- Berita
- Berita Auto
- Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang terbabit dalam tindakan membakar mercun di tengah jalan raya di atas Jalan Persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14 seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah mengesahkan laporan dibuat oleh Ketua Polis Balai Bukit Jelutong berikutan penularan video berkenaan.
Kejadian yang tular di aplikasi Threads itu sekali gus mengundang kebimbangan awam serta gangguan ketenteraman di kawasan sekitar.
Insiden Ketika Perarakan Kematian Di Seksyen U14
Insiden tersebut dipercayai berlaku semasa satu perarakan kematian sedang menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden, Setia Alam.
Video berdurasi 35 saat itu turut memaparkan tindakan suspek yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan utama berkenaan.
Pihak polis kini sedang mempergiat usaha mengesan kesemua suspek serta saksi kejadian untuk membantu siasatan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman berat jika disabitkan kesalahan.
Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.
SUMBER BERITA HARIAN
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
