Kereta Hibrid Terbaru Perodua akan Dipertontonkan di MAS 2024 Minggu Depan?
-full.webp)
-full.webp)
Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) bakal membuka tirainya dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Bagi menyemarakkan semangat orang ramai untuk mengunjungi acara automotif terbesar di Malaysia ini, syarikat-syarikat terlibat kini telah mula ‘menggoda’ orang ramai melalui poster promosi dan pendedahan yang menarik.
-full.webp)
Bahagian tengah poster promosi Perodua untuk acara MAS 2024 ini menunjukkan sebuah model hibrid.
Baru-baru ini, syarikat automotif terkemuka negara yang bakal menyertai acara di MAEPS, Perodua, telah mengeluarkan poster promosi yang menunjukkan antara model yang akan dipamerkan. Imej yang menarik perhatian adalah sebuah kenderaan di bahagian tengah poster tersebut, ia memaparkan trenkuasa sebuah kenderaan yang berkemungkinan model hibrid baharu Perodua.
-full.webp)
Mungkinkah Perodua akan mempertontonkan model hibrid baharunya di MAS 2024?
Model dengan bentuk badan hatchback ini dilihat menggunakan trenkuasa hibrid dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) di bahagian hadapan dan bateri di bahagian tengah badan.
Jika diamati dengan lebih teliti, pek bateri yang digunakan kelihatan lebih besar, berbeza dengan sistem hibrid yang digunakan pada model hibrid khas yang pernah dihasilkan Perodua sebelum ini untuk Ativa.
Baca: PERODUA Mulakan Kajian Ativa Hybrid, Tetapi Hanya Terhad Kepada 300 Pelanggan

-full.webp)
Perodua D66B yang akan datang (kiri) mungkin menggunakan sistem HEV sama seperti pada model DNGA, Toyota Yaris Cross HEV (kanan).
Pengenalan model hibrid ini di pameran itu nanti bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini Perodua pernah mendedahkan mengenai usahanya untuk mengembangkan model hibridnya melalui projek yang digelar D66B, kemungkinan menggunakan Toyota Yaris Cross versi hibrid sebagai asas pembangunan teknologinya.
Baca: Perodua Rancak Bangunkan Model D66B
Selain hibrid, Perodua juga sedang berusaha untuk membangunkan model EV bateri pertama mereka yang dijadualkan untuk diperkenalkan pada tahun 2025.


Kereta konsep elektrik, Perodua EMO, yang dipamerkan di Malaysia Autoshow tahun lalu.
Sebelum ini, Perodua juga pernah mendedahkan model EV mereka yang akan datang semasa acara Malaysia Autoshow yang diadakan tahun lalu. Model elektrik yang dipamerkan ketika itu ialah kereta konsep EMO dalam bentuk hatchback.
Baca: Konsep EV Perodua EMO: ‘Myvi’ Elektrik Yang Dinanti-Nantikan?
-full.webp)
Turut mencuri perhatian di dalam poster promosi sama, terdapat sebuah lagi model lain yang diselubungi warna hitam (atas). Apabila dilihat dengan lebih dekat, model tersebut memiliki bentuk badan yang menyamai crossover MPV Aruz.
Walaupun pengeluaran Aruz sebelum ini dilaporkan telah dihentikan untuk memberi ruang kepada projek D66B, imej promosi ini mungkin satu petunjuk bahawa kita bakal melihat kedatangan Aruz dalam versi facelift. Untuk makluman, kembar Aruz, Daihatsu Terios, baru-baru ini telah diberikan nafas baharu dalam versi facelift di pasaran Indonesia.


Daihatsu Terios Facelift (kiri) dan Perodua Aruz (kanan).
Namun begitu, semua ini hanyalah spekulasi semata-mata, kerana Perodua masih belum memberikan sebarang respons atau kenyataan rasmi mengenai foto promosinya. Nantikan ketibaan Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Mei ini, di MAEPS, Serdang, Selangor.
Baca: Perodua Sasar Tingkat Eksport 79%, Brunei Kini Pasarkan Alza, Axia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

