SUV Toyota Luxury - Toyota Harrier akhirnya telah tiba di Malaysia!
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengimport, pemasang dan pengedar kenderaan jenama Toyota di negara secara rasminya mempamerkan generasi keempat Toyota Harrier serba baharu.
Sejak pertama kali diperkenalkan sekitar tahun 1997, Harrier telah menjadi sebuah nama yang dikenali di Malaysia kerana menawarkan pakej penggayaan serta tahap kebolehpercayaan.
"Harrier serba baharu ini tampil dengan sisi emosi, elegan dan ekspresif dan akan menarik lagi perhatian yang telahpun dinikmatinya dalam pasaran Malaysia selama ini,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Bagaimanapun, generasi keempat Harrier telah dilancarkan di Jepun pada Jun tahun lalu dimana Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara yang menyaksikan Harrier dijual melalui saluran rasmi.
Setiap pembelian kereta itu dikatakan merangkumi jaminan kilang lima tahun tanpa had perbatuan termasuk sokongan lepas jualan yang menyeluruh menerusi semua pusat servis rasmi Toyota di seluruh negara.
Ia juga memberikan dengan jaminan ketersediaan komponen alat ganti yang asli.
Malah, model baharu itu yang ditawarkan dalam satu pilihan varian hadir dengan lima warna iaitu White pearl Crystal Shine, Steel Blonde Metallic, Dark Blue Metallic, Slate Gray Metallic dan Precious Black.
Sebagai perbandingan, model Singapura yang hadir dengan dua varian, 2.0 Elegance dan 2.5 Hibrid Luxury dikatakan menawarkan warna tambahan iaitu Sensual Red Mica selain lima warna yang dimiliki Malaysia





Menyentuh mengenai bahagian luarannya, model generasi keempat ini dilengkapi dengan lampu hadapan BI-LED projektor automatik, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED depan dan belakang, kombinasi lampu LED belakang, cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik selain terdapat lampu belok LED.
Ia juga hadir dengan lampu selamat datang , pintu tailgate berkuasa dengan penderia tendangan serta sistem ekzos dua peredam selain rim aloi bersaiz 18 inci.
Kenderaan ini dikatakan lebih besar berbanding keluaran sebelum ini memandangkan ia menampilkan bayangan lebih dinamik dimana pereka Toyota cuba membayangkan konsep Dignified Elegance.


Konsep Dignified Elegance dilanjutkan ke seluruh rekaan dalaman sekali gus menonjolkan aura versaliti dengan kombinasi kemasan yang berkualiti tinggi.
Kenderaan itu juga hadir dengan kawalan iklim dua zon, ruang dalaman dibaluti dengan material kulit, Meter Optitron Gred Tinggi dengan Paparan Head-Up dan Paparan Pelbagai-Maklumat Warna.
Malah, terdapat juga sistem kemasukan kunci pintar, sistem mula kereta, cermin pandangan belakang digital, pengecas tanpa wayar termasuk bumbung panoramik, moonroof.


Harrier sejak dulu merupakan penentu corak dan gaya. Ia yang mengambil pendekatan unik terhadap gaya serta pakej keseluruhannya sekali gus dapat membezakan model ini dengan pesaingnya.
“Model baharu ini bukan hanya mengekalkan kedudukan sebelum ini tetapi juga sangat yakin untuk memberi definisi baru sebagai sebuah SUV premium zaman moden,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.
Beralih kepada bahagian prestasi kenderaan ini, Harrier 2.0 Luxury ini dikuasai doleh enjin terkini Dynamic Force (M20A-FKS) 2-liter empat-silinder DOHC dengan Dual VVT-I yang dikawal secara elektronik.
Enjin kenderaan ini dikatakan mampu mendapatkan maklum balas lebih pantas. Malah ia merupakan versi paling maju bagi sistem berkenaan yang dibangunkan oleh jurutera Toyota sejak diperkenalkan 30 tahun lalu.
Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 170hp dan tork 203 Nm manakala, kecekapan bahan api ini mampu mencecah 15.3km/l.

Aspek keselamatan Harrier serba baharu ini telah ditingkatkan menerusi teknologi Toyota Safety Sense (TSS).
Sistem TSS ini termasuk Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Keluar Laluan (LDA), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Bantuan Pengesanan Laluan (LTA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif (AHS), Kawalan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang dengan Brek Automatik
Tidak sekadar itu sahaja, Toyota juga dilihat amat menitikberatkan aspek keselesaan penumpang dimana kenderaan ini menyediakan komponen pengurangan Getaran Bising dan Kasar (NVH) dengan menggunakan tingkap penyerap bunyi.
Kemudahan ini membuatkan ruang kabin lebih senyap sekali gus menjadikan pengalaman pemanduan yang lebih tenang.

Dibangunkan dengan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-K, Harrier direka dengan struktur badan lebih kukuh dengan titik graviti lebih rendah untuk memberikannya keselesaan, kelincahan serta prestasi pemanduan yang lebih baik.
Ia yang diimport secara sepenuhnya dari kilang Takaoka Toyota di Jepun, Harrier 2.0 Luxury Grade ditawarkan pada harga RM249,706.50 tanpa cukai jalan dan insuran..
Jadi, apa pendapat anda mengenai Harrier baharu ini? Adakah ia sama seperti keluaran sebelum ini? Jangan lupa komen di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



