Porsche Panamera 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Enjin V6 348 HP, Dari RM1.3 Juta

Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pemegang jenama Porsche di Malaysia kini telah secara rasminya membawa masuk Porsche Panamera generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan dalam satu varian V6 yang telah diberikan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan peningkatan kosmetik kecil berbanding versi sebelumnya.
TRENKUASA PORSCHE PANAMERA 2024
Model yang pertama kali ditayangkan di peringkat global pada November tahun lalu ini dikuasakan oleh enjin V6 turbo berkembar 2.9 liter yang telah dikemaskini membolehkannya mencapai kuasa 348 hp dan tork 500 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi PDK 8 kelajuan eksklusif Porsche memberikannya kemampuan untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 272 km/j.

Selain kemas kini enjin, Panamera 2024 turut diberikan peningkatan mekanikal lain iaitu sistem brek yang lebih baik dengan sistem enam piston pada gandar hadapan dan empat piston di belakang. Sistem pada gandar hadapan turut dilengkapi dengan rotor yang lebih besar. Sistem brek ini disempurnakan lagi dengan sistem booster brek elektrik baharu Porsche, yang meningkatkan rasa pedal dan ketepatan pembrekan.
Peningkatan mekanikal lain yang mengujakan ialah sistem pengurusan suspensi aktif Porsche (PASM) yang menampilkan sistem suspensi dengan dua chamber dan dua injap pada kesemua empat sudut kereta. Sekiranya anda inginkan prestasi pengendalian yang lebih tepat, Panamera baharu ini juga dilengkapi dengan pilihan sistem pacuan roda belakang.
REKA BENTUK PORSCHE PANAMERA 2024




Secara visual, Panamera kali ini kelihatan tidak jauh berbeza daripada model sebelumnya sehingga ramai menganggap bahawa Panamera generasi ketiga ini hanyalah versi facelift daripada model generasi kedua. Antara elemen rekaan baharu pada model kali ini ialah penggunaan lampu hadapan matriks LED yang telah diberikan sentuhan baharu, dengan rekaan yang diinspirasikan daripada SUV Cayenne facelift. Sudut lain yang berubah ialah unit lampu belakang LED berkelebaran penuh yang kini lebih halus, rim standard 19 inci dan sebagainya.
KABIN PORSCHE PANAMERA 2024
Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, Porsche Panamera 2024, beberapa ciri baharu dapat dilihat terutamanya dari segi teknologi, dengan sesetengah elemen diambil daripada model elektrik, Porsche Taycan.

Kabin Panamera kali ini hadir dengan dua skrin besar iaitu digital instrumen berukuran 12.6 inci dan infotainmen berukuran 12.3 inci. Sistem infotainmen ini boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa memerlukan wayar. Turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan ialah skrin ketiga berukuran 10.9 inci untuk penumpang hadapan.
Pedal penukar gear telah dipindahkan ke bahagian belakang stereng, memberikan ruang tambahan untuk menyimpan barang, pad pengecas tanpa wayar dan suis kawalan iklim di konsol tengah.
Ciri baharu lain, dua tempat duduk hadapannya kini dilengkapi dengan fungsi urut, yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih MyPorsche yang baharu, sambungan Apple CarPlay atau arahan suara Siri.
HARGA JUALAN PORSCHE PANAMERA 2024
Porsche Panamera 2024 yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia ini dikilangkan di kilang Porsche di Leipzig, Jerman. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula daripada RM1.3 juta tidak termasuk insurans dan pilihan atau aksesori tambahan lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Panamera baharu ini, anda boleh kunjungi mana-mana Pusat Porsche berdekatan atau layari laman web rasmi Porsche Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


