ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Ini 3 Benda Kakak Nak Dedah Tentang Tiggo 8 Pro!

Suhana Veru

22-8-2023

Kongsi melalui

image.png

Adakah anda masih ingat dengan jenama jenama automotif dari China, Chery? Bagi yang tidak tahu, Chery beroperasi kali terakhir di Malaysia pada tahun 2017.

Ketika itu, ia menjual beberapa model yang hambar seperti QQ, MPV Eastar dan SUV Tiggo. 

image.png

Pelancaran model terakhir mereka adalah pada tahun 2015, iaitu Chery Maxime yang menggantikan Eastar namun tidak lama selepas itu, ia lenyap di pasaran Malaysia.

Walaupun hari bersilih ganti dan putaran waktu deras beralih namun jenama Chery bukan yang dulu lagi.

Terbaharu, Chery membawa masuk Omoda 5 dan Chery Tiggo 8 Pro ke pasaran tempatan bagi  membuktikan bahawa mereka serius untuk menawan balik hati rakyat Malaysia.

Hari ini, boleh dikatakan kereta-kereta keluaran Chery cukup padu bahkan lebih mewah dan lebih elegan berbanding seterunya.

Buktinya, Chery Tiggo 8 Pro yang diserahkan kepada kami pada bulan ini untuk tujuan pandu uji.

Memandangkan, penulis hanya bekesempatan meratah pemanduannya hanya dalam sehari, namun ini yang saya jumpa!

Tanpa melengahkan masa, jom tengok apa yang saya jumpa:

image.png

1. Reka bentuk macam Proton X90?

Sekali pandang, wajahnya saling tidak tumpah seperti Proton X90 namun ia jauh bezanya dari pencabar sengitnya itu.

Pendek kata, ia lebih lawa sikit dari X90 memandangkan SUV ini diserlahkan dengan gril matriks bertahtakan butiran berlian.

image.pngimage.png

Biarpun rupa paras mereka sama namun, pesaing kepada Proton X90 ini  dijana oleh enjin 2.0 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 256hp dan tork 390Nm. 

Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi dual klac 7-kelajuan.

image.png

Selain mengenai perbezaan trenkuasa, penulis cukup tertarik dengan tulisan yang tertera di dalam bahagian lampu hadapan iaitu “Tiggo LED Technology”. Malah, bahagian lampu hadapannya juga kelihatan seolah-olah batu permata yang berkilauan.

Ini bermakna ia akan memberi pencahayaan yang cukup terang kepada si pemandunya. 

Seperti yang saya katakan ia lawa sedikit dari X90 kerana jika anda melihat bawah lampu hadapannya, ia dihiasi dengan material krom gloss dan black matte sekali gus membuatkan ia lebih menonjol.

Menjengah bahagian sisinya pula, Tiggo Pro didatangkan dengan cooper tires yang bersaiz 19 membuatkan bahagian tepinya seakan-akan X90.

2. KABIN MEWAH SANGAT

image.png

Sebagai pengguna Proton X70, penulis dapat merasakan bahagian dalamannya nyata mampu menewaskan X70.

Sebaik saya membuka pintu pemandu, saya yakin Tiggo Pro 8 dapat menewaskan dua jentera Proton yang disebutkan tadi.

Apa tidaknya, bahagian pintunya dihiasi dengan material yang cukup lembut selain diliputi dengan upholsteri kulit Nappa atau pendek kata cukup berkualiti tinggi.

Selain itu, gaya tetapan butang  tutup dan buka tingkap juga saling tidak tumpah  seperti  Mercedes-Benz.

image.png

Malah, terdapat juga memory seat di panel pintu bagi memudahkan para pemandunya menyesuaikan kedudukan tempat duduk.

Bahagian panel pintunya juga dipasang dengan pembesar suara dan jentera ini menerima sokongan lumbar.

image.png

Menyentuh bahagian kerusinya, ia kelihatan cukup mewah dan apa yang penting kerusinya amat empuk menyebabkan pemandunya tidak akan berasa sakit badan jika melakukan perjalanan jauh.’

image.png

Bahagian sterengnya pula, ia sama seperti Omoda 5 namun bahagian papan pemukanya, ia dihiasi dengan elemen plastik seperti X70.

Biarpun ada elemen plastik namun ia nampak seperti kayu membuatkan kabin elegan semacam.

Apa yang membuatkan saya tertarik ialah skrin berkembar 24.6 inci yang kelihatan sedikit melengkung. Ia agak panjang dan semua informasi seperti navigasi, radio dan bermacam lagi dapat dilihat dengan lebih mudah dan jelas.

Skrin itu juga menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, gril pembesar suara gaya Burmester serta lapan pembesar suara jenama Sony.

image.png

Bagi yang janggal memandu kereta alaf baru seperti Tiggo 8 Pro ini, anda mungkin sedikit janggal kerana power butang untuk menghidupkan penghawa dingin terletak di bawah panel meternya dan semuanya dikawal dengan butang.

Ini membuatkan ia cukup canggih manakala meter kereta ini juga agak cantik dan lebih terang berbanding X70 saya.

Jika anda amati meternya dengan lebih dekat, adakah anda berasa ia seperti meter Mercedes Benz.

Apa pula pandangan anda? Jangan lupa kongsi pendapat anda!

Bagi penulis meternya agak sama dengan Mercedes-Benz.

Membelek bahagian hadapannya, jentera ini juga dilengkapi dengan 64 lampu ambien dan ia juga dilengkapi dengan bumbung panaromik.

Fuh, memang bergaya walaupun SUV ini menawarkan tujuh tempat duduk. Malah entah mengapa apabila berada di bahagian tempat pemandunya, ini membuatkan penulis terasa muda sekejap.

Saya cukup teruja dengan pemikiran kreatif pasukan yang mereka bentuk bahagian kokpit dan bahagian tempat duduk belakangnya kerana ia bukan sahaja dilengkapi dengan tali keledar malah terdapat juga pemegang cawan, meletakkan telefon bimbit  dan saluran penghawa dingin.

image.pngimage.png

Percaya atau tidak, penumpang paling belakang sekali boleh menyesuaikan putaran penghawa dingin.

Jadi, penumpang belakangnya taklah mengomel pasal panas. Sebelum terlupa, penulis ingin memaklumkan kerusi belakangnya hanyalah sesuai untuk golongan kanak-kanak bukanlah bagi orang yang berisi.

3. ADA POWER

Bab pandu uji, penulis secara jujurnya tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci kerana penulis hanya diberikan selama sehari untuk menjalankan tugas untuk berbuat demikian.

Ini kerana rakan sekerja saya, Mukhlis Azman ada membawa pulang jentera ini balik ke kampung selama empat hari untuk balik mengundi sempena Pilihanraya Negeri di Kelantan baru-baru ini.

Walaupun saya diberikan selama sehari untuk pandu uji, dapatlah penulis memandu uji di Nilai, Negeri Sembilan semata-mata untuk menguji sejauh mana ketangkasan jentera ini.

Sebelum itu, Mukhlis ada menitipkan pesanan bahawa kelajuan kereta ini boleh tahan walaupun SUV 7 tempat duduk.

Sebaik melabuhkan punggung di bahagian tempat duduk di bahagian pemandu, penulis berasa sedikit kekok dengan tombol gear shifter Tiggo 8 Pro ini.

Jika anda dalam keadaan tergesa-gesa atau nak cepat keluar rumah, anda tidak boleh sesuka hati menolak ke atas, ke bawah tombolnya.

Sebabnya gear menjadi sukar untuk masuk ke D dan ke R (Reverse).

image.png

Saya tak pasti apa yang berlaku di antara jurang kedua-dua kedudukan gear ini.

Berbalik pada pesanan Mukhlis, nyata jentera ini ada power. 

Malah anak-anak saya yang berusia 8 dan 10 tahun juga turut memuji kelajuan Tiggo 8 Pro ini.

“Ami lajunya, kalah X70,”  tutur anak kedua saya.

Ketika saya menekan pedal minyak sehingga 110 kilometer sejam, jentera ini nampaknya tiada sebarang masalah, cuma apabila meter menunjukkan 160km/j, saya menjadi sedikit takut. 

Ia kurang firm atas jalan. Apapun, jentera ini yang sarat dengan ciri keselamatan membuatkan saya sedikit menyampah sehinggakan jika anda tertinggal telefon bimbit di dalam kenderaan, ia sudah memaklumkan kepada anda!

Walaupun ia cukup sensitif namun ia dilengkapi dengan sembilan beg udara.

Ya, jangan terkejut!

Siapa nak bagi sembilan beg udara dengan harga RM159,000? Memang tak dapatlah guys!

Bagi mengembalikan kepercayaan jenama Chery, program jaminan lanjutan dipertingkatkan dengan pakej waranti standard semasa, termasuk waranti perbatuan 7 tahun atau 150,000KM dan pakej penyelenggaraan percuma 5 tahun (buruh sahaja, tidak termasuk alat ganti). 

Dalam pada itu, Chery Malaysia juga menawarkan pilihan jaminan lanjutan enjin selama 10 tahun atau 1,000,000KM perbatuan pada harga mampu milik RM2,000.

Bagi yang berminat, hanya satu varian ditawarkan iaitu Premium, dengan harga RM159,800.

Apa pula komen anda!

SPESIFIKASI

CHERY TIGGO 8 PRO PREMIUM SUV

ENJIN

2.0-litre 4-cyl TGDI, petrol

TRANSMISI

7-Speed DCT Automatic, Front-Wheel Drive (FWD)

KUASA

256 HP @ 5,500 RPM

TORK

390 NM @ 2,000 RPM

0-100 KM/J

N/A

V-MAX

N/A

EKONOMI

7.4 litres/100 KM (claimed)

BERAT

1,500 KG (kerb)

HARGA

RM159,800

(Excluding insurance)


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC1440

SELANGOR

BSE4486

JOHOR

JXW5014

PULAU PINANG

PRQ3484

PERAK

ANV3498

PAHANG

CFB6586

KEDAH

KGA4254

NEGERI SEMBILAN

NEF7147

KOTA KINABALU

SJK7403

KUCHING

QAB3070L

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.