ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pejam celik, pejam celik,  rupanya sudah lebih  seminggu kita berada dalam suasana hari raya. Untuk pulang ke kampung, sudah pastinya, kita memerlukan kenderaan yang praktikal, selesa, dan yang paling penting jimat bahan api kerana harga minyak ketika ini sudah tidak menentu gara-gara ketegangan konflik Timur Tengah.

Di sebalik ekonomi dan peraturan ketat BUDI95 ketika ini, mungkin ramai yang masih mencari kereta jimat minyak namun tahukah anda di Malaysia, kereta hibrid semakin mendapat sambutan walaupun kereta petrol dan diesel masih mendominasi pasaran. 

Jika anda sedang mencari sebuah model hibrid, GWM HAVAL H6 HEV mungkin jawapannya!

Padu Ke Tidak? 6,000 Orang Dah Beli

image.png

Melihat kepada lambakan kenderaan elektrik (EV) HEV dan PHEV di pasaran tempatan,  GWM Malaysia masih mampu mencatatkan sejarah apabila SUV pintar HAVAL H6 HEV mereka diiktiraf sebagai model hibrid kedua paling laris di Malaysia.

Manakan tidak, pihak GWM Malaysia telah melakukan penghantaran sebanyak 6,000 unit sejak pelancarannya pada Oktober 2024.

image.png

Ia bukan sekadar angka jualan namun SUV mesra alam ini membuktikan walaupun ribuan HEV berada di Malaysia namun Haval H6 HEV ini  berjaya menggoda rakyat Malaysia dengan membuatkan ia menjadi pilihan nombor satu bagi pengguna yang mengutamakan kecekapan bahan api.

Dengan pelarasan subsidi bahan api yang menjadi bualan hangat, HAVAL H6 HEV hadir sebagai penyelamat.

Ini sebabnya!

GWM HAVAL H6 HEV adalah sebuah kenderaan hibrid penuh (Full Hybrid), bukan Plug-in Hybrid (PHEV). Jadi, anda tidak perlu pening kepala mencari stesen pengecas atau memasang wallbox di rumah.

image.pngimage.png

Enjin Petrol Sebagai 'Power Bank': Enjin 1.5L Turbo pada Haval H6 bukan sahaja memutar roda, malah ia berfungsi untuk mengecas bateri secara automatik apabila sistem mengesan paras tenaga elektrik mula berkurangan.

Dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder turbo 1.5 liter dan sistem Dedicated Hybrid Transmission 2-kelajuan,  ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 150 PS/230 Nm, SUV ini turut menerima kuasa tambahan sebanyak 130 ps dan 300 Nm daripada motor elektrik dan sistem transmisi DHT dua kelajuan.

Secara keseluruhan, Haval H6 HEV boleh menghamburkan kuasa sebanyak 243 PS/530 Nm, antara yang tertinggi dalam kelasnya. 

image.png

Untuk itu, SUV  ini mampu memecut dari 0-100km/jam dalam masa hanya 7.7 saat. Pendek kata, ia lebih laju berbanding Proton X70 (9.8 saat), Honda CR-V e:HEV (9 saat), dan Jaecoo J7 PHEV (8.5 saat).

Pemanduan Biasa: Semasa anda memandu pada kelajuan tetap, lebihan kuasa daripada enjin akan disalurkan terus untuk mengecas bateri tanpa anda sedari.

Memandangkan tradisi ‘Balik Kampung’ adalah sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia. Namun, perjalanan jauh merentas negeri daripada kesesakan lebuh raya PLUS hingga ke laluan berliku di Karak memerlukan kenderaan yang bukan sahaja selesa, malah bijak menguruskan kos dan tenaga.

Di sinilah GWM HAVAL H6 HEV membuktikan mengapa ia kini digelar sebagai SUV keluarga paling praktikal untuk perjalanan jarak jauh.

SISTEM DHT 2-KELAJUAN.

Dengan teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT), HAVAL H6 HEV mampu mencatatkan penggunaan bahan api yang sangat efisien.

Atas kertas, ia menawarkan penjimatan yang menakjubkan iaitu sekitar 5.8 liter bagi setiap 100km.

image.png

Range Confidence": Balik Kampung Tanpa Drama 'Beratur Cas': Sebagai sistem Self-Charging Hybrid, ia tidak perlu dipalamkan ke soket. Anda hanya perlu mengisi petrol seperti biasa, dan sistem hibrid pintarnya akan mengecas bateri secara automatik melalui pembrekan regeneratif dan kitaran enjin. Ini bermakna, tiada lagi drama menunggu giliran mengecas bateri selama berjam-jam di R&R.

HAVAL H6 HEV menawarkan "Range Confidence". Sebagai hibrid self-charging, ia tidak perlu dipalamkan (plug-in).

Satu Tangki, Satu Perjalanan: Dengan potensi jarak gerak melebihi 1,000km, anda boleh memandu dari KL ke Kota Bharu atau Alor Setar tanpa perlu singgah mengisi minyak di stesen yang penuh sesak.

Kelebihan Sistem Ini untuk Rakyat Malaysia:

Tiada "Range Anxiety": Anda tidak perlu risau bateri habis di tengah lebuh raya kerana kereta ini masih mempunyai tangki petrol 61 liter.

Penjimatan Automatik: Sistem komputer kereta akan menentukan sendiri bila perlu menggunakan mod EV (elektrik sahaja) atau enjin. Dalam trafik sesak (stop-and-go), ia biasanya menggunakan motor elektrik, itulah sebabnya ia sangat jimat petrol di kawasan bandar.

Ringkasnya: Anda hanya perlu isi petrol seperti biasa di Petronas atau Shell, dan biarkan teknologi DHT (Dedicated Hybrid Transmission) di dalam Haval H6 menguruskan baki selebihnya untuk anda.

BUDI95 SEMAKIN KETAT, TAPI SEKALI ISI HAVAL H6  HEV BOLEH GERAK LEBIH 1,000KM

Berdasarkan syarat  baharu kerajaan, jika anda tidak memperbaharui lesen lebih 36 bulan, anda sudah tidak layak menerima subsidi BUDI95. Selain itu, kerajaan juga telah melaraskan had siling kelayakan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026. 

      Pelarasan ini merupakan langkah sementara sehingga keadaan bekalan global kembali stabil

      Biarpun, syarat subsidi minyak semakin ketat namun anda jangan risau kerana berdasarkan rekod pemanduan, Haval H6 HEV berjaya melakukan perjalanan sejauh  1,242km dengan HANYA satu tangki penuh. Hasil rekod ini telah pun dicatatkan dalam ASEAN Record, pada tahun lepas.

      Ini bermakna perjalanan dari ibu kota ke utara atau pantai timur menjadi lebih lancar tanpa perlu kerap berhenti di stesen minyak yang sesak terutama apabila musim perayaan atau musim cuti sekolah.

      image.png


      Pencapaian luar biasa ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi bukti nyata kecekapan teknologi hibrid dalam situasi pemanduan harian yang mencabar.

      Melalui Cabaran Daya Tahan Bahan Api Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan pada tahun lepas, HAVAL H6 HEV berjaya mencatatkan jarak pemanduan paling jauh bagi sebuah SUV hibrid.

      Fakta Menarik Rekod ASEAN Haval H6 HEV:

      Kejayaan Kolektif: Seramai 38 pemilik HAVAL H6 HEV berjaya melepasi tanda aras 1,000km, membuktikan bahawa kecekapan ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, bukan hanya pemandu ujian profesional.

      Pemanduan Realistik: Rekod ini dicapai dalam keadaan trafik dan jalan raya sebenar di Malaysia, sekali gus menepis tanggapan bahawa SUV saiz segmen-C adalah "pelahap" minyak.

      Itu sesuatu yang orang mahukan!

      GWM HAVAL H6 HEV Adalah Jawapan Kepada Dilema ‘Balik Kampung’ & Trafik Jammed!

      image.png

      Memandu di Malaysia adalah satu cabaran unik. Daripada menghadap kesesakan "stop-and-go" di LDP dan Federal Highway, sehinggalah kepada perjalanan jauh merentas banjaran Titiwangsa ketika musim perayaan, rakyat Malaysia memerlukan kenderaan yang lebih daripada sekadar "kereta cantik".

      Kita memerlukan jentera yang faham realiti jalan raya kita. Di sinilah GWM HAVAL H6 HEV membuktikan ia bukan sekadar trend global, tetapi solusi pengangkutan yang direka khusus untuk keperluan rakyat tempatan.

      Pendek kata, pemanduan di mana-mana negeri pun sering memaksa enjin bekerja keras dalam kelajuan rendah situasi di mana kereta petrol biasa paling kuat "makan" minyak.

      Dengan sistem Dedicated Hybrid Transmission (DHT), HAVAL H6 HEV menggunakan motor elektrik sepenuhnya semasa merangkak dalam kesesakan. Hasilnya? Penjimatan petrol yang luar biasa dan pemanduan yang sangat senyap. Anda tidak lagi perlu rasa bersalah melihat meter minyak turun setiap kali tersangkut dalam jammed selepas waktu kerja.

      Reka bentuk Mengancam

      image.png

      Memilih SUV keluarga bukan lagi sekadar mencari kenderaan yang luas, tetapi satu kenyataan gaya hidup. GWM HAVAL H6 HEV kini menjadi bualan hangat bukan sahaja kerana teknologi hibridnya yang menjimatkan, malah kerana pakej reka bentuk dan praktikaliti yang "kena" dengan jiwa pengguna Malaysia.

      Kalau rupa paras adalah segala-galanya, maka persaingan dalam segmen SUV C di Malaysia nampaknya sudah menemui pemenangnya. GWM HAVAL H6 HEV kini sah menjadi "buruan" ramai, bukan sekadar kerana teknologi enjinnya, tetapi disebabkan reka bentuk luarannya yang tersangat mengancam dan garang.

      SUV ini tidak sekadar di jalan raya; ia tampil dengan kehadiran yang dominan, memaksa setiap mata memandang dua kali. Daripada gaya korporat hinggalah ke mod 'Balik Kampung', HAVAL H6 HEV adalah jentera paling stylo untuk keluarga Malaysia.

      HAVAL H6 HEV adalah jentera yang direka untuk mereka yang mahukan perhatian. Luarannya yang 'mengancam' dengan lampu Waterfall LED, lampu nyalaan siang hari, Lampu automatik & follow-me-home, dan rim 19 inci menjadikan SUV lain dalam kelasnya nampak 'biasa-biasa' sahaja.

      image.pngimage.png

      Mendongak ke atas, HAVAL H6 HEV juga dilengkapi dengan bumbung panaromik yang agak luas sekali gus memberikan vibe mewah kepada penumpang di dalam, malah dari sudut luaran, ia menonjolkan status anda sebagai pemilik SUV yang mementingkan gaya hidup premium dan mencabar.

      Namun, jika balik kampung, jangan risau dengan ruang butnya  kerana GWM HAVAL H6 HEV mempunyai kapasiti ruang but 560 liter yang boleh ditingkatkan hingga 1,485 liter apabila tempat duduk belakang dilipat dalam nisbah 60:40.

      Apapun, Haval H6 HEV yang berukuran 4,683 mm panjang, 1,886 mm lebar dan 1,724 mm tinggi dengan jarak roda berkepanjangan 2,738 mm bermaksud jentera ini berdiri lebih besar berbanding  Proton X70 dan Honda CR-V. 

      Kabin First Class.

      image.pngimage.png

      Memandu dalam kesesakan trafik di Malaysia atau menempuh perjalanan jauh ke kampung halaman tidak akan terasa jika bukan kerana kabinnya yang bertaraf first class.

      Misalnya kerusi penumpang depannya adalah jenis berventilasi (ventilated seats). Ia adalah ciri keselesaan premium yang mengalirkan udara sejuk melalui lubang-lubang kecil pada permukaan kusyen, biasanya dibalut kulit, untuk mengurangkan haba dan peluh. Teknologi ini popular pada kenderaan moden untuk pemanduan lebih selesa, terutama dalam cuaca panas sekarang!

      Untuk keselesaan optimum, tempat duduk pemandu bukan sahaja lebih fleksibel kerana boleh dilaraskan kepada 6 arah, tetapi juga miliki sokongan tulang belakang boleh laras 2 arah.

      image.pngimage.png

      Ciri “T20” tidak terhenti di situ, Haval H6 juga didatangkan dengan pelbagai kelengkapan lain seperti  pembersih udara ion negatif, 8 speaker, cermin pandang belakang dengan ciri auto-dimming, pad pengecas tanpa wayar dan corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang. 

      Selain itu, rekaan konsol tengah SUV ini sangat bijak dan praktikal. Ia menggunakan konsep dua tingkat (dual-level) yang menyediakan ruang storan pintar di bahagian bawah untuk meletakkan barangan peribadi seperti beg tangan atau kasut.

      Penggunaan Rotary Shifter (tombol gear pusingan) bukan sahaja nampak moden, malah ia menjimatkan ruang kokpit, memberikan rasa lebih luas dan kemas.

      image.pngimage.png

      Pemandu dibekalkan dengan Panel Instrumen Digital 10.25 inci yang memaparkan segala maklumat penting dengan grafik tajam. Paling menarik, terdapat sistem Heads-Up Display (HUD) yang memancarkan maklumat kelajuan terus ke cermin hadapan. Ini membolehkan anda kekal fokus pada jalan raya—satu ciri keselamatan kritikal untuk pemanduan jarak jauh.

      Era pemanduan membosankan sudah berakhir. Bagi rakyat Malaysia yang mementingkan gaya hidup digital, GWM HAVAL H6 HEV hadir sebagai jawapan paling tepat menerusi integrasi teknologi inforia yang sangat lancar dan moden.

      Bukan sekadar sebuah SUV keluarga, HAVAL H6 HEV kini bertindak sebagai pelengkap kepada ekosistem peranti pintar anda, memastikan setiap perjalanansama ada ke pejabat atau 'Balik Kampung', kekal ceria.

      Tidak ketinggalan skrin infotainmen sebesar  12.3 inci, dengan resolusi yang tajam  skrin ini memberikan akses mudah kepada segala fungsi kenderaan.

      Saiznya yang besar memudahkan pemandu melihat navigasi tanpa perlu mengecilkan mata, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pemanduan.

      Sokongan Apple CarPlay & Android Auto: Ketersambungan Tanpa Sempadan.

      Apple CarPlay: Bagi pengguna iPhone, nikmati akses kepada Siri, Apple Music, dan iMessage secara terus.

      Android Auto: Pengguna Android boleh menggunakan Google Assistant dan navigasi Google Maps dengan paparan yang lebih optimum.

      Ini bermakna anda boleh mengakses Waze, Spotify, atau YouTube Music (audio) dengan hanya satu sentuhan mudah, menjadikan kabin kereta ini sebuah pusat hiburan bergerak.

       Navigasi Pintar & Kawalan Mudah

      Dengan integrasi telefon pintar ini, pemandu tidak lagi perlu memegang telefon bimbit untuk mencari arah. Segalanya dipaparkan terus pada skrin 12.3-inci yang terletak pada paras mata, memastikan anda sentiasa di laluan yang betul walaupun menelusuri lorong-lorong kecil di kawasan kampung yang mencabar.

      Mengapa Ini Penting Untuk Anda?

      Di Malaysia, kita meluangkan banyak masa di dalam kenderaan akibat kesesakan trafik. Mempunyai skrin infotainmen yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan untuk:

      • Mengelakkan gangguan (distraction) telefon bimbit.
      • Mendapatkan info trafik secara langsung (real-time).
      • Menghiburkan penumpang dengan kualiti audio yang premium.

      Ciri Keselamatan Canggih

      image.pngimage.png

      Menyentuh mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau.

      Ini kerana GWM HAVAL H6 HEV kini menetapkan tanda aras baharu dalam segmen SUV C di Malaysia dengan rangkaian sistem bantuan pemanduan (ADAS) yang bukan sahaja canggih, malah sangat praktikal untuk realiti jalan raya tempatan.

      Dari aspek keselamatan, HAVAL H6 HEV dilengkapi dengan enam beg udara dan kerangka badan keluli berketegaran tinggi yang menawarkan perlindungan menyeluruh kepada pemandu dan penumpang.

      Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap L2 menjadikan setiap perjalanan lebih selamat dengan ciri-ciri seperti Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Pengesan Titik Buta   selain sistem Auto Reversing Assistance membolehkan kenderaan menjejak semula laluan sejauh 50m ketika mengundur, menjadikan parkir lebih mudah dan selamat walaupun di ruang sempit.

      image.png

      Perjalanan jauh 'Balik Kampung' atau menempuh trafik stop-and-go di LDP kini lebih relaks. Dengan Adaptive Cruise Control (ACC), HAVAL H6 HEV mampu mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan secara automatik. Jika kereta di depan membrek, SUV ini juga akan membrek secara automatik, mengurangkan keletihan pemandu secara drastik.

      • . 'Mata Tambahan' Di Titik Buta (BSD & LKA).

      Kita semua tahu bahaya titik buta (blind spot) ketika ingin menukar lorong. HAVAL H6 HEV dilengkapi dengan:mPengesan Titik Buta: Memberi amaran jika ada kenderaan terlindung di sisi.

      Bantuan Tukar Lorong: Memastikan proses memotong kenderaan dilakukan dengan lebih selamat.

      Bantuan Kekal Lorong:  Membantu mengekalkan kenderaan di tengah lorong, sangat berguna jika pemandu mula hilang fokus akibat kepenatan.

      Parkir Sempurna Setiap Masa: Bantuan Parkir

      Bagi ramai pemandu, meletakkan kenderaan bersaiz besar di petak parkir yang sempit adalah satu cabaran. HAVAL H6 HEV menyelesaikan masalah ini dengan Bantuan Parkir Automatik. Kereta ini boleh mengendalikan stereng sendiri untuk masuk ke petak parkir dengan tepat!

       Penglihatan 360° Dengan 'Transparent Chassis'

      Sistem kamera 360° Around View pada SUV ini bukan sekadar kamera biasa. Ia dilengkapi dengan fungsi Transparent Chassis (Casis Lutsinar). Melalui skrin infotainmennya, anda boleh "melihat tembus" ke bawah lantai kereta untuk memastikan tiada batu besar, lubang, atau objek tajam yang boleh merosakkan tayar atau bahagian bawah kenderaan.

      Kesimpulan: Ketenangan Minda Untuk Keluarga

      Keselamatan bukan sekadar struktur besi yang kuat, tetapi sistem pintar yang mencegah kemalangan sebelum ia berlaku. Dengan kombinasi radar, sensor, dan kamera canggih, GWM HAVAL H6 HEV adalah antara pilihan paling selamat untuk keluarga Malaysia yang mementingkan perlindungan total di jalan raya.

      Dalam pasaran automotif yang kini dibanjiri dengan pelbagai teknologi baharudaripada elektrik sepenuhnya (EV) hingga ke pelbagai varian hibrid, pembeli Malaysia sering berdepan dengan satu dilema besar: "Adakah teknologi ini akan bertahan lama, dan berapakah kos baiki nanti?"

      GWM Malaysia menjawab kerisauan tersebut bukan dengan janji kosong, tetapi dengan strategi "Worry-Free by Design" menerusi model HAVAL H6 HEV. Ia bukan sekadar sebuah SUV moden, malah ia adalah simbol jaminan jangka masa panjang yang sukar ditandingi oleh pesaing lain.

      Waranti 10 Tahun: Isyarat Keyakinan 

      image.png

      Bagi kebanyakan pemilik kereta, tempoh 5 tahun biasanya adalah fasa di mana kerisauan tentang kerosakan mekanikal mula timbul. Namun, HAVAL H6 HEV mengubah naratif tersebut dengan menawarkan:

      • Waranti Enjin 10 Tahun / 1,000,000 KM.
      • Waranti Bateri HEV 8 Tahun / 1,000,000 KM.
      • Waranti kenderaan penuh 7 tahun atau 200,000km.

      Angka 1 juta kilometer ini bukan sekadar nombor; ia adalah isyarat jelas daripada GWM bahawa teknologi hibrid mereka telah diuji untuk ketahanan ekstrem. Dalam era di mana gajet dan teknologi bertukar ganti sepantas kilat, jaminan satu dekad ini memberikan kestabilan nilai yang dicari oleh setiap ketua keluarga.

      Dengan perlindungan waranti yang menyeluruh ini, HAVAL H6 HEV menghapuskan "risiko teknologi" tersebut. Anda mendapat manfaat penjimatan petrol sebuah hibrid hari ini, tanpa perlu risau tentang liabiliti kewangan di masa hadapan. Ini menjadikan proses pemilikan kenderaan bertenaga baharu (NEV) sesuatu yang menyeronokkan, bukannya membebankan.

       Pilihan "Low-Stress": Terbukti vs Belum Teruji

      image.png

      Berbanding dengan banyak jenama baharu yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, HAVAL H6 adalah model global yang telah terjual jutaan unit di seluruh dunia.

      Reliabiliti Terbukti: Sistem Dedicated Hybrid Transmission (DHT) GWM telah melalui fasa pembangunan bertahun-tahun sebelum sampai ke tangan pengguna Malaysia.

      Kos Pemilikan Rendah: Sebagai sistem Self-Charging Hybrid, anda tidak perlu melabur untuk pemasangan wallbox yang mahal di rumah atau risau tentang degradasi bateri akibat pengecasan pantas yang kerap.

       Nilai Jualan Semula yang Lebih Terjamin

      Salah satu faktor yang menjatuhkan harga kereta terpakai adalah tamatnya tempoh waranti. Dengan waranti sehingga 10 tahun, pemilik HAVAL H6 HEV mempunyai kelebihan besar jika ingin menjual kenderaan mereka selepas 5 atau 6 tahun, kerana kereta tersebut masih berada di bawah jaminan rasmi kilang.

      Jika anda sudah tergoda, Haval H6 HEV hadir dalam 5 pilihan warna: Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Sun Black, dan Hamilton White.

      Untuk keterangan lanjut, layari https://www.gwm.com.my/en.


      Gallery

      Kongsi Artikel Ini

      Ditulis pada

      Suhana Veru

      Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

      Kongsi melalui

      Nombor Plat JPJ Terbaru

      KUALA LUMPUR

      VQS1749

      SELANGOR

      BSN6447

      JOHOR

      JYT8390

      PULAU PINANG

      PSA9478

      PERAK

      APG3137

      PAHANG

      CFF9651

      KEDAH

      KGE9510

      NEGERI SEMBILAN

      NEJ8913

      KOTA KINABALU

      SJR1462

      KUCHING

      QAB4795N

      Terakhir Kemas Kini 31 Mar, 2026

      Harga Bahan Bakar

      Petrol

      RON 95

      RM 2.59

      +0.05

      RON 97

      RM 3.15

      +0.05

      RON 100

      RM 5.00

      VPR

      RM 6.23

      Diesel

      EURO 5 B10

      RM 3.04

      +0.05

      EURO 5 B7

      RM 3.24

      +0.05

      Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

      Berita Berkaitan

      Berita Auto
      GWM Lanjut Waranti Bateri Sistem Hibrid  Haval H6 HEV Kepada 10 Tahun

      GWM Lanjut Waranti Bateri Sistem Hibrid Haval H6 HEV Kepada 10 Tahun

      GWM Malaysia mengorak setapak ke hadpaan apabila telah memilih untuk meningkatkan jaminan bateri sistem hibrid (HEV) kepada 10 tahun bagi model terlarisnya, GWM Haval H6 HEV.

      03-07-2025
      Kereta Baru
      Operasi Unit Pertama CKD GWM Haval H6 HEV Sudah "ON", Bakal Dilancar Okt Ini

      Operasi Unit Pertama CKD GWM Haval H6 HEV Sudah "ON", Bakal Dilancar Okt Ini

      GWM Malaysia mengesahkan bahawa unit CKD pertama GWM Haval H6 HEV sudah pun dihasilkan di kilang EP Manufacturing Berhad (EPMB), baru-baru ini.

      30-09-2024
      Berita Auto
      GWM Haval H6 HEV

      GWM Haval H6 HEV

      Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

      13-03-2026
      Berita Auto
      "Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa  Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

      "Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

      GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

      07-03-2026
      Berita Auto
      Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah

      Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah

      Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.

      11-02-2026
      Berita Auto
      Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

      Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

      Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.

      29-01-2026
      Kereta Baru
      GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

      GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

      Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

      29-01-2026
      Berita Auto
      GWM Malaysia Eksport GWM Wey G9 CKD Ke Thailand

      GWM Malaysia Eksport GWM Wey G9 CKD Ke Thailand

      GWM Malaysia melakukan penghantaran pertama GWM WEY G9 pemasangan tempatan ke Thailand, baru-baru ini.

      26-01-2026

      Berita Terkini

      Pandu Uji
      BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

      BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

      SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

      31-03-2026
      Pandu Uji
      Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

      Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

      Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

      17-12-2025
      Pandu Uji
      Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

      Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

      Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

      01-12-2025
      Pandu Uji
      BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

      BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

      Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

      10-11-2025
      Pandu Uji
      Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

      Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

      Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

      04-11-2025
      Pandu Uji
      Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

      Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

      Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

      17-10-2025
      Pandu Uji
      Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

      Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

      Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

      14-10-2025
      Pandu Uji
      Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

      Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

      Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

      13-10-2025

      Tunjuk Lebih

      trending_flat
      Carz Automedia Malaysia Logo
      Tentang Kami

      CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

      © 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.