Auto China 2024: Ini Dia Perincian JAECOO J6

Nampaknya, jenama Chery terus menempa nama apabila ia menjadi bualan hangat pada pameran Auto China 2024 yang sedang berlangsung ketika ini.
Apa tidaknya, jenama itu semakin menguasai pasaran dunia menyebabkan jenama itu kini menjadi pengeksport kereta terbesar di China.

Lebih menarik, Chery kini tidak banyak menumpukan pasaran China seperti mana yang dilakukan kebanyakan pengeluar kereta China sebaliknya ia kini beralih kepada pasaran di seluruh dunia.
Jadi, sempena ekspo kereta di Beijing, pihak Chery turut membawa Jaecoo J6 yang berjaya menarik perhatian para penggunjung.
Di China, Jaecoo J6 dijual sebagai iCar03 namun untuk pasaran eksport ia lebih dikenali sebagai Jaecoo J6.
Bagaimanapun, tiada spesifikasi didedahkan semasa pameran itu, namun adalah munasabah melihat J6 mencerminkan spesifikasi teknologi iCar 03.

Hanya tiga benda yang membezakan iCar 03 dengan Jaecco J6 iaitu gril hadapan dimana gril J6 lebih berkelas, ada ruang simpanan di bahagian belakang dan J6 adalah lebih kecil berbanding 03.
Sebaik melangkah masuk ke dalam, ia jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan ketara memandangkan kesemua aspeknya adalah sama dengna 03 termasuk terdapat lambang i pada stereng.
Dari segi dimensi, ia berukuran panjang 4,406 mm, selebar 1,910 mm, setinggi 1,715 mm dengan jarak roda 2,715 mm.
Pintu belakangnya boleh dibuka dari sebelah kiri dan lampu belakangnya terletak secara menegak.

Selain itu, Jaecoo J6 dilengkapi dengan sistem pendingin hawa dwi-zon, sistem pemantau tekanan tayar, ESP, ada skrin infotainment bersaiz 15.6 inci, 8 pembesar suara, lampu depan , pengelap automatik, rak bumbung, parker brek elektronik manakala tempat duduknya boleh dilaraskan secara enam hala.
Difahamkan, Jaecoo J6 sebenarnya adalah sama seperti iCar 03.


Ia akan tersedia dalam pelbagai konfiguras dimana varian pertenghana menerima ciri tambahan seperti kamera papan pemuka, pintu bagasi belakang berkuasa, cermin sisi lipat, bumbung matahari panoramik, kad kunci NFC dan pengecas wayarles 50 watt.
Bagi varian teratas pula, ia akan dilengkapi dengan beg udara tirai sisi, tempat duduk penumpang elektrik, , tempat duduk berventilasi, audio bunyi 12 pembesar suara, Cahaya ambien 64 warna dan bantuan pemanduan DJI.
Selain kelengkapan itu, Jaecoo J6 berkemungkinan besar akan menampilkan dua pilihan trenkuasa, iaitu serupa dengan iCar 03.

Ini bermakna varian pertengahan akan menerima motor tunggal yang dipasang di belakang, dimana ia mampu menghasilkan kuasa 184 hp dan 220 Nm, manakala varian yang lebih tinggi akan mempunyai persediaan 4WD motor berkembar membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa pada 279 hp dan 385 Nm.

Model ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.5 saat.
Dengan adanya, bateri berkapasiti 69.8kWj, ia mampu bergerak sejauh 500 kilometer.
JAECOO 6 turut menyokong pengecas Charger Type 2 / CCS Combo dan pengecasan pantas DC hingga 85kW.
Mengenai harga, semuanya bergantung pada model yang akan mula dijual memandangkan tempoh bebas cukai EV kerajaan berakhir pada 2025.

Namun masih tiada sebarang pengesahan bahawa Chery Malaysia berhasrat untuk membangunkan model CKD untuk Jaecoo.
Di China, iCar 03 Standard RWD berharga RM73,000, Advanced RWD dijual pada RM79,000, Long-range RWD (RM86,000) dan Long-range AWD (RM93,000).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN3740
SELANGOR
BSM7623
JOHOR
JYS2071
PULAU PINANG
PSA864
PERAK
APF5190
PAHANG
CFF4908
KEDAH
KGE4995
NEGERI SEMBILAN
NEJ6177
KOTA KINABALU
SJQ4897
KUCHING
QAB3301N
Terakhir Kemas Kini 28 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV
Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.
24-02-2026
Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4
Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.
23-02-2026
Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah
Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.
19-01-2026
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888
Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.
09-01-2026
Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!
Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.
06-01-2026
Chery Malaysia Hulur Sumbangan RM208,000 Kepada MSN, Raikan Atlet AYPG 2025
Chery Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM208,000 kepada Majlis Sukan Negara bagi meraikan atlet para muda yang memenangi pingat pada Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025.
24-12-2025
Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!
Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.
18-12-2025
Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi
Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.
27-10-2025
Berita Terkini
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.
UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.
25-02-2026
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu
Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.
20-02-2026
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur
Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
19-02-2026
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP
Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.
12-02-2026
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa
Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.
11-02-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

