- Berita
- Berita Auto
- Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras

Percaya atau tidak, Perodua Traz telah menewaskan Proton X50 pada bulan lalu.
Ini bermakna, persaingan sengit dalam segmen SUV B-segmen tanah air nampaknya memasuki babak baharu apabila carta pendaftaran kenderaan tempatan kini dikuasai oleh juara baharu.
Berdasarkan data pendaftaran rasmi daripada portal data.gov.my setakat 31 Julai 2026, bulan Julai menyaksikan lonjakan prestasi signifikan yang memihak kepada Perodua.

Angka Pendaftaran Rasmi (Julai 2026)
- Perodua Traz: 2,244 unit (Lonjakan daripada 1,904 unit pada Jun)
- Proton X50: 1,953 unit (Penurunan daripada 2,016 unit pada Jun)
4 Faktor Utama Perodua Traz "Laku Keras"

Murah: Perodua Traz ditawarkan pada julat harga skitar RM76,100 hingga RM81,100. Jurang harga varian asas Traz berbanding Proton X50 melebihi RM10,000, menjadikannya pilihan SUV B-segmen yang jauh lebih mesra dompet untuk golongan keluarga muda dan pembeli kereta pertama.
Ruang Kargo & Kabin Lebih Praktikal: Walaupun saiz luaran Traz sedikit kompak, jarak roda (wheelbase) 2,620 mm memberikan ruang kaki belakang yang sangat selesa. Kapasiti but Traz menyedia ruang seluas 471 liter berbanding Proton X50 yang hanya menawarkan 330 liter—perbezaan 141 liter yang sangat ketara untuk kegunaan balik kampung atau membawa kereta sorong bayi.


Penjimat Bahan Api & Kos Servis Rendah: Menggunakan enjin 1.5L Naturally Aspirated (2NR-VE) yang dipadankan dengan transmisi D-CVT, Traz mencatatkan kadar penggunaan minyak sekitar 23.1 km/liter. Enjin tanpa turbo ini juga mengurangkan kos penyelenggaraan berkala .
Pelbagai Ciri: Falsafah Perodua yang memfokuskan kepada keperluan asas pengguna terbukti berkesan. Kelengkapan seperti paparan skrin dengan sokongan Apple CarPlay / Android Auto, kamera 360-darjah, serta pintu but kuasa (powered tailgate) pada varian H sudah cukup untuk memenuhi kehendak harian pembeli tempatan.
Kejayaan ini membuktikan bahawa majoriti pembeli SUV tempatan kini lebih mengutamakan penjimatan, kepraktisan ruang, dan kos pemilikan yang rendah berbanding prestasi kuasa kuda tinggi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
