- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888
Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888
![]()
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition. Model ini dipasarkan pada harga yang bermula daripada RM958,888, atas jalan, tidak termasuk insurans.
TRENKUASA MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION
-full.webp)
Model ini dikuasakan oleh enjin 4 silinder berpengecas turbo 2.0 liter yang diperbaik dan diambil daripada model AMG A45, tiada lagi ngauman enjin V8 yang garang. Namun dengan bantuan motor elektrik 150kW/320Nm untuk sistem hibrid plug-in (PHEV) pada versi kali ini, memberikannya output kuasa yan lebih tinggi, 680 hp dan tork 1,020 Nm.
Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik AMG Speedshift 9 kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MATIC+. Menurut Mercedes-AMG, model ini boleh mencapai 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 280 km/j.
Sistem elektriknya dibantu oleh bateri berkapasiti 6.1 kWj yang berprestasi tinggi dan memberikannya jarak perjalanan EV sehingga 15 km. Bateri yang digunakan boleh dicas dengan pengecas AC on-board 3.7 kW.
Mercedes-AMG C63 S E Performance diberikan sistem suspensi spring keluli AMD RIDE CONTROL dengan peredam adaptif. Lapan mod pemanduan AMG DYNAMIC SELECT ditawarkan iaitu Electric", "Comfort", "Battery Hold", "Sport", "Sport+", "RACE", "Slippery" dan "Individual."
REKAAN MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Dari segi dimensi, Mercedes-AMG C63 S E Performance berukuran 4,842 mm (panjang), 2,033 mm (lebar), 1,458 mm (tinggi) dan dengan jarak antara roda 2875 mm.
Untuk versi istimewa, F1 Edition, gaya yang diketengahkan adalah lebih agresif dan menonjol dengan kemasan dan aksen merah pada kit badan dan rim. Edisi ini diberikan cat badan eksklusif, berwarna kelabu alpine MANUFAKTUR dengan aksen merah pada bahagian sisi, apron depan dan belakang. Lengkungan rodanya lebar, dengan rim aloi ringan 10 jejari AMG berukuran 20 inci berwarna hitam matte. Model ini menggunakan kaliper brek merah yang menyerlahkan lagi aura sportynya.
Model ini diberikan pakej aerodinamik AMG yang terdiri daripada splitter depan, pelekap sisi outlet udara dan diffuser, semuanya dalam warna hitam berkilat. Berat bersih model ini ialah 2165 kg, atau kira-kira 400 kg lebih berat berbanding model terdahulu.
KABIN MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Ruang kabin Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition padat dengan teknologi canggih. Antara kelengkapan dan teknologi yang diberikan ialah sistem infotainmen 11.9 inci kawalan sentuhan yang boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay dan memiliki fungsi navigasi satelit. Di sebalik stereng, terdapat kluster instrumen digital berukuran digital 12.3 inci.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Ciri lain ialah bumbung suria panoramik, papar pandu (HUD), sistem audio Burmester 3D, tempat duduk hadapan jenis sport AMG yang boleh dilaraskan secara automatik, pencahayaan ambien, pengecas telefon tanpa wayar, dan pakej AMG Track Pace. Untuk simpanan, ruang kargonya berkapasiti 280 liter.
CIRI KESELAMATAN MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION
Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk GUARD 360 ° Vehicle protection, sistem PRE-SAFE®, PRE-SAFE® Impulse Side, Driving Assistance Package Plus, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist dan sebagainya. Cir keselamatan lain seperti PARKTRONIC Parking Package dengan Active Parking Assist serta Active Parking Assist, dan Memory Parking Assist.
HARGA MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE F1 EDITION
Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM958,888, atas jalan, tanpa insurans.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX5725
SELANGOR
BSP9552
JOHOR
JYW5143
PULAU PINANG
PSC2260
PERAK
APH4067
PAHANG
CFG4807
KEDAH
KGF8452
NEGERI SEMBILAN
NEK3843
KOTA KINABALU
SJR8723
KUCHING
QAB7479N
Terakhir Kemas Kini 16 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gagal Tarik Pembeli, Enjin 4 Silinder Mercedes-AMG C63 Bakal Digugurkan
Mercedes-AMG dilaporkan sedang melakukan persiapan untuk memperkenalkan trenkuasa baharu bagi model sedan berprestasi tinggi C63 S E Performance.
09-04-2025
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.
14-01-2026
Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.
26-06-2025
Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta
Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.
05-06-2025
Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!
Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...
16-08-2024
Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!
MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam
08-08-2024
Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!
Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?
05-07-2024
Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...
04-07-2024
Berita Terkini
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat