Bermaz Auto Ingin Tumpu EV, Pertimbangkan XPeng, Dongfeng, dan Geely

Bermaz Auto (BAuto) sedang merancang untuk memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV) dengan menambahkan jenama EV China ke dalam portfoli mereka. Affin Hwang Investment Bank (AHIB) melaporkan bahawa syarikat sedang berbincang dengan beberapa pembuat kenderaan EV China untuk mendapatkan hak pengedaran di Malaysia.
Laporan daripada AHIB mendedahkan, BAuto berminat untuk membawa pemain EV tulen sebagai jenama utama mereka dan sedang mempertimbangkan jenama seperti XPeng, Dongfeng, dan Geely.
![]()
Kenderaan keluaran Geely
“Kejayaan untuk menjalankan kerjasama dengan mana-mana pemain EV China yang besar dapat memberi kelebihan kepada BAuto. Tetapi, pemain automotif lain di Malaysia juga mungkin membuat perancangan yang sama dan ini boleh menjadi satu cabaran untuk BAuto, terutamanya apabila bersaing dengan pemain yang lebih besar dengan kedudukan kewangan dan rangkaian pengedaran yang lebih kuat," kata laporan tersebut.
Sekiranya usaha ini tidak berjaya, AHIB menyarankan agar BAuto fokus pada kenderaan dalam segmen harga yang lebih rendah untuk bersaing. Jenama EV China seperti Hozon atau Wuling, yang berharga mampu milik, dapat memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah hingga sederhana. Ini dapat menjadi peluang yang baik bagi syarikat untuk menghasilkan lebih banyak EV dan menjualnya kepada kumpulan pelanggan yang lebih besar.

Bagaimanapun, jenama EV Hozon sudah pun memiliki wakilnya di Malaysia, Intro Synergy yang telah membawa masuk crossover Neta V. Sementara itu, Wuling pula masih belum dipasarkan di Malaysia namun terdapat perkhabaran bahawa Tan Chong Motor Holdings (TCMH) akan bertanggungjawab untuk memperkenalkan jenama ini di Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kedua-dua Jentera Ini Akan Ditayangkan Pada Jumaat Ini!
Bermaz Auto Bhd (BAuto) akan melancarkan kedua-dua model itu pada minggu ini.
30-11-2021
Ini Dia Perbandingan Antara Varian & Pesaing Subaru XV
Subaru XV yang terkini ditawarkan dalam tiga varian – XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P. Ini maklumat terperinci setiap varian...
17-08-2021
Kia Motors Bekerjasama Dengan Bermaz Auto – Operasi CKD Bakal Dimulakan
Kia Motors Corporation dan Bermaz Auto Berhad secara rasminya telah bekerjasama untuk memperluas pengeluaran dan juga pemasangan kenderaan Kia di Malaysia.
02-04-2021
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



