Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PDRM Guna Nissan KICKS e-POWER Untuk Operasi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah menyerahkan dua unit Nissan KICKS e-POWER kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalani Program Penilaian Proof of Concept (PoC) selama dua bulan tanpa sebarang komitmen pembelian.

Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua kenderaan akan menjalani penilaian dalam operasi rondaan sebenar bagi menilai prestasi, praktikaliti serta kesesuaiannya untuk kegunaan operasi barisan hadapan.

RINGKASAN:

ETCM menyerahkan dua unit Nissan KICKS e-POWER kepada PDRM untuk menjalani Program Penilaian Proof of Concept (PoC) selama dua bulan dalam operasi rondaan sebenar. Ujian ini bertujuan menilai prestasi dan kesesuaian teknologi elektrifikasi tanpa pengecasan luaran untuk kegunaan barisan hadapan.

Difahamkan, progam penilaian ini memberi peluang kepada Nissan KICKS e-POWER untuk menunjukkan bagaimana teknologi elektrifikasinya mampu menyokong keperluan mobiliti operasi barisan hadapan.

Dilaksanakan dalam keadaan operasi sebenar, program ini akan memberikan penilaian mengenai keupayaan, kecekapan serta kebolehsuaian kenderaan dalam mengharungi kitaran tugasan yang mencabar.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.Christopher Tan, menyifatkan pihaknya percaya inovasi terbaik ialah inovasi yang memenuhi keperluan dunia sebenar.

image.pngimage.png

"Nissan e-POWER dibangunkan untuk menjadikan pengalaman pemanduan berelektrifikasi lebih mudah diakses dengan menawarkan pengalaman pemanduan seperti kenderaan elektrik (EV), tanpa memerlukan pengecasan luaran serta menghapuskan kebimbangan terhadap jarak perjalanan.

"Melalui program penilaian ini, kami berharap dapat melihat bagaimana Nissan KICKS e-POWER mampu menyokong pelbagai aplikasi armada, termasuk bagi kegunaan perkhidmatan barisan hadapan," katanya dlaam satu kenyataan.

Untuk makluman, Nissan Kicks dikuasakan oleh teknologi e-POWER inovatif Nissan dan dijana 100% oleh motor elektrik yang menghasilkan tork serta-merta, pecutan yang lancar serta  prestasi yang responsif.

Berbeza daripada sistem hibrid konvensional, enjin petrolnya berfungsi semata-mata sebagai penjana elektrik untuk membekalkan kuasa kepada bateri, sekali gus menghapuskan keperluan terhadap infrastruktur pengecasan luaran, selain mengekalkan kemudahan mengisi bahan api seperti kenderaan konvensional.







Gallery

Tag:

Edaran Tan Chong Motor (ETCM)
Nissan Kicks e-Power
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Kereta Baru

Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-03-2026
Berita Auto

Jangan Beli MPV Lain Lagi! 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Nissan Serena e-POWER C28 2026!

Ini 5 transformasi besar Nissan Serena e-Power C28 2026 yang bakal buat anda terpikat.

03-03-2026
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Berita Auto

REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

Pada 26 dan 27 Julai lalu, Nissan telah membawakan acara kecergasan, REDLINE Fitness Games edisi ketiga di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

29-07-2025
Berita Auto

Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.

25-07-2025
Berita Auto

Bilik Pameran Baharu: ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

ETCM membuka sebuah bilik pameran di Kluang, Johor baru-baru ini.

04-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026