- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Naik 5 Sen: RON95 Tanpa Subsidi Kini RM3.82

Harga bahan api RON95, RON97, dan diesel di seluruh negara naik 5 sen seliter bagi tempoh 27 Ogos hingga 2 September. Kementerian Kewangan maklumkan kenaikan ini berpunca daripada tekanan harga petroleum global akibat ketegangan geopolitik dan sekatan laluan Selat Hormuz yang masih berlarutan.
Berikut adalah kadar harga bahan api tanpa subsidi berkuat kuasa 27 Ogos hingga 2 September:
RON95: RM3.82 seliter (Naik 5 sen daripada RM3.77)
RON97: RM4.30 seliter (Naik 5 sen daripada RM4.25)
Diesel (Tanpa Subsidi): RM4.72 seliter (Naik 5 sen daripada RM4.67)
Faktor Ketegangan Geopolitik Tekan Harga Petroleum Global
Menurut Kementerian Kewangan, pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM) mencatatkan harga minyak mentah Brent kekal melebihi AS$90 setong. Gangguan trafik di Selat Hormuz terus mengurangkan bekalan minyak dunia secara ketara.
Selain itu, penyusutan simpanan kecemasan negara Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) serta gangguan kapasiti penapisan di Asia Barat dan Rusia turut memberi tekanan berterusan kepada pasaran petroleum bertapis global.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/