- Berita
- Berita Auto
- Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Gara-gara sebuah kereta ubah laluan, nyawa dua penunggang basikal melayang di kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya, malam tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed.
Menurutnya, kemalangan itu membabitkan kenderaan yang dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an serta dua penunggang basikal lelaki masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 30-an.
"Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu telah mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua penunggang basikal tersebut.
"Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang basikal disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala," katanya.
Beliau berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai atau saksi kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/