CEO ChargeSini Dedah Punca EV Masih Tidak Diterima Secara Meluas di Malaysia

Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) menyasarkan untuk mempercepatkan perkembangan industri kenderaan elektrik (EV) negara, selaras dengan aspirasi yang digariskan dalam Dasar Automotif Nasional 2020 dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.
Malaysia telah menetapkan sasaran 15% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi kenderaan elektrik dan hibrid (xEV) menjelang 2030, sebelum meningkat kepada 38% menjelang tahun 2040, sejajar dengan Aspirasi Negara Karbon Rendah 2040. Selain itu, kerajaan turut menyasarkan untuk menyediakan sejumlah 10,000 stesen pengecas awam menjelang 2025 bagi mencapai karbon neutral pada tahun 2050.

Meskipun negara sedang bergerak ke arah mencapai sasaran ini ekoran terdapat peningkatan minat dan pelaburan dalam kenderaan elektrik (EV), penerimaannya secara besar-besaran masih agak perlahan.
Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas daripada perspektif pengendali titik pengecasan (CPO), CariCarz.com telah menemubual CEO ChargeSini, James Goh bagi memahami faktor-faktor utama yang mempengaruhi penerimaan EV dan usaha strategik syarikat dalam menangani cabaran-cabaran ini.
Halangan Utama Penerimaan EV

Salah satu halangan utama penerimaan EV adalah kekurangan kemudahan pengecasan yang mencukupi. James mendedahkan bahawa isu utama adalah kekurangan infrastruktur pengecasan yang mudah diakses. Walaupun sekiranya harga EV direndahkan dan harga petrol semakin meningkat, penerimaan EV akan tetap lambat jika ketersediaan stesen pengecasan tidak meluas dan tidak mudah diakses.
Lima Lokasi Pengecasan Penting
Untuk mempercepatkan penerimaan EV, James memaklumkan bahawa terdapat lima kawasan utama yang perlu diberikan tumpuan oleh CPO supaya mudah diakses oleh orang ramai iaitu:
1. Kawasan kediaman (rumah teres, kondominium dan pangsapuri)
2. Tempat kerja
3. Tempat rekreasi dan santai
4. Kawasan laluan kenderaan (lebuh raya dan jalan raya)
5. Kawasan awam (tempat ibadat, taman, jalan)

Tapak EV Terhad di Bangunan Bertingkat
Dengan populasi mencecah 9 juta di Selangor dan Kuala Lumpur serta kira-kira 5.8 juta unit bangunan bertingkat tinggi, sekitar 75% penduduk tinggal di bangunan bertingkat. Ramai penduduk ini berhadapan dengan cabaran untuk meyakinkan pihak pengurusan bangunan bagi menyediakan pengecas EV. Menurut James, ChargeSini sedang berusaha untuk melancarkan pengecas di bangunan-bangunan bertingkat tinggi bagi memudahkan mereka yang berpotensi menggunakan EV.

Kebanyakan kondominium yang bersedia memasang pengecas EV pula hanya membenarkan CPO menyediakan maksimum empat petak pengecasan sahaja. Had petak EV ini menimbulkan masalah besar lebih-lebih lagi kerana kebanyakan EV dari China memiliki kapasiti bateri sekitar 60 kWj yang hanya menerima input pengecasan AC sehingga 7kW. Ini menyebabkan setiap kereta mengambil masa kira-kira 5 hingga 8 jam untuk dicas penuh, mengurangkan ketersediaan pengecas untuk pengguna lain apabila jumlah EV semakin bertambah.
Kecenderungan untuk Menggunakan Pengecas di Rumah
Sementara itu, pengguna EV yang tinggal di rumah teres atau bertanah pula kebanyakannya memilih untuk mengecas di rumah, tindakan ini memberi kesan kepada pendapatan CPO. Situasi penggunaan pengecas awam yang rendah ini mencetuskan kitaran negatif yang membuatkan CPO memilih untuk mengurangkan pelaburan bagi menyediakan stesen pengecas, sekali gus melambatkan lagi perkembangan infrastruktur ini di Malaysia yang secara tidak langsung memberi kesan kepada penerimaan EV.
Langkah untuk Meningkatkan Penerimaan EV


Kunci untuk mengatasi cabaran ini adalah memastikan pelancaran kemudahan pengecasan yang seimbang di lima kawasan penting yang disebutkan. Pendekatan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna dan mendorong kepada pembelian EV.
ChargeSini bercadang menangani isu ini dengan menawarkan penyelesaian pengecasan tanpa kos dan tanpa perbelanjaan modal (capex) melalui model perkongsian keuntungan, bagi menggalakkan pengurus hartanah dan pihak berkuasa tempatan menyediakan ruang untuk memasang pengecas EV tanpa sebarang kos tambahan.
Sokongan Polisi dan Peraturan

Selain itu, peraturan yang ketat dan kos yang dikenakan oleh badan kerajaan dan majlis tempatan ke atas CPO perlu dikurangkan. Langkah ini penting untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra pengembangan infrastruktur pengecasan EV.
Kepentingan Pengecas AC di Kawasan Bandar
Walaupun pengecas pantas DC kelihatan lebih menarik, data menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna lebih memilih pengecas AC di kawasan bandar kerana caj yang dikenakan lebih rendah, serta tiada keperluan mendesak untuk pengecasan pantas. Selain itu, pengecas AC juga dilihat sebagai pilihan lebih baik untuk penjagaan bateri.
Pengecas DC hanya digunakan sekiranya pengguna 'mengejar masa' terutamanya pemandu e-hailing yang menyediakan perkhidmatan di kawasan bandar serta mereka yang membuat perjalanan jarak jauh.
Fokus Strategik ChargeSini

Menurut James, ChargeSini memberi keutamaan kepada pemasangan pengecas AC dan pengecas DC berkuasa rendah di bangunan bertingkat tinggi dan kawasan awam. Strategi ini selari dengan keperluan pengecasan yang praktikal oleh kebanyakan pengguna EV dan akan membantu mempercepatkan penerimaan EV di bandar-bandar utama.
Buat masa ini, ChargeSini telah memasang pengecas di 151 kondominium dan bangunan bertingkat tinggi, dengan lebih banyak lagi dalam perancangan. Usaha terfokus ini diharapkan dapat membantu mengatasi cabaran-cabaran semasa serta mempercepatkan peralihan ke arah masa depan yang lebih mampan.
Melalui usaha untuk menyelesaikan cabaran besar infrastruktur dan harapan agar peraturan dilonggarkan, ChargeSini berhasrat untuk menjadikan penggunaan EV pilihan yang lebih praktikal dan menarik bagi penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan sekitarnya.
Baca: ChargeSini Catat Pertumbuhan Pesat Suku Kedua 2024, Lebih 750 Titik Pengecasan Seluruh Malaysia
Baca: PRO-NET, ChargeSini Meterai MoU Untuk Perluas Rangkaian Pengecasan EV
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4238
SELANGOR
BST7549
JOHOR
JE3918J
PULAU PINANG
PSF6029
PERAK
APL5208
PAHANG
CFH7543
KEDAH
KGJ1430
NEGERI SEMBILAN
NEL8759
KOTA KINABALU
SJU1567
KUCHING
QAB5763P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC
Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.
05-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
