- Berita
- Berita Auto
- PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan

Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal diperkasa dengan penggunaan 375 unit All Terrain Tactical Assault E-Bike (ATEB) bagi meningkatkan keupayaan rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal diperkasa dengan penggunaan 375 unit All Terrain Tactical Assault E-Bike (ATEB) bagi meningkatkan keupayaan rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara.
Aset baharu bernilai lebih RM10 juta ini dijangka memberi kelebihan taktikal kepada anggota bertugas di kawasan bermuka bumi mencabar.
Tingkatkan Keupayaan Rondaan Sempadan Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, e-bike yang dikenali sebagai JEBATT F29 itu akan diagihkan ke negeri-negeri yang berhampiran kawasan sempadan, termasuk Perlis, Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.
Penggunaan motosikal elektrik ini membolehkan anggota membuat rondaan dengan lebih pantas, senyap, dan berkesan di laluan sempit mahupun kawasan off-road.
"Dengan adanya perolehan ataupun penggunaan motosikal ini, penugasan pegawai dan anggota kita di sempadan akan lebih sempurna, dapat dilaksanakan dengan baik dan memastikan sempadan kita sentiasa berada dalam kawalan keselamatan yang sempurna," katanya kepada pemberita pada majlis penerimaan aset tersebut di Bukit Aman.
Perolehan RM10 Juta Melibatkan Dua Fasa
Projek perolehan e-bike JEBAT F29 ini dilaksanakan dalam dua fasa utama bagi memastikan agihan aset dibuat secara berperingkat mengikut keperluan kawalan sempadan.
Fasa pertama membabitkan 100 unit bernilai RM2.388 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Rolling Plan Keempat, manakala fasa kedua melibatkan baki 275 unit lagi.
Langkah modenisasi aset PDRM ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kawalan benteng pertahanan negara kekal kukuh dan berteknologi tinggi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
