Kia EV 9, Carnival Diguna Untuk Pindahkan Penumpang Business

Syarikat penerbangan, Batik Air mengumumkan kerjasama dengan Kia untuk menawarkan perkhidmatan pemindahan peribadi ke terminal penerbangan dengan menggunakan kenderaan Kia EV9 dan Kia Carnival.
Buat masa ini, sebuah Kia EV9 dan dua buah Kia Carnival digunakan untuk memindahkan penumpang Kelas Perniagaan berikutan masalah perkhidmatan aerotrain di terminal KLIA 1.
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya cukup gembira kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan peneraju dalam automotif, Kia.
“Kerjasama ini dimeterai untuk menawarkan perkhidmatan yang luar biasa ini kepada penumpang Kelas Perniagaan kami.

“Penggunaan Kia EV9 serba elektrik menyerlahkan komitmen kami terhadap kemampanan dan menyampaikan perkhidmatan premium kepada penumpang kami,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas memeterai kerjasama dengan Kia di Hotel Sama-Sama, Sepang, sebentar tadi.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifi, Kevin Ahn.

Tambah beliau, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kesan alam sekitar dengan menggunakan EV selain memastikan penumpang Kelas Perniagaaan menikmati keselesaan dan kemewahan yang tiada tandingan.
“Inisiatif ini selaras dengan visi jangka panjang kami untuk mencapai masa depan yang lebih mampan dalam penerbangan,” ujarnya. .
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE
Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.
12-12-2025
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?
Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
09-12-2025
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?
Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.
05-12-2025
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?
Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.
24-02-2025
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.
17-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?
Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).
07-11-2024
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
