ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mazda CX-5 Facelift, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM144K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermaz Motor mengumumkan ketibaan model terbaharunya, Mazda CX-5 facelift ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Harga jualan Mazda CX-5 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Inokom di Kulim, Kedah ini bermula dari RM144,469.

Ia ditawarkan dalam lima varian iaitu: 2.0G MID 2WD, 2.0G 2WD High,  2.5G 2WD High, 2.2D 2WD High dan 2.5G AWD High.

Difahamkan, Mazda CX-5 2024 ini menerima beberapa penambaikan terutama dari segi penggayaan yang baharu, teknologi termasuk ciri-ciri baharu  untuk meningkatkan lagi prestasi pemanduan, keselesaan dan keselamatan.

Seperti biasa, rahsia di sebalik kenderaan Mazda ialah falsafah reka bentuk Kodo – Soul of Motion dimana Mazda yakin bahawa kenderaan yang direka itu membangkitkan respons emosi seseorang.

Menjengah bahagian luarannya, terdapat sedikit perubahan memandangkan ia didatangkan dengan lampu depan LED, reka bentuk gril yang baharu termasuk bamparnya.

image.pngimage.png

Malah, lampu belakangnya juga jenis LED selain ia didatangkan rim aloi bersaiz 17 serta 19 inci.

Mazda turut memaklumkan bahawa  casis CX-5 turut dipertingkatkan dimana casisnya juga lebih tegar, manakal spring dan peredam juga telah ditala semula bagi menawarkan pemanduan yang cukup selesa.

Kehebatan Mazda CX-5  serba baharu ini juga ditingkatkan dengan peningkatan Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH).

image.pngimage.png

Mengenai kabinnya pula, semua varian berkongsi nilai estetika kabin yang lebih kurang sama namun ada beberapa peralatan dan ciri mewah yang berbeza sedikit.

Apa yang dikongsi ialah skrin infotainment 8-inci yang kini menawarkan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar, pad pengecasan wayarles, kawalan iklim automatik dwi-zon dengan bolong belakang dan terdapat empat port pengecas USB.

image.png

Varian asasnya, 2.0 Mid disumbat dengan enjin petrol 2.0 liter 4-silinder dan kotak automatik 6-kelajuan, dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 162 HP dan tork 213 Nm. 

image.pngimage.png

Varian ini adalah satu-satunya varian yang tidak mendapat mendapat ciri lampu LED dengan iluminasi spesifik di depan.

Sememangnya, tawaran spesifikasi asas ini hanya menyaksikan penawaran ciri yang asas seperti penggunaan upholsteri tempat duduk jenis fabrik, pelarasan tempat duduk hadapan  pula jenis manual tiada paddle shifter  dan tiada ciri pintu belakang berkuasa elektrik.

image.png

Varian ini juga berfungsi tanpa sebarang ciri bantuan pemandu aktif (ADAS).

Sementara itu, bagi varian 2.0 High, ia menawarkan ciri-ciri yang agak premium memandangkan tempat kerusinya dibalut dengan material kulit manakala tempat duduk hadapan boleh dilaraskan elektrik serta hadir dengan fungsi memori.

Selain itu, terdapat kamera parkir 360 darjah, pintu belakang jenis berkuasa, ada spoiler belakang, paddle shifter dan tidak ketinggalan lampu LED dengan iluminasi spesifik.

Apa yang cukup penting ialah pakej sistem ADAS disediakan dari varian 2.0 High dan ke atas.

Ini bermakna varian-varian tersebut dilengkapi dengan  Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) dengan Sokongan Jelajah & Trafik (CTS), Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS) dan Sistem Bantuan Kekalkan Laluan (LAS).

image.pngimage.png

Antara ciri keselamatan lain yang terdapat pada jentera ini ialah  Sistem Pemantau Titik Buta (BSM),  Amaran Tumpuan Pemandu (DAA), Sokongan Brek Pintar Bandar (SCBS), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Pencahayaan Hadapan Adaptif (AFS) dengan Kawalan Pancaran Tinggi (HBC) dan banyak lagi.

Seterusnya ialah varian 2.5 High yang merupakan varian berspesifikasi pertengahan.

Varian ini pula menerima enjin petrol 2.5 liter 4 silinder yang lebih padu dimana ia menghasilkan kuasa setakat 192 hp  dan 258 Nm. 

Dari segi ciri-cirinya, varian ini menerima penambahan pengudaraan tempat duduk hadapan, panel paparan TFT pelbagai warna bersaiz 7- inci serta rim aloi bersaiz 19-inci.

image.png

Sementara itu, varian  2.2D High merupakan satu-satunya varian yang hadir dengan enjin 4-silinder turbo-diesel 2.2 liter yang mampu menghasilkan kuasa setakat 188 hp dan 450 Nm. 

Difahamkan varian ini menawarkan penjimatan bahan api terbaik iaitu 5.5 liter/100 KM. Selain itu, pembakar minyak ini berkongsi kiraan ciri yang lebih kurang sama seperti varian 2.5 High.

Ia cuma tiada mod pemacu.

Akhir sekali ialah mengenai varian 2.5T High AWD dimana ia adalah satu-satunya  varian yang menampilkan enjin petrol pengecas turbo 2.5 liter Mazda yang cuku bertenaga dengan adanya pacuan semua roda (AWD). 

Secara keseluruhannya, varian ini menghasilkan kuasa setakat  228 hp dan 420 Nm dan ia juga mendapat tangki bahan api sebesar 58 liter berbanding tangki 56 liter yang disediakan untuk  semua varian di bawahnya.

Apapun, bahagian kabinnya agak sama dengan 2.2D High dan 2.5 High. 

Namun varian teratas ini memiliki skrin paparan head-up (HUD) serta kawalan cengkaman yang dipertingkatkan dengan Bantuan Traksi Luar Jalan. 

Berikut adalah harga mengikut varian: 

VARIAN

HARGA  (CAT METALLIC)

HARGA  (CAT PREMIUM)

2.0 Mid

RM144,469.20

-

2.0 High

RM161,469.20

RM164,769.20

2.5 High

RM174,960.40

RM178,260.40

2.2D High

RM180,322.80

RM183,622.80

2.5T High AWD

RM188,760.40

RM192,060.40


Seperti biasa, Bermaz Motor menawarkan kesemua harga itu termasuk waranti had perbatuan 100,000 km/ 5-tahun atau penyelenggaran percuma 100,000 km/5-tahun.

Ia didatangkan dalam tujuh warna: Jet Black, Snowflake White Pearl, Machine Gray, Deep Crystal Blue, Soul Red Crystal Polymetal Gray dan  Platinum Quartz.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR7395

SELANGOR

BSN5864

JOHOR

JYT7041

PULAU PINANG

PSA8492

PERAK

APG2661

PAHANG

CFF9378

KEDAH

KGE9224

NEGERI SEMBILAN

NEJ8655

KOTA KINABALU

SJR603

KUCHING

QAB4647N

Terakhir Kemas Kini 30 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Global
Global
Kereta Baru

02-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

03-09-2025
Kereta Baru

03-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.