EV smart #5 Bakal Guna Sistem Audio 20 Speaker Sennheiser
Sofea Najmi
29-8-2024
Sejak kenderaan elektrik (EV) smart #1 diperkenalkan, jenama ini telah sinonim dengan penggunaan sistem audio Beats, sistem sama ditawarkan pada crossover coupe smart #3. Namun, tidak lagi pada masa akan datang kerana smart baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat audio terkenal, Sennheiser, dalam usaha untuk “meningkatkan hiburan audio dalam kereta pada masa hadapan.”
Sennheiser Signature Sound Sytem untuk Smart #5
Melalui kerjasama ini, sistem audio premium Sennheiser akan ditawarkan pada EV smart yang akan dikeluarkan pada masa akan datang. Model pertama yang bakal menerima ciri ini ialah SUV smart #5 yang akan membuat kemunculan global tidak lama lagi.
Dikenali sebagai Sennheiser Signature Sound System, sistem audio ini hadir dengan 20 unit speaker, jauh lebih banyak daripada 13 speaker yang ditawarkan oleh Beats sebelum ini. Dengan output lebih daripada 2,000 watt, sistem audio premium ini turut menampilkan teknologi paten Sennheiser seperti Concerto dengan Ambeo dan algoritma audio Contrabass, serta sokongan audio sekeliling, Dolby Atmos.
Susunan Speaker dan Integrasi dengan Pencahayaan Ambien
20 unit speaker Sennheiser ini disusun dengan teliti untuk memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan. Speaker ini akan dipasang pada pintu dan satu unit lagi pada papan pemuka. Seperti speaker Beats, speaker Sennheiser juga diintegrasikan dengan sistem pencahayaan ambien kereta, yang mana cahaya boleh mengikut rentak muzik yang dimainkan.
Mengulas mengenai kerjasama ini, Ketua Pegawai Pemasaran Global smart, Mandy Zhang, berkata, “Kerjasama kami dengan Sennheiser menandakan permulaan era baharu untuk teknologi hiburan dalam kereta smart dan permulaan baharu dengan rakan global yang luar biasa. Kami yakin dapat menyediakan pengalaman audio yang tiada tandingan.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Sennheiser, Andreas Sennheiser, berkata, “Kami teruja untuk terus membawakan audio Sennheiser yang luar biasa ke dalam ruang automotif melalui kerjasama dengan smart. Di Sennheiser, kami menghasilkan produk dan pengalaman yang dapat mebangkitkan rasa kagum. Dalam kerjasama ini, kami bersedia untuk menawarkan pengalaman yang imersif, meletakkan pemandu dan penumpang di tengah-tengah muzik kegemaran mereka.”
Gambaran Ruang Kabin Smart #5
Secara ‘tidak sengaja,’ foto sistem audio Sennheiser ini turut memberikan gambaran ruang kabin smart #5. Dari foto yang dikongsikan, kita dapat melihat penggunaan kemasan venier kayu mewah, ini berbeza dengan material sentuhan lembut yang terdapat pada model #1 dan #3.
Untuk melihat rekaan smart #5 dengan lebih terperinci, kita nantikan sahaja penampilah global pertamanya yang bakal berlangsung di Australia tidak lama lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC1474
SELANGOR
BSE4520
JOHOR
JXW5039
PULAU PINANG
PRQ3490
PERAK
ANV3507
PAHANG
CFB6589
KEDAH
KGA4255
NEGERI SEMBILAN
NEF7150
KOTA KINABALU
SJK7407
KUCHING
QAB3079L
Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
smart #5 Versi Pengeluaran Didedahkan Di China Sebelum Pengenalan Rasmi – Capai 637 HP!
Versi pengeluaran untuk smart #5 telah didedahkan di China lebih awal daripada hari kemunculan rasminya. Ini spesifikasinya...
14-06-2024
Berita Terkini
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV
ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).
29-04-2025
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah
Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.
18-02-2025
Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD
‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”
15-02-2025
Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan
Ciri tahap pemanduan semi autonomi yang kini sudah ada pada kebanyakan kereta baharu dikatakan boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan.
12-02-2025
Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S
Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.
06-02-2025
Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak
Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...
28-01-2025
Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance
Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan ‘SOS Balance’.
23-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat