SUV Elektrik Off-Road, Jaecoo J6, Dipertontonkan Di Malaysia Autoshow 2024 – 279 HP, 500 KM

Setelah sebulan berlalu sejak CariCarz.com pertama kali menyaksikan Jaecoo J6 semasa lawatan ke China, model ini akhirnya dipertontonkan untuk tatapan rakyat Malaysia di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang sedang berlangsung di MAEPS hingga 26 Mei ini. Jadi apa yang menarik tentang model ini? Teruskan membaca…
Jaecoo J6 ini pada dasarnya ialah sebuah Chery iCar 03 yang ‘disarungkan’ dengan jenama Jaecoo, menjadikannya SUV elekrik pertama jenama ini yang memiliki kemampuan off-road.




Berbanding dengan unit yang disaksikan semasa Persidangan Perniagaan Antarabangsa Chery bulan lalu, J6 yang dipamerkan di tapak pameran Jaecoo Malaysia di MAS 2024 kelihatan sedkit berbeza dengan perubahan reka bentuk yang kecil. Dua perbezaan yang paling ketara adalah gril hadapan yang kini menampilkan lambang iCar, bukannya tulisan Jaecoo, serta kewujudan kotak simpanan khas pada pintu but.




Perubahan turut dapat dilihat di ruangan kabin, kerana J6 yang dipamerkan di Malaysia ini hadir dengan kombinasi warna dalaman putih dan hitam berbanding dengan kombinasi hijau dan hitam pada unit di China. Selain daripada perubahan warna, kelengkapan lain di bahagian kabin kelihatan sama.


Dari segi trenkuasa, SUV EV ini menggunakan sistem yang sama seperti iCar. Varian yang lebih rendah menggunakan motor tunggal, RWD, berkuasa 184 hp dan 220 Nm, varian lebih tinggi menggunakan dwi-motor, 4WD, yang lebih bertenaga dengan output sistem keseluruhan sebanyak 279 hp dan 385 Nm.
Motor tersebut dikuasakan oleh bateri lithium logam fosfat (LFP) 69.8-kWj daripada CATL, membolehkan SUV ini mencapai jarak perjalanan sehingga 500 km dengan sekali cas, berdasarkan piawaian CLTC yang lebih longgar.


Sehingga kini, Jaecoo Malaysia masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk memperkenalkan Jaecoo J6 ke pasaran kita. Memandangkan rangkaian produk ICE penuhnya, iaitu Jaecoo J7 dan J8, dijangka membuat penampilan tempatan tidak lama lagi iaitu sekitar suku kedua tahun ini, mungkin kita boleh menjangkakan J6 untuk membuat penampilan dalam tahun 2025.

Nak lihat Jaecoo J6 dengan lebih dekat? Lawati tapak pameran Jaecoo Malaysia di Malaysia Autoshow 2024, yang berlangsung di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei ini. Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi acara atau secara walk-in pada harga RM20 kecuali kanak-kanak, OKU dan warga emas (percuma).
Baca: Auto China 2024: Ini Dia Perincian JAECOO J6
Baca: MAS 2024: JAECOO Malaysia Meterai Kerjasama Dengan 30 Wakil Pengedar
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8391
SELANGOR
BSU1024
JOHOR
JE8786J
PULAU PINANG
PSF8944
PERAK
APL7586
PAHANG
CFH8525
KEDAH
KGJ2795
NEGERI SEMBILAN
NEM1167
KOTA KINABALU
SJU3198
KUCHING
QAB6436P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


