ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Teknologi

EV smart #5 Bakal Guna Sistem Audio 20 Speaker Sennheiser

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sennheiser-smart5-Audio-2.jpg


Sejak kenderaan elektrik (EV) smart #1 diperkenalkan, jenama ini telah sinonim dengan penggunaan sistem audio Beats, sistem sama ditawarkan pada crossover coupe smart #3. Namun, tidak lagi pada masa akan datang kerana smart baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat audio terkenal, Sennheiser, dalam usaha untuk “meningkatkan hiburan audio dalam kereta pada masa hadapan.”


Sennheiser Signature Sound Sytem untuk Smart #5


Sennheiser-smart5-Audio-1.jpg


Melalui kerjasama ini, sistem audio premium Sennheiser akan ditawarkan pada EV smart yang akan dikeluarkan pada masa akan datang. Model pertama yang bakal menerima ciri ini ialah SUV smart #5 yang akan membuat kemunculan global tidak lama lagi. 


Dikenali sebagai Sennheiser Signature Sound System, sistem audio ini hadir dengan 20 unit speaker, jauh lebih banyak daripada 13 speaker yang ditawarkan oleh Beats sebelum ini. Dengan output lebih daripada 2,000 watt, sistem audio premium ini turut menampilkan teknologi paten Sennheiser seperti Concerto dengan Ambeo dan algoritma audio Contrabass, serta sokongan audio sekeliling, Dolby Atmos.


Susunan Speaker dan Integrasi dengan Pencahayaan Ambien


Sennheiser-smart5-Audio-5.jpgSennheiser-smart5-Audio-3.jpg


20 unit speaker Sennheiser ini disusun dengan teliti untuk memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan. Speaker ini akan dipasang pada pintu dan satu unit lagi pada papan pemuka. Seperti speaker Beats, speaker Sennheiser juga diintegrasikan dengan sistem pencahayaan ambien kereta, yang mana cahaya boleh mengikut rentak muzik yang dimainkan.


Mengulas mengenai kerjasama ini, Ketua Pegawai Pemasaran Global smart, Mandy Zhang, berkata, “Kerjasama kami dengan Sennheiser menandakan permulaan era baharu untuk teknologi hiburan dalam kereta smart dan permulaan baharu dengan rakan global yang luar biasa. Kami yakin dapat menyediakan pengalaman audio yang tiada tandingan.”


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Sennheiser, Andreas Sennheiser, berkata, “Kami teruja untuk terus membawakan audio Sennheiser yang luar biasa ke dalam ruang automotif melalui kerjasama dengan smart. Di Sennheiser, kami menghasilkan produk dan pengalaman yang dapat mebangkitkan rasa kagum. Dalam kerjasama ini, kami bersedia untuk menawarkan pengalaman yang  imersif, meletakkan pemandu dan penumpang di tengah-tengah muzik kegemaran mereka.”


Gambaran Ruang Kabin Smart #5


Sennheiser-smart5-Audio-4.jpg


Secara ‘tidak sengaja,’ foto sistem audio Sennheiser ini turut memberikan gambaran ruang kabin smart #5. Dari foto yang dikongsikan, kita dapat melihat penggunaan kemasan venier kayu mewah, ini berbeza dengan material sentuhan lembut yang terdapat pada model #1 dan #3.  


Untuk melihat rekaan smart #5 dengan lebih terperinci, kita nantikan sahaja penampilah global pertamanya yang bakal berlangsung di Australia tidak lama lagi.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQC7183

SELANGOR

BSK6631

JOHOR

JYM4142

PULAU PINANG

PRW4018

PERAK

APD1829

PAHANG

CFE3853

KEDAH

KGD3403

NEGERI SEMBILAN

NEH8103

KOTA KINABALU

SJP1920

KUCHING

QAB7062M

Terakhir Kemas Kini 06 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.66

+0.03

RON 97

RM 3.29

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.08

EURO 5 B7

RM 3.28

Terakhir Kemas Kini 04 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
EV
smart #5 Versi Pengeluaran Didedahkan Di China Sebelum Pengenalan Rasmi – Capai 637 HP!

smart #5 Versi Pengeluaran Didedahkan Di China Sebelum Pengenalan Rasmi – Capai 637 HP!

Versi pengeluaran untuk smart #5 telah didedahkan di China lebih awal daripada hari kemunculan rasminya. Ini spesifikasinya...

14-06-2024

Berita Terkini

Teknologi
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).

18-08-2025
Teknologi
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025
Teknologi
BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.

11-07-2025
Teknologi
Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.

17-06-2025
Teknologi
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.

16-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.