Chery Malaysia Buka Empat Cawangan Baharu – Perluas Jejak Di Sabah & Sarawak
![]()
Chery Malaysia baru sahaja melancarkan empat cawangan baharu di Malaysia
Chery Malaysia terus memperkukuh kehadirannya di negara ini dengan pembukaan empat cawangan baharu di Sabah dan Sarawak. Langkah ini membuktikan komitmen jenama automotif China itu dalam menyediakan akses lebih mudah serta perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.
Tiga Cawangan Baharu di Sabah


Di Sabah, tiga cawangan baharu telah dibuka oleh Chery Malaysia. Yang pertama ialah Chery Sandakan yang dikendalikan oleh Universal Chery Sdn. Bhd. Terletak di Taman Wemin, Batu 5, Jalan Labuk, bilik pameran ini beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin-Jumaat, 8 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu, serta 10 pagi hingga 3 petang pada hari Ahad dan cuti umum.
Baca: Kilang EV Bakal Ditubuhkan Di Sandakan, Sabah – 500 Peluang Kerja


Seterusnya, Pusat 3S Chery Tawau yang turut diuruskan oleh Universal Chery Sdn. Bhd. Pusat 3S ini menawarkan pengalaman komprehensif kepada pemilik Chery di Sabah, termasuk pusat servis dengan empat ruang penyelenggaraan yang dikendalikan juruteknik bertauliah.
Terletak di Taman Berkeley, Batu 1, Jalan Apas, bilik pameran ini beroperasi dari 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin-Jumaat, 8 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu, serta 10 pagi hingga 3 petang pada hari Ahad dan cuti umum.
Pusat servis pula dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin-Jumaat dan 8 pagi hingga 3 petang pada hari Sabtu, manakala Ahad dan cuti umum ditutup.


Lokasi ketiga di Sabah ialah Chery Imago Mall Kota Kinabalu, satu-satunya bilik pameran berkonsep butik di negeri ini. Cawangan yang juga diuruskan oleh Universal Chery Sdn. Bhd. ini dibuka setiap hari di Lot G-74-1, Aras Bawah, Imago Mall, ia menawarkan pengalaman membeli kereta Chery dalam suasana lebih eksklusif. Waktu operasinya ialah 10 pagi hingga 8 malam setiap Isnin-Khamis dan 10 pagi hingga 9 malam setiap Jumaat-Ahad.
Cawangan 3S Baharu di Miri, Sarawak


Selain Sabah, Chery turut memperkenalkan cawangan 3S baharu di Miri, Sarawak, yang dikendalikan oleh MP Advanced Automotive Sdn Bhd. Berlokasi di Jalan Miri By Pass, Pusat 3S ini berkeluasan 892 meter persegi serta dilengkapi empat ruang servis.
Bilik pameran Chery Miri dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin-Sabtu serta 9 pagi hingga 3 petang pada Ahad dan cuti umum.
Pusat servis pula beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin-Sabtu dan ditutup pada Ahad serta cuti umum.
Baca: Chery Omoda E5 EV Pertama Di Malaysia Terima Kelulusan SIRIM – Bateri Dijamin Selamat
56 Cawangan Kini Beroperasi, Sasar 65 Tahun Ini


Dengan pembukaan empat cawangan terbaru ini, Chery kini memiliki empat bilik pameran dan dua pusat servis di Sabah, serta dua bilik pameran dan dua pusat servis di Sarawak, termasuk pusat badan & cat di setiap negeri.
Secara keseluruhan, Chery Malaysia kini mempunyai 56 bilik pameran dan menyasarkan pertumbuhan kepada 65 cawangan menjelang 2025.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew
“Chery semakin berkembang di Borneo dan kami ingin meluaskan lagi rangkaian di kedua-dua negeri ini. Dengan pembukaan cawangan baharu ini, kami yakin pelanggan di rantau ini akan terus menikmati perkhidmatan jualan, servis dan sokongan selepas jualan yang terbaik,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew.
Baca: Chery Smart Auto Industrial Park Bakal Jadikan Malaysia Hab Automotif Serantau
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih
Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.
22-04-2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

