Honda CR-V: Ada 3 Varian

Honda Malaysia (atau syarikat) hari ini secara rasmi melancarkan SUV terbaharunya, CR-V generasi keenamnya, sebentar tadi.
Honda CR-V 2024 ini didatangkan dalam empat varian iaitu varian S, E V dan e:HEV RS namun butiran e: HEV RS hanya akan diumumkan pada tahun hadapan nanti.
HARGA
Varian S = RM159,900
Varian E = RM169,900
Varian V = RM181,900
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, sempena meraikan 20 tahun pengeluaran CR-V di pasaran tempatan, pihaknya menawarkan edisi terhad CR-V varian S .
“Edisi terhad ini hanya terhad kepad 750 unit dan ia ditawarkan pada harga RM157,900.
“Menerusi pakej komprehensif SUV dalam CR-V Serba Baharu menyumbang kepada peningkatan popularitinya, apabila lebih 2,000 tempahan diterima sejak tempahan dibuka pada bulan lepas,” katanya.
Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum; dan Ketua Projek Utama CR-V Serba Baharu, Eisuke Sato.


Untuk makluman anda, varian S, E dan V, didatangkan dengan enjin berprestasi tinggi 1.5L VTEC Turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 193PS dan tork.

Apa yang cukup menarik ialah ia dipadankan dengan sistem CVT yang canggih, dimana enjinnya menyediakan prestasi berkuasa sambil mengoptimumkan respons pecutan, penjimatan minyak dan senyap.


Sementara itu, arian V didatangkan secara eksklusif dengan Real Time AWD yang mana pembahagian kuasa antara pemanduan depan dan belakang bagi menawarkan pemanduan yang stabil.
Malah, buat julung kalinya bagi Honda Malaysia, model ini dipadankan dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan Elektrik (e:CVT) dalam kerangka baharu, bagi menyediakan prestasi enjin cemerlang, penjimatan bahan api dan kesesuaian kuasa tinggi.

Menjengah bahagian luarannya, gril depannya hadir denan corak Mesh tebal, lampu LED di bahagian depan dan belakang, Lampu Isyarat LED, Kemasan Krom di belakang ekzos dan Lampu Belok Aktif.
Bagi ,e:HEV RS pula, ia dilengkapi dengan Gril Penutup Aktif, ciri automatik pada Bampar Depan Bawah (Front Lower Bumper) yang menambah baik aerodinamik dan penjimatan bahan api CR-V Serba Baharu.

Selain itu, kapasiti ruang but kini sebesar 589 liter namun sekiranya kerusi belakang direbahkan ruangnya bertambah kepada 1,072 liter.

Menjengah bahagian dalamannya, reka bentuk kemas dan horizontal bagi bahagian dalam CR-V Serba Baharu itu dilihat mempunyai gabungan gaya classy dan kontemporari, dan pada masa yang sama, ia menawarkan keselesaan dan kabin yang lebih luas.
Difahamkan, dalam varian E dan ke atas, terdapat port USB-C tambahan di depan, Paparan Audio 9-inci bersama Apple CarPlay dan Android Auto dan Pengecas Tanpa Wayar.Sebagai tambahan, varian V dan e:HEV RS menawarkan Lampu Kabin Ambient Berwarna.


Buat pertama kali untuk Honda Malaysia, model ini dilengkapi dengan lapan beg udara termasuk dua beg udara di bahagian lutut.
Bagi pengalaman pemanduan yang lebih optimum, varian e:HEV RS dilengkapi ciri-ciri eksklusif, termasuk Meter TFT 10.2 inci.

Ia juga hadir dengan Sistem Audio Premium 12- pembesar suara dari Bose menjadikan CR-V Serba Baharu model pertama dalam barisan kenderaan buatan tempatan Honda yang dilengkapi dengan ciri baharu ini.


Ciri lain dalam varian e:HEV RS ialah paparan info Head Up Display (HUD) yang menunjukkan maklumat-maklumat pemanduan penting seperti kelajuan dan sistem bantuan pemandu (ADAS). Varian ini juga didatangkan dengan Kad Kunci Pintar untuk kemudahan tambahan.
Tidak ketingalan Honda CONNECT juga hadir sebagai ciri standard untuk semua varian.

Bagi mengekalkan keunggulannya dalam menyediakan rangkaian komprehensif teknologi keselamatan, CR-V Serba Baharu didatangkan dengan sistem Honda SENSING yang dinaik taraf dengan Wide-Angle Radar, Kamera dan Sensor Sonar.
Fungsi keselamatan dalam teknologi bantuan pemandu ini dipertingkatkan lagi dengan kemasukan Lampu memandu Adaptif * (Adaptive Driving Beam), menjadikan jumlah keseluruhan fungsi keselamatan kepada sembilan.
Ciri keselamatan penting lain dalam model termasuk Honda LaneWatch dan Sistem Kamera Pelbagai Sudut (Kamera 360).
Sehubungan itu, pelanggan boleh memilih CR-V Serba Baharu yang didatangkan dalam lima warna.

Buat pertama kalinya, Honda Malaysia memperkenalkan Biru (Canyon River Blue), menyertai barisan warna Putih (Platinum White Pearl), Perak (Lunar Silver Metallic), Kelabu (Meteoroid Gray Metallic) dan Merah (Ignite Red Metallic).
Untuk maklumat lanjut atau pandu uji CR-V Serba Baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Berita Terkini
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

