- Berita
- Berita Auto
- PDRM Guna Nissan KICKS e-POWER Untuk Operasi

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah menyerahkan dua unit Nissan KICKS e-POWER kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalani Program Penilaian Proof of Concept (PoC) selama dua bulan tanpa sebarang komitmen pembelian.
Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua kenderaan akan menjalani penilaian dalam operasi rondaan sebenar bagi menilai prestasi, praktikaliti serta kesesuaiannya untuk kegunaan operasi barisan hadapan.
RINGKASAN:
ETCM menyerahkan dua unit Nissan KICKS e-POWER kepada PDRM untuk menjalani Program Penilaian Proof of Concept (PoC) selama dua bulan dalam operasi rondaan sebenar. Ujian ini bertujuan menilai prestasi dan kesesuaian teknologi elektrifikasi tanpa pengecasan luaran untuk kegunaan barisan hadapan.
Difahamkan, progam penilaian ini memberi peluang kepada Nissan KICKS e-POWER untuk menunjukkan bagaimana teknologi elektrifikasinya mampu menyokong keperluan mobiliti operasi barisan hadapan.
Dilaksanakan dalam keadaan operasi sebenar, program ini akan memberikan penilaian mengenai keupayaan, kecekapan serta kebolehsuaian kenderaan dalam mengharungi kitaran tugasan yang mencabar.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.Christopher Tan, menyifatkan pihaknya percaya inovasi terbaik ialah inovasi yang memenuhi keperluan dunia sebenar.


"Nissan e-POWER dibangunkan untuk menjadikan pengalaman pemanduan berelektrifikasi lebih mudah diakses dengan menawarkan pengalaman pemanduan seperti kenderaan elektrik (EV), tanpa memerlukan pengecasan luaran serta menghapuskan kebimbangan terhadap jarak perjalanan.
Berbeza daripada sistem hibrid konvensional, enjin petrolnya berfungsi semata-mata sebagai penjana elektrik untuk membekalkan kuasa kepada bateri, sekali gus menghapuskan keperluan terhadap infrastruktur pengecasan luaran, selain mengekalkan kemudahan mengisi bahan api seperti kenderaan konvensional.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
