Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Suhana Veru

Kongsi melalui

IMAGE-4-(7).jpg

PROTON melancarkan  kempen “Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia  bagi mengurangkan beban kos pemilikan kenderaan selain menggalakkan orang ramai mengutamakan penyelenggaraan berkala dan keselamatan jalan raya menjelang musim cuti perayaan.

Kempen yang berlangsung selama sebulan bermula 17 Ogos hingga 17 September 2026 dilaksanakan dengan hasil kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

IMAGE-3-(5).jpg

Pemilik kenderaan yang layak boleh menikmati pelbagai kelebihan di Pusat Servis Sah PROTON (cawangan 2S, 3S, dan 4S) yang mengambil bahagian di seluruh negara:

  • Diskaun Servis RM70: Potongan harga serta-merta sebanyak RM70 untuk caj servis asas atau jumlah keseluruhan bil (tertakluk pada terma & syarat).
  • Pemeriksaan 40 Perkara Percuma: Pemeriksaan teknikal menyeluruh bagi mengesan masalah awal serta memastikan kenderaan kekal selamat untuk perjalanan jauh.
  • Model Terlibat: Terbuka khas untuk pemilik Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora, dan Proton Saga.
  • Rangkaian Luas: Boleh diakses di pusat servis sah berdaftar di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, inisiatif ini memperkukuh komitmen syarikat untuk sentiasa mengutamakan pelanggan selain menyokong usaha negara menangani peningkatan kos sara hidup.

“Kerjasama dengan KPDN menerusi kempen Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026 membolehkan kami menawarkan manfaat nyata kepada pemilik kenderaan di Malaysia pada waktu yang amat bermakna.

"Selain penjimatan RM70, pemeriksaan 40 perkara secara percuma memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan dengan menggalakkan mereka memeriksa dan menyelenggara kenderaan sebelum memulakan perjalanan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

IMAGE-5-(7).jpg

“Kami menggalakkan semua pemilik PROTON yang layak supaya mengambil peluang daripada kempen ini dan menjadikan penyelenggaraan kenderaan sebagai satu keutamaan. Langkah ini penting bagi memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan selamat untuk setiap perjalanan,” katanya.

Sehubungan itu, pelanggan digalakkan membuat janji temu lebih awal sebelum berkunjung ke Pusat Servis Sah PROTON pilihan mereka.

Janji temu boleh dibuat dengan mudah menerusi aplikasi mudah alih PROTON Link 2.0. Pelanggan juga boleh mengimbas kod QR rasmi kempen untuk memuat turun




Tag:

Proton Iriz
Proton Exora
Proton Saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton Catat Jualan Kukuh Suku Ketiga Sebab Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton kukuh pada suku ketiga tahun ini apabila sebanyak 13,395 unit (domestik + eksport) unit terjual pada September lepas.

03-10-2025
Berita Auto

Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.

15-09-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.

12-08-2025
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

16-06-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih

Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

25-02-2025
Berita Auto

Macam Biasa, Proton Saga Paling Laris

PROTON mengekalkan kedudukannya dengan selesa pada suku pertama tahun ini.

04-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026