- Berita
- Berita Auto
- Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Niat dua lelaki melarikan diri daripada roadblock polis bertukar tragedi apabila mereka temui ajal selepas kenderaan Proton X70 yang dinaiki terbabas di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, pagi tadi.
Insiden itu berlaku selepas kenderaan suspek hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu.
Cuba Elak Roadblock Polis Sebelum Terbabas
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu kira-kira jam 10.24 pagi yang turut membabitkan sebuah kenderaan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan rawak di Kilometer 16 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis sebelum SUV terbabit dalam keadaan mencurigakan.
“Anggota polis kemudian mengekori kenderaan berkenaan bagi tujuan pemeriksaan selepas SUV dipandu berpatah balik dan bergerak menghala ke Bandar Gua Musang.
Merempuh Hilux Dan Tiang Lampu
“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian sisi belakang sebuah Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Beliau berkata, kenderaan terbabit kemudian terbabas ke bahu jalan dan merempuh sebuah tiang lampu.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/