Porsche Cayenne Versi EV Sedang Dibangunkan, Model ICE Kekal, Enjin V8 Akan Diperbaik

Porsche kini sedang membangunkan model generasi baharu bagi menggantikan Cayenne generasi ketiga. Buat pertama kalinya, jenama kereta mewah dari Stuttgart, Jerman ini mendedahkan butiran dan imej teaser rasmi SUV generasi seterusnya kepada umum.
Versi Elektrik Pertama

-full.webp)
Yang menariknya, Cayenne generasi terbaru itu nanti akan hadir dalam versi elektrik penuh (EV) buat pertama kali dalam sejarahnya. EV tersebut akan dijual bersama dengan versi sedia ada yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE). Ini bermakna dalam beberapa tahun akan datang, Cayenne akan ditawarkan di pasaran dalam tiga pilihan rangkaian kuasa iaitu ICE, hibrid dan EV.
Baca: Kilang Porsche CKD di Kulim Diperluas – Pemasangan Cayenne S E-Hybrid Coupe, Eksport ke Thailand
“Porsche sedang maju ke hadapan dengan pembangunan model hibrid dan enjin pembakaran dalaman secara serentak. Sehingga dan selepas 2030, SUV ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan rangkaian kuasa di seluruh dunia,” dedah kenyataan rasmi Porsche.
Komitmen Terhadap Model Enjin Pembakaran Dalaman
-full.webp)
-full.webp)
Ketua Pegawai Eksekutif Porsche AG, Oliver Blume berjanji bahawa pelanggan masih boleh “memilih model enjin pembakaran dan hibrid” kerana pengeluar kereta ini akan “menambah baik” Cayenne generasi ketiga sedia ada, yang akan terus ditawarkan di pasaran bersama-sama dengan generasi terbaru yang berkuasa elektrik.
Ini bermakna Porsche berniat untuk mengekalkan varian yang menggunakan rangkaian kuasa ICE dan kita boleh menjangkakan enjin V8 turbo kembar Cayenne yang lebih baik untuk versi akan datang.
Menurut Porsche, jurutera mereka di Zuffenhausen telah menggunakan “langkah teknikal yang menyeluruh” untuk memastikan enjin V8 itu nanti akan mematuhi standard emisi yang ditetapkan.
Strategi Pelbagai Laluan
-full.webp)
-full.webp)
Memandangkan Cayenne generasi ketiga akan dikekalkan di pasaran sehingga akhir dekad ini, kita boleh menjangkakan SUV sporty ini akan diberikan kemas kini dalam versi facelift pada tahun-tahun akan datang, dengan yang terkini diberikan pada tahun 2023. Untuk makluman, Cayenne generasi ketiga diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2017, yang bermakna model ini akan mencapai usia lebih 10 tahun menjelang penghujung dekad ini.
Baca: Porsche Cayenne Facelift, Harga RM600K!
Keputusan Porsche untuk mengekalkan Cayenne yang menggunakan ICE menunjukkan bahawa pengeluar kereta ini mengambil strategi pelbagai laluan (multi-pathway) menuju visi jejak karbon sifar, seperti yang dilakukan oleh Toyota. Namun, CEO menegaskan bahawa Porsche masih “komited sepenuhnya kepada mobiliti elektrik.”
Tambah beliau, matlamat untuk mencapai jualan kereta baharu yang merangkumi model EV sebanyak 80% masih lagi dalam sasaran syarikat. Namun dalam masa yang sama, pencapaian ini “bergantung kepada permintaan pelanggan dan perkembangan mobiliti elektrik dunia.”
Ujian Jalan Raya


Mengenai Cayenne generasi baharu, model ini kini sedang diuji di jalan raya awam dan beberapa unit yang berpelekat samaran pula bakal menempuhi perjalanan dengan kepanjangan “beberapa juta kilometer di seluruh dunia di dalam iklim dan topografi yang ekstrem.”
Seperti EV Macan baharu, EV Cayenne juga akan dibangunkan berdasarkan Premium Platform Electric (PPE) terbaru daripada VW Group, yang akan diperbaik supaya dapat menawarkan “ciri pemanduan Porsche, pengecasan yang berkapasiti tinggi dan stabil, kecekapan tinggi, serta tahap keselesaan dan kebolehgunaan harian yang tinggi.”
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cayenne Electric Diperkenalkan, Model Paling Berkuasa Porsche Setakat Ini, Capai 1,140 HP!
Jenama kereta sport ikonik Jerman, Porsche, akhirnya memperkenalkan Porsche Cayenne Electric!
20-11-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
Kilang Porsche CKD di Kulim Diperluas – Pemasangan Cayenne S E-Hybrid Coupe, Eksport ke Thailand
Sime Darby Berhad (Sime Darby) hari ini mengumumkan peluasan barisan pemasangan tempatan (CKD) untuk model Porsche Cayenne di kilang Inokom.
24-07-2024
Porsche Cayenne Facelift, Harga RM600K!
Porsche Cayenne yang diproduksi di Kulim, Kedah sudah ada di pasaran.
06-10-2023
Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.
Tempahan boleh dibuat menerusi mycayenne.online.
09-09-2023
Fungsi Kereta Porsche Kini Boleh Dikawal Dengan Apple CarPlay
Porsche mengumumkan kemas kini baharu membabitkan ciri sambungan Apple CarPlay.
18-07-2023
Dah 1,000 Unit Porsche Cayenne Dihasilkan Porsche Malaysia!
Porsche Malaysia mengumumkan penghasilan unit ke-1,000 model Porsche Cayenne yang dipasang tempatan (CKD).
01-06-2023
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
