- Berita
- Berita Auto
- PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat
Gambar Ihsan: China Press
Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongres Nasional PKR di Melaka baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila beliau dilihat menaiki sebuah kenderaan elektrik (EV) mewah dari China, Zeekr 009.
Lebih menarik perhatian, MPV elektrik segmen premium itu mendaftar nombor plat khas "VHY 1947" — simbolik kepada tahun kelahiran beliau pada 1947. Perdana Menteri baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-79 pada 10 Ogos lalu.
Zeekr 009 didatangkan dalam dua varian: Luxury hadir dengan konfigurasi 7 tempat duduk dimana ia dijual pada harga RM349,800.
Sementara itu, varian Ultra Luxury yang hadir dengan enam tempat duduk, pula berharga RM359,800.
Mengenai trenkuasannya, Zeekr 009 dilengkapi dengan dua motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 450 kW dan tork 693 Nm.
Walaupun saiznya besar, 009 boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.5 saat,
Zeekr 009 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW manakala pengecas pantas DC pula berkapasiti 150 kW.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/