EV Jenama China Baharu, Leapmotor C10 Dipertontonkan – Lancar Suku Ke-4 2024

Stellantis Malaysia telah menyambut kedatangan jenama baharu di bawahnya untuk pasaran negara, kali ini, jenama automotif China, Leapmotor. Jenama EV China ini membuat penampilan sulungnya di Malaysia semasa acara Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang kini sedang berlangsung di MAEPS sehingga 26 Mei nanti. Sempena pelancaran jenamanya, Leapmotor memperkenalkan SUV elektrik terbaru, C10.

SUV C10 berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar, dan 1,680 mm tinggi dengan jarak roda 2,285 mm. Berdasarkan ukuran ini, C10 menjadi pesaing kepada SUV EV lain yang dipasarkan di Malaysia seperti Tesla Model Y, atau Exeed Exlantix ET yang dimiliki oleh Chery di pasaran China.




Dari segi reka bentuk, secara keseluruhannya SUV EV ini menampilkan reka bentuk luaran minimalis dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan dan belakang LED yang terletak rata pada badan kereta, masing-masing dengan jalur lampu yang berkelebaran penuh, permukaan badan juga direka rata pada pelbagai sudut. Untuk meluncur di jalan raya, SUV ini menggunakan rim aloi 20 inci.



Di dalam kabin, unit C10 yang dipamerkan di MAS 2024 didatangkan dari China kerana merupakan versi pemanduan sebelah kiri (LHD). Kabinnya sarat dengan pelbagai teknologi, termasuk kluster instrumen digital 10.25 inci, skrin infotainmen pusat 14.6 inci yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295, bumbung kaca panoramik penuh dan banyak lagi.


Selain itu, tempat duduk hadapan C10 boleh dilipat hingga 180 darjah. Apabila kedua-dua tempat duduk hadapan dan belakang dilipat, kabin C10 boleh diubah menjadi ‘katil queen’ untuk dua orang, dengan panjang sehingga 2.7 meter.


Walaupun secara umumnya, C10 tersedia dalam versi bateri elektrik (BEV) dan EV range-extender (REEV), kita boleh menjangkakan versi yang dijual di Malaysia akan menggunakan trenkuasa BEV. Dengan trenkuasa itu nanti, dua bateri berbeza digunakan dengan yang terbesar akan dipasangkan dengan bateri lithium-besi-fosfat (LFP) 69.9-kWj yang memberikan C10 jarak perjalanan EV sehingga 530 km (CLTC).
Tanpa mengira saiz bateri, semua varian C10 BEV menggunakan motor elektrik tunggal, terletak di bahagian belakang (RWD) dengan kuasa 228 hp (170 kW) dan 320 Nm, membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.29 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 170 km/j.


Selaras dengan rancangan Leapmotor International untuk kawasan Asia Pasifik, kita boleh menjangkakan SUV EV Leapmotor C10 untuk membuat penampilan tempatan dalam suku keempat tahun ini, menjadikannya model pertama yang dilancarkan oleh Stellantis Malaysia untuk sub-jenama China baharunya ini.
Di pasaran China, BEV Leapmotor C10 ditawarkan pada harga yang bermula dari CNY 128,800 (~RM83,560) untuk varian asas, 410, manakala varian tertinggi, 530 pula dijual pada harga CNY 168,800 (~RM109,510).
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE4496
SELANGOR
BSL670
JOHOR
JYN2746
PULAU PINANG
PRW7334
PERAK
APD4886
PAHANG
CFE5001
KEDAH
KGD5024
NEGERI SEMBILAN
NEH9637
KOTA KINABALU
SJP3703
KUCHING
QAB7805M
Terakhir Kemas Kini 21 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal
SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.
10-12-2025
Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K
Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.
17-11-2025
Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD
Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.
06-11-2025
Leapmotor B10 Dah Masuk Malaysia, Gambar Intipan Tersebar
Leapmotor B10 dikesan diuji di Malaysia.
29-10-2025
EV Leapmotor Bakal Dipasang Di Malaysia, Model C10 CKD Bakal Tiba
Stellantis bersama Leapmotor dan Leapmotor International mengadakan sidang media bagi mengumumkan rancangan CKD EV Leapmotor di Malaysia.
18-04-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Leapmotor Catat Prestasi Luar Biasa Sebagai Jenama Baharu, 293,00 Unit Pada 2024
Jenama automotif China, Leapmotor, telah mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 meskipun kehadirannya masih baru di kebanyakan pasaran global, termasuk Malaysia.
23-01-2025
Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama
Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.
22-10-2024
Berita Terkini
Pusat Ujian EV Kedah Dirasmikan – Boleh Uji Bateri, Enjin & Motor 1,000 Jam
Kedah kini menempatkan pusat ujian kenderaan elektrik (EVTC) tercanggih yang baru sahaja memulakan operasi fasa pertamanya semalam.
19-12-2025
EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.
15-12-2025
Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka
XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.
14-12-2025
Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar
Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.
05-12-2025
Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya
Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.
01-12-2025
Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini
Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.
01-12-2025
Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!
Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.
01-12-2025
Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini
Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.
29-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
