- Berita
- Berita Auto
- RXZ Members Minta LPT Tutup Seketika?

Tular kenyataan penganjur RXZ Members yang mencadangkan supaya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menutup seketika Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk memberi laluan kepada rider pada masa akan datang.
Sebaliknya, Pengarah Program RXZ Members, Mohd Lukhman Hassan menegaskan cadangan untuk menutup Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena program RXZ Members sebelum ini sebenarnya sekadar gurauan daripada pihak penganjur.
Menurut Mohd Lukhman, cadangan berkaitan penutupan lebuh raya itu pada asalnya dikemukakan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), manakala pihak RXZ Members hanya berseloroh mengenai perkara berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Mohd Lukhman turut mengulas cadangan supaya peserta RXZ Members perlu menyertakan gambar motosikal ketika membuat pendaftaran.
Katanya, pihak penganjur terbuka menerima cadangan tersebut, namun mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menentukan atau meluluskan spesifikasi motosikal yang dibenarkan menyertai program berkenaan.
Terdahulu, tular kenyataan Lukhman yang mengatakan "Event Full Marathon boleh tutup jalan negeri dan persekutuan selama 12 jam okay je. Kenapa kami tak boleh. Kami pembayar roadtax. Runner bayar roadtax juga ke?.
Kenyataan itu menerima pelbagai komen sehingga menjadi bualan hangat di media sosial.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/