- Berita
- Berita Auto
- Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya

Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memeriksa kenderaan komersial sekali gus menyebabkan pemeriksaan dari 10 minit jadi 1 minit.
Teknologi itu direka bentuk melalui kerjasama dengan syarikat teknologi tempatan, Keymag Sdn. Bhd., ia mengautomasikan pengesanan komponen dan kecacatan kenderaan melalui analisis imej pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, sistem itu berupaya mengesan kecacatan seperti kakisan, kebocoran minyak, kerosakan sistem brek, kecacatan gandar dan kerosakan struktur dengan lebih konsisten, sekali gus meningkatkan kecekapan pemeriksaan dengan ketara.
RINGKASAN: Puspakom bekerjasama dengan Keymag Sdn. Bhd. memperkenalkan sistem pemeriksaan bawah kenderaan komersial berasaskan AI pada Trak Bergerak (MTS). Inovasi ini memendekkan masa pemeriksaan daripada 10 minit kepada hanya 1 minit, mengesan kerosakan (karat, kebocoran, brek) secara automatik, dan menjimatkan masa pemandu lori, namun keputusan lulus/gagal tetap kekal di tangan pemeriksa manusia.
“Sebagai contoh, dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk pemeriksaan bawah kenderaan berkuasa AI daripada 10 minit kepada kira-kira satu minit, iaitu pengurangan hampir 90 peratus daripada tempoh pemeriksaan, seorang pemandu lori memperoleh kira-kira 10 minit tambahan yang boleh digunakan untuk membuat penghantaran, melayani pelanggan atau pulang ke rumah lebih awal.
“Dalam industri logistik di mana masa amat berharga, penjimatan ini amat bernilai. peningkatan kecekapan ini membolehkan kami memeriksa lebih banyak kenderaan setiap jam, meningkatkan kapasiti perkhidmatan, mengurangkan masa menunggu dan menyumbang kepada ekosistem pengangkutan yang lebih selamat serta cekap untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
Untuk makluman, sistem AI itu digunakan pada Perkhidmatan Trak Bergerak (MTS) Puspakom bagi kenderaan komersial berat.
Sistem ini membolehkan pemeriksaan dilaksanakan dengan lebih pantas sekain mengekalkan ketelitian dan integriti pemeriksaan berkanunun kenderaan.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan biarpun AI meningkatkan kelajuan, ketepatan pemeriksaan sebenarnya tidak menggantikan kepakaran manusia.
Keputusan akhir lulus atau gagal masih dilaksanakan sepenuhnya oleh Pemeriksa Kenderaan (VE) PUSPAKOM yang terlatih manakala sistem AI berfunsi sebagai alat sokongan keputusan pintar yang mengenal pasti potensi anomali untuk pengesahan lanjut.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/