- Berita
- Berita Auto
- Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Perit, sedih, dan menyirap! Bayangkan selepas seharian bertungkus-rumus bekerja, anda berjalan ke kawasan parkir dengan harapan dapat pulang berehat di rumah... tiba-tiba mendapati dua buah tayar kereta anda sudah ghaib!
Itulah nasib malang yang menimpa seorang pengguna pengangkutan awam selepas meletakkan kenderaannya di kawasan parkir Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Bukit Tinggi, Laluan Shah Alam, Klang.
Kejadian itu dikongsikan pengguna Threads, @nanijismani menerusi satu hantaran selepas dia pulang dari tempat kerja sebelum mendapati dua buah tayar keretanya sudah dicuri.
“Baru balik kerja, tiba-tiba tengok tayar kereta saya dicuri macam ini? Untuk makluman, saya parkir di LRT3 Bukit Tinggi. Pagi tadi saya siap bayar parkir. Memang tak ada orang jaga ke?,” katanya.
Wanita itu kemudian memberi peringatan kepada orang ramai yang menggunakan kawasan parkir tersebut supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan kenderaan masing-masing.
“Korang (kalian) yang nak parkir sini, jaga-jaga lah ya,” pesannya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
