT Serba Baharu di semua bilik pameran DENZA Premium di seluruh negara mulai 16 Julai 2026.
Untuk pendaftaran, KLIK!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/