OKU Boleh Guna Bas & Rel Dengan Percuma, Kad OKU Smile Diperkenalkan

Rel RapidKL (Gambar hiasan)
Bermula bulan Februari ini, Orang Kurang Upaya (OKU) dapat menggunakan semua perkhidmatan rel dan bas di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara percuma.
Program ini direalisasikan dengan penawaran pas khas, OKU Smile yang kini sudah mula ditawarkan kepada semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada dan juga pemohon baharu.
Melalui satu perkongsian yang dibuat di Instagram, @myrapidkl memaklumkan orang ramai cara untuk mendapatkan kad perjalanan percuma, OKU Smile:
CARA UNTUK MENDAPATKAN PAS OKU SMILE SEKIRANYA BELUM MEMILIKI KAD KONSESI OKU PRASARANA
Anda boleh mendapatkan Kad Konsesi OKU Prasarana daripada kaunter pendaftaran konsesi berikut:
- Rapid KL: Hab Pasar Seni atau Stesen MRT Conlay (MRT Laluan Putrajaya)
- Rapid Penang: Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit), Terminal Bas Weld Quay, Komtar, Bukit Jambul, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Kompleks Dato Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral.
- Rapid Kuantan: Terminal Hentian Bandar.
Anda perlu membawa bersama dokumen berikut:
- Kad pengenalan
- Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (KJM)
Proses untuk mendapatkan kad ini mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit.
Anda juga boleh membuat permohonan kad konsesi ini melalui portal myrapid.com.my. Pemohon perlu memuat naik salinan kad pengenalan, kad OKU JKM dan gambar berukuran pasport berlatar belakang putih atau biru. Proses penghasilan kad mengambil masa tiga hari waktu bekerja sekiranya permohonan lengkap.
Pemohon akan dikenakan caj hanya RM5 untuk kos pengeluaran kad. Nilai tersebut akan dikreditkan ke dalam kad dan nilai minima ini perlu dikekalkan untuk memanfaatkan pas.
CARA UNTUK MENDAPATKAN PAS OKU SMILE SEBAGAI PEMEGANG KAD KONSESI OKU PRASARANA SEDIA ADA
Anda boleh membuat langganan atau mengaktifkan pas OKU Smile di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih seperti:
- Hab bas Rapid KL: Pasar Seni, Chow Kit, KLCC, Sri Nilam, Puchong Utama, Pearl Point, Sunway Pyramid, Greenwood dan Seksyen 2 Shah Alam.
- Hab bas Rapid Penang: Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit), Terminal Bas Weld Quay, Komtar, Bukit Jambul, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Kompleks Dato Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral.
- Hab Bas Rapid Kuantan: Hentian Bandar Kuantan
Untuk menggunakan pas ini, anda perlu memastikan baki minima kad ialah RM5. Untuk pemegang kad yang telah tamat tempoh, dapatkkan permohonan untuk kad baharu.
"Prasarana juga berhasrat untuk menyampaikan maklumat mengenai produk ini dengan mengadakan siri jelajah ke beberapa persatuan OKU. Di samping itu, kaunter pendaftaran bergerak akan diwujudkan untuk memudahkan golongan ini dalam memohon kad OKU Prasarana semasa siri jelajah berlangsung," ujar kenyataan tersebut.
Pengenalan pas khas ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada 21 Disember tahun lalu.
![]()
Maklumat lanjut mengenai pas OKU Smile boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi www.myrapid.com.my atau melalui platform media sosial Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.
Pengguna yang memerlukan bantuan atau ingin membuat sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03-78852585, Rapid Penang di 04-255 8000, atau Rapid Kuantan di 09-5663686/019-3858607.

Bas Rapid KL (Gambar hiasan)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rapid KL Tambah 310 Bas Diesel Baharu Menjelang Hujung 2024, Ini Sebabnya...
Rapid KL sedang menyelaraskan semula 35 laluan bas, ini antara yang akan dilakukan...
02-04-2024
Bas Rapid KL Beroperasi Hingga 2 Pagi Sempena Sambutan Ambang Merdeka
Waktu operasi Rapid KL sempena sambutan merdeka diumumkan.
25-08-2023
Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung
Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan.
06-02-2026
PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana
PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.
07-01-2026
Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan
Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.
02-01-2026
Operasi LRT3 Ditangguhkan Demi Keselamatan Penumpang
Prasarana Malaysia Bhd mengesahkan pihaknya menangguhkan operasi LRT Laluan Shah Alam yang asalnya dijadualkan beroperasi 31 Disember ini.
10-12-2025
LRT3 Mungkin Tak Dapat Operasi 31 Dis Ini Tetapi Ada Sebabnya
Operasi LRT3 ditangguhkan bagi memastikan perkhidmatan itu bebas masalah teknikal.
10-12-2025
Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.
14-11-2025
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
