AMG CLA 45: Ada 2 Varian, Harga Setengah Juta

Mercedes-Benz Malaysia mengesahkan bahawa Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupe 2023 sudah berada di pasaran tempatan.
Ia ditawarkan dalam dua varian: versi standard dijual pada RM527,888, manakala Street Style Edition pula berharga RM557,888.
Ia sudah boleh ditempah bermula sekarang di semua pengedar sah Mercedes-Benz.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan & Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Bettina Plangger berkata, pihaknya cukup teruja memperkenalkan Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé di negara ini.
“Ia menawarkan keseronokan pemanduan yang tiada tandingan selain lengkap dengan pelbagai teknologi canggih termasuk reka bentuknya yang cukup sporty.
“Kereta yang berprestasi tinggi ini sebenarnya mewakili gabungan kuasa yang cukup sempurna, ketepatan, dan tahap kecerdasan yang tinggi. Jadi, kami berbesar hati untuk menawarkannya kepada pelanggan kami di sini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Bagi yang berminat dengan kereta setengah juta, untuk makluman anda, ia disumbat dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo.
Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 421 hp dan 500 Nm.
Ia dipadankan dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC, AMG Torque Contol dan AMG Ride Control.
Maka, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.1 saat.
Dari segi luarannya, ia dilengkapi dengan sistem lampu MULTIBEAM LED, lampu belakang LED serta dilengkapi dengan gril AMG dan rim AMG bersaiz 19 inci .


Menyentuh mengenai ruang dalamannya pula, ia didatangkan dengan skrin paparan 10.25 inci berkembar, balutan kulit nappa/Mikrofiber, skrin paparan head-up dan tali pinggang keledar berwarna merah.


Antara kelengkapan lain ialah sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, bantuan arahan berbentuk suara Hey Mercedes, sistem navigasi, sistem bunyi Burmester, dan AMG TRACK PACE untuk kegunaan di dalam litar.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRK9564
SELANGOR
BSS6920
JOHOR
JC3849J
PULAU PINANG
PSE6583
PERAK
APK6348
PAHANG
CFH4432
KEDAH
KGH5307
NEGERI SEMBILAN
NEL4238
KOTA KINABALU
SJT5290
KUCHING
QAB4015P
Terakhir Kemas Kini 14 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz G-Class Didedahkan Di China
Menjelang pameran Auto China 2024 Mercedes-Benz turut menayangkan Mercedes-Benz G-Class Electric.
25-04-2024
Ini Dia Model Konsep CLA Class, Sporty Habis
Mercedes-Benz akan memperkenalkan model terbaharunya, Concept CLA-Class .
04-09-2023
SL 43: Harga Kereta Kayangan
Mercedes-Benz Malaysia menunjukkan unit pratonton roadster Mercedes-AMG SL 43 2023.
15-06-2023
Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+.
08-06-2023
Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+.
08-06-2023
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu
Jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian lain, bukan sekadar warna.
20-02-2023
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

