Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

Chery memperkenalkan jenama iCaur dengan mendedahkan imej teaser model pertamanya iaitu iCaur 03. Model ini akan didedahkan kepada umum pada Malaysia Autoshow (MAS2025 pada Mei ini.
Berdasarkan imej teaser itu, walaupun hanya ditunjukkan dalam bentuk siluet, lampu depan jenis menegak sudah memberi bayangan ia adalah iCaur 03.
Ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi atau dibuka untuk pendaftaran minat (ROI) pada MAS 2025 termasuk model iCaur V23.
Sebenarnya, iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6. Walaupun ia dijual di bawah jenama Jaecoo di Singapura dan Thailand, Malaysia akan menerima model ini di bawah jenama baharu.

Dari segi rekaan, iCaur 03 mengambil inspirasi daripada Land Rover Defender, sama seperti iCaur V23. Ia mempunyai panjang 4,406 MM dengan jarak roda 2,715 MM, lebar 1,910 MM, dan tinggi 1,715 MM.

Jika spesifikasi Jaecoo J6 untuk pasaran Thailand dijadikan rujukan, dua varian iCaur 03 berkemungkinan besar akan memasuki pasaran kita.
Ia bermula dengan varian asas pacuan dua roda (2WD) yang menawarkan kuasa 181 hp dan 220 Nm daripada satu motor elektrik yang dipasang di belakang.
Sementara itu, varian pacuan semua roda (AWD) pula menghasilkan kuasa setakat 275 hp dan 385 Nm menerusi dua motor elektrik, dimana setiap motor dipasang pada setiap gandar.


Kapasiti bateri berbeza sedikit. Varian 2WD menggunakan pek bateri LFP 65.69-kWh yang menawarkan jarak sejauh 371 KM manakala varian AWD dilengkapi dengan unit 69.77-kWh yang memberikan jarak 364 km.
Kedua-duanya menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan DC 80 kW, serta turut menawarkan fungsi V2L 3.3 kW.
Menjengah kabinnya, ia dilengkapi dengan kluster digital bersaiz 9.2 inci, skrin infotainmen 15.6 inci yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 8155, pad pengecas tanpa wayar, dan sistem bunyi Infiniti 12 pembesar suara.
Di Thailand, harga bagi Jaecoo J6 bermula pada 1.099 juta bhat(RM138,000) untuk varian Long Range 2WD dan 1.249 juta bhat (RM157,000) untuk Long Range 4WD.
iCaur 03 dan V23 akan dipamerkan di Malaysia Auto Show 2025 bermula 9–15 Mei 2025 di MAEPS Serdang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Ramai Minat iCaur, Ada 1,800 Unit Di Malaysia
iCAUR Malaysia terus memecah rekod dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan apabila secara rasmi mencatatkan 1,800 unit kenderaan di jalan raya
16-03-2026
Kit iCAUR V23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888
iCAUR Malaysia melancarkan kit iCAUR V23 Edisi Retro yang ditawarkan pada harga bermula dari RM22,000, sebentar tadi.
21-01-2026
iCaur V23 Sembunyi Teknologi Keselamatan Canggih Di Sebalik Gaya Ranggi – ASEAN NCAP 5 Bintang
iCaur nampaknya tidak 'main-main' dalam misi menakluk pasaran kenderaan elektrik (EV) dunia. Model off-road kedua keluaran subjenama Chery, iCaur, V23, telah membuktikan kecanggihan teknologi keselamatannya di sebalik rupa paras yang ranggi.
26-12-2025
iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000
iCAUR Malaysia buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.
29-10-2025
Chery iCaur V23 Sudah Tiba Di Thailand, Seterusnya Malaysia Pula
Chery iCaur elektrik V23 baru sahaja dilancarkan di Thailand dan ini memberi bayangan bahawa ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
08-10-2025
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia
Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.
25-04-2025
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
