Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara. Perkara ini disahkan oleh pengendali jenama, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sempena ketibaan Navara X-Tremer, pihak syarikat  menganjurkan beberapa aktiviti khas dan program promosi.

Antaranya  konvoi khas bersama ahli Kelab Pemilik Navara menuju ke East Coast Mall, Kuantan, di mana model baharu ini membuat penampilan sulung di khalayak ramai melalui siri jelajah di sana.

image.png

Selain itu, ETCM juga mengumumkan acara bilik pameran khas peringkat nasional bermula hari ini (19 Sept). Selain pelbagai aktiviti menarik, pelanggan yang membeli serta mendaftarkan Navara X-Tremer baharu sepanjang acara ini turut layak menikmati rebat tunai eksklusif RM8,000.

Acara bilik pameran ini berlangsung di pengedar Nissan terpilih (yang mengambil bahagian).

Berikut adalah senarai pengedar:

image.png


Bagi yang berminat, issan Navara X-Tremer 2025 yang diumumkan bulan lalu hadir dengan tiga varian:

2.5 Turbo V – RM134,800

2.5 Turbo VL – RM146,900

2.5 Turbo Pro-4X (varian tertinggi) – RM154,800

image.png

Dari segi rekaan, ia hadir dengan gril dan bampar baharu lebih lasak, kemasan fender ala gentian karbon, over fender hitam baharu, antena sirip yu, bampar belakang dengan kemasan hitam, serta pelekat pintu but gaya lebih berani.

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan kemasan papan pemuka lembut baharu, stereng balutan kulit yang dikemas kini serta kerusi dengan fabrik Quole Modure.

Ia juga hadir dengan skrin infotainmen tengah 8 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, kerusi hadapan jenis zero-gravity untuk keselesaan optimum, konsol tengah terapung, dan banyak lagi.

Dari sudut mekanikal, ETCM mendakwa Navara X-Tremer menerima tetapan suspensi lebih mantap. Malah, Navara terus menjadi satu-satunya model dalam segmennya yang menggunakan sistem suspensi belakang multi-link, menggantikan daun spring konvensional.

Bagi ciri keselamatan pula, Navara X-Tremer baharu dilengkapi dengan pelbagai ciri ADAS (Advanced Driver Assistance System)., amaran pelanggaran hadapan prediktif (IPFCW), Brek Kecemasan Hadapan Pintar (IFEB), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Keluar Lorong, Amaran Lintasan Belakang (RCTA) dan banyak lagi.


Gallery

Tag:

Edaran Tan Chong Motor (ETCM)
2025 Nissan Navara X-Tremer
Nissan Navara X-Tremer
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Berita Auto
REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

Pada 26 dan 27 Julai lalu, Nissan telah membawakan acara kecergasan, REDLINE Fitness Games edisi ketiga di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

29-07-2025
Berita Auto
Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.

25-07-2025
Berita Auto
Bilik Pameran Baharu:  ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

Bilik Pameran Baharu: ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

ETCM membuka sebuah bilik pameran di Kluang, Johor baru-baru ini.

04-06-2025
Berita Auto
Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Nissan KICKS e-Power

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Nissan KICKS e-Power

ETCM mengesahkan bahawa pihaknya akan menghantar model Nissan KICKS e-POWER kepada pelanggannya dalam tempoh terdekat ini.

21-01-2025
EV
KLIMS 2024: Nissan Hyper Tourer Didedah, MPV Elektrik Untuk Generasi Masa Depan

KLIMS 2024: Nissan Hyper Tourer Didedah, MPV Elektrik Untuk Generasi Masa Depan

ETCM mengambil peluang untuk mempamerkan MPV futuristiknya, Nissan Hyper Tourer Concept di KLIMS 2024.

06-12-2024
Kereta Baru
KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K

KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K

ETCM melancarkan secara rasminya Nissan Kicks e-Power pada KLIMS 2024, sebentar tadi.

04-12-2024
Kereta Baru
Tempahan Nissan Kicks e-Power Kini Dibuka – Capai Hampir 22KM/L, Bawah RM130,000?

Tempahan Nissan Kicks e-Power Kini Dibuka – Capai Hampir 22KM/L, Bawah RM130,000?

Pengedar rasmi jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), kini membuka tempahan untuk model terbarunya, Nissan Kicks e-Power.

25-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026