Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rasmi! Pusat 3S iCAUR Pertama Kini Dibuka di Kota Kinabalu

Suhana Veru

Kongsi melalui

VVIP-Group-Photo-1.JPG

Jenama automotif gaya hidup popular, iCAUR Malaysia, kini meluaskan empayarnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) rasmi yang pertama di Kota Kinabalu, Sabah.

Langkah strategik ini dikendalikan oleh Universal Icar Sdn Bhd bagi membawakan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) bertaraf dunia yang lebih dekat kepada warga Sabah.

Launch-Event.JPG

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Encik Francis Chin, berkata pembukaan pusat berkenaan merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha jenama itu memperkukuhkan rangkaian pengedarannya di seluruh negara.

"Pembukaan pusat 3S di Kota Kinabalu membawa pengalaman lengkap iCAUR lebih dekat kepada pelanggan di Sabah, sekali gus memastikan mereka menikmati tahap jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang setanding dengan pelanggan di Semenanjung Malaysia.

"Ketika ini, kami mempunyai 21 pusat jualan di seluruh negara dan menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu kepada 30 menjelang penghujung tahun 2026. Kami berkembang secara pesat tetapi strategik, dengan Sarawak dikenal  pasti sebagai destinasi seterusnya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Malaysia Timur," katanya.

ICAUR-SHOWROOM-1.jpgICAUR-SHOWROOM-PHOTOS-3.jpeg

Dibina di atas keluasan 1,170 meter persegi, pusat 3S ini mampu mempamerkan sehingga empat buah kenderaan dan dilengkapi dengan tiga ruang servis khusus. Kemudahan lain termasuk ruang penyerahan kenderaan, dua ruang pengecasan EV persendirian, ruang istirahat pelanggan dengan Wi-Fi serta sajian ringan percuma, selain zon permainan interaktif.

Bagi pemilik dan peminat iCAUR di Sabah, anda boleh berkunjung ke pusat 3S ini  yang terletak di CL015493615 Jalan Limau Manis, Off, Jln Lintas, Taman Iramanis, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Pusat Jualan:

  • Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6.00 petang
  • Sabtu: 8.30 pagi – 4.00 petang
  • Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi – 3.00 petang

Pusat Servis:

  • Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Sabtu: 8.00 pagi – 3.00 petang
  • Ahad & Cuti Umum: Tutup



Tag:

iCAUR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026