Porsche Cayenne Facelift, Harga RM600K!

Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance melancarkan secara rasminya Porsche Cayenne versi pemasangan tempatan di Kuala Lumpur Golf & Country Club, sebentar tadi.
Kereta sports ini dikilangkan di fasiliti Sime Darby di Kulim, Kedah.
Dengan harga bermula RM599,999 Porsche Cayenne ini sudah boleh ditempah.
Kereta sports ikonik untuk lima orang penumpang ini telah diperhalusi agar tampak lebih mewah dan cukup berprestasi tinggi.

Ia hadir dengan konsep kawalan dan paparan digital, teknologi chasis baharu serta spesifikasi tempatan yang telah dipertingkatkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Asia Pacific, Hannes Ruoff berkata selepas ia ditayangkan di peringkat global, Cayenne CKD akhirnya sudah tiba di Malaysia.
“Cayenne menampilkan naik taraf produk paling ekstensif dalam sejarah Porsche.
“ Dengan peningkatan spesifikasi yang dibuat khusus untuk pasaran Malaysia, kami harap dapat memenuhi impian lebih ramai pelanggan kereta sports dan peminat kami di sini,” katanya.
Porsche Cayenne ini disumbat dengan enjin petrol v6 3.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 355 PS dan tork 500Nm.


Untuk makluman anda, Cayenne CKD ini dilancarkan ke pasaran Malaysia dengan pakej peralatan standard yang telah dipertingkatkan seperti Kawalan Jelajah Adaptif, pintu jenis soft- close dan Sport Chrono Package.
Malah, peralatan standard yang ada pada Cayenne pemasangan tempatan sebelum ini juga dikekalkan.
Misalnya, tempat duduk kawalan elektrik 14 tetapi dengan ciri memori, sulaman logo Porsche pada perehat kepala kerusi hadapan, kawalan pendingin hawa empat zon dan bidai cermin belakang kawalan elektrik.
Semasa majlis pelancaran tadi, Porsche Malaysia turut mengumumkan pakej personalisasi untuk model Cayenne pemasangan tempatan.



Pelanggan boleh menempah pilihan rim Cayenne Exclusive Design bersaiz 21 inci dan rim Sport Design berukuran 22 inci.
Bukan itu sahaja, beberapa aksesori gaya hidup Porsche Tequipment seperti sistem hiburan untuk tempat duduk belakang yang mampu meningkatkan pengalaman pelanggan ketika berada di dalam Cayenne baharu turut ditawarkan.
Jika perjalanan anda melibatkan laluan off-road, ada banyak aksesori Porsche Tequipment boleh anda miliki.

Antaranya termasuklah khemah bumbung dan kotak bumbung berprestasi, rak letak basikal di bahagian belakang serta banyak lagi.

Jadi, bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi The International Gallery di Kuala Lumpur Golf & Country Club bermula 9:00 pagi hingga 4:00p petang pada 7 dan 8 Oktober ini.
Ia juga sudah boleh ditempah menerusi mycayenne.online.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cayenne Electric Diperkenalkan, Model Paling Berkuasa Porsche Setakat Ini, Capai 1,140 HP!
Jenama kereta sport ikonik Jerman, Porsche, akhirnya memperkenalkan Porsche Cayenne Electric!
20-11-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
Porsche Cayenne Versi EV Sedang Dibangunkan, Model ICE Kekal, Enjin V8 Akan Diperbaik
Porsche kini sedang membangunkan model generasi baharu bagi menggantikan Cayenne generasi ketiga.
26-07-2024
Kilang Porsche CKD di Kulim Diperluas – Pemasangan Cayenne S E-Hybrid Coupe, Eksport ke Thailand
Sime Darby Berhad (Sime Darby) hari ini mengumumkan peluasan barisan pemasangan tempatan (CKD) untuk model Porsche Cayenne di kilang Inokom.
24-07-2024
Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.
Tempahan boleh dibuat menerusi mycayenne.online.
09-09-2023
Fungsi Kereta Porsche Kini Boleh Dikawal Dengan Apple CarPlay
Porsche mengumumkan kemas kini baharu membabitkan ciri sambungan Apple CarPlay.
18-07-2023
Dah 1,000 Unit Porsche Cayenne Dihasilkan Porsche Malaysia!
Porsche Malaysia mengumumkan penghasilan unit ke-1,000 model Porsche Cayenne yang dipasang tempatan (CKD).
01-06-2023
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
