ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Camry 2025 Kini Di Malaysia – Satu Varian, Dari RM248,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-12-04-at-12.05.31.jpeg


Selepas diperkenalkan di Thailand dan Singapura, kini tiba giliran Malaysia menerima kehadiran Toyota Camry generasi kesembilan. Model ini sebentar tadi telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh UMW Toyota Motor semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024. 


Pilihan Trenkuasa Hibrid


Model generasi terbaru ini menggunakan sistem trenkuasa hibrid terkini atau generasi kelima Toyota yang menggabungkan enjin petrol aspirasi natural 4 silinder Dynamic Force 2.5 liter (A25A-FXS) dengan output 184 hp (186 ps) dan 221 Nm dengan motor elektrik  134 hp  (136 ps) dan 208 Nm yang memberikan kuasa keseluruhan 227 hp (230 ps). Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi e-CVT. 


Model ini menggunakan bateri lithium-ion berkapasiti 1.006 kWj, menggantikan unit nickel-metal hydride (Ni-MH) yang digunakan sebelum ini. 


Dibangunkan berdasarkan platform TNGA-K, Camry kali ini diberikan suspensi yang telah dinaiktaraf untuk kualiti pengendalian yang lebih baik berbanding versi terdahulu. 


Sentuhan Terkini Yang Elegan


WhatsApp-Image-2024-12-04-at-12.05.32.jpegWhatsApp-Image-2024-12-04-at-12.05.29-(1).jpeg


Toyota Camry generasi kesembilan menampilkan bahasa reka bentuk ‘hammerhead’ yang diadaptasi daripada model Toyota terkini seperti Prius. Ciri utama reka bentuk termasuk lampu depan dan belakang LED berbentuk C, gril depan di bahagian bawah yang besar, bentuk sedan yang elegan dan rim aloi 18 inci. 


Dari segi dimensi, model ini lebih besar berbanding versi terdahulu dengan ukuran panjang 4,920 mm, lebar 1,840 mm, tinggi 1,445 mm dan jarak roda 2,825 MM.


Model ini ditawarkan dalam enam pilihan warna premium iaitu Cement Grey, Dark Blue Mica, Precious Metal dan Emotional Red, serta pilihan warna klasik seperti Platinum White Pearl dan Attitude Black.


Kabin Premium Sarat Teknologi


469380440_1143410231125435_8158549748142820027_n.jpg469249131_1143410131125445_8550577514456948773_n.jpg469290846_1143410221125436_1462531997504160_n.jpg


Bahagian kabin Camry generasi baharu ini direka dengan teliti untuk memberikan keselesaan yang optimum. Model ini diberikan pelbagai teknologi dan kelengkapan baharu termasuk skrin infotainmen tengah 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, kluster instrumen digital 12.3 inci, papar pandu (HUD), bumbung panoramik, serta kawalan pendingin hawa tiga zon serta pelindung daripada matahari yang boleh dilaraskan secara automatik untuk kesemua empat tingkap. Tempat duduk depan hadir dengan ciri pengudaraan dan banyak lagi. 


Keselamatan Canggih dengan Toyota Safety Sense


WhatsApp-Image-2024-12-04-at-12.05.30-(1).jpegWhatsApp-Image-2024-12-04-at-12.05.29.jpeg


Toyota Camry generasi baharu juga menawarkan sistem keselamatan ADAS terkini melalui pakej Toyota Safety Sense. Antara ciri yang disediakan termasuk kawalan jelajah radar dinamik (DRCC) dengan pengurangan kelajuan di selekoh, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dengan bantuan keluar daripada kenderaaan dengan selamat, amaran keluar lorong dan banyak lagi. 

Pembelian adalah termasuk waranti pengilang selama 5 tahun, tanpa had perjalanan serta waranti selama 8 tahun tanpa had perjalanan untuk bateri hibrid, inverter dan ECU kawalan pengurusan kuasa. Waranti lanjutan selama 2 tahun turut ditawarkan dengan caj tambahan. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG6357

SELANGOR

BSR7090

JOHOR

JA5082J

PULAU PINANG

PSD9358

PERAK

APJ9570

PAHANG

CFH2061

KEDAH

KGH1740

NEGERI SEMBILAN

NEK9653

KOTA KINABALU

SJT1527

KUCHING

QAB2242P

Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-10-2025
Berita Auto

16-06-2025
Global

26-12-2024
Kereta Baru

23-12-2024
Berita Auto

02-12-2024
Global

11-10-2024
Global

19-09-2024
Global

29-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.