Persaingan Terlalu Sengit, BAuto Berdepan Tekanan Pasaran

Kia Carnival
Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar jenama Mazda, Kia, XPeng dan Deepal, menjangkakan cabaran lebih besar dalam pasaran automotif Malaysia. Faktor utama termasuk persaingan sengit daripada kenderaan buatan China yang semakin menguasai pasaran, pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol, serta kenaikan tarif asas elektrik pertengahan tahun 2025.
Perubahan ini dijangka mempengaruhi strategi pelancaran model baharu dan versi kemas kini jenama yang diwakili, bergantung kepada keadaan pasaran dan sentimen pengguna.
Keuntungan Bersih Menurun, Pendapatan Susut 32.8%

Mazda CX-5
Bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Januari, BAuto mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM24.1 juta (2.07 sen sesaham), berbanding RM70.5 juta (6.04 sen sesaham) dalam tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan syarikat turut merosot 32.8% kepada RM602.1 juta, berbanding RM896.5 juta tahun sebelumnya. Penurunan ini berpunca daripada jualan lebih rendah untuk jenama Mazda dan Kia di Malaysia akibat persaingan harga lebih agresif daripada jenama China. Tahun lalu, pendapatan BAuto diperkukuh oleh permintaan tinggi terhadap Mazda CX-30 pemasangan tempatan (CKD) yang dilancarkan pada Mac 2023.
Baca: Subsidi RON95 Bakal Dilaksana, Tapi Kerajaan Jamin Harga Barang Tak Naik
Prestasi Sembilan Bulan: Keuntungan Susut Hampir Separuh

XPeng X9
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Januari, keuntungan bersih BAuto jatuh 48.3% kepada RM134.7 juta daripada RM260.8 juta tahun lalu, manakala pendapatan merosot 30% kepada RM2.09 bilion daripada RM2.99 bilion.
Syarikat turut menanggung kos RM5.3 juta untuk skim saham pekerja berbanding RM0.3 juta pada tempoh sama tahun lalu.
Dividen Lebih Rendah Berbanding Tahun Lalu
Lembaga pengarah BAuto meluluskan dividen interim ketiga sebanyak 1.75 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2025 (FY25), lebih rendah berbanding 4.25 sen sesaham dalam suku sama tahun lalu. Tarikh kelayakan dividen ditetapkan pada 22 April, dengan pembayaran dijadualkan pada 7 Mei.
Namun, jumlah keseluruhan dividen yang diisytiharkan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Januari meningkat kepada 15.25 sen sesaham, berbanding 14.25 sen sesaham dalam tempoh sama sebelumnya.
Berhati-hati Tempuhi Tahun Kewangan 2025
Walaupun berdepan pelbagai cabaran, BAuto kekal berhati-hati dalam merangka strategi untuk tahun kewangan 2025. Syarikat akan terus memantau perubahan pasaran bagi memastikan daya saingnya dalam industri automotif yang semakin mencabar.
Sumber: The Star
Baca: Maybank IB Dedah Cabaran Sektor Automotif Tahun 2024, BAuto Model Kewangan Terbaik
Baca: Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000
Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.
03-09-2025
Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000
Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.
03-09-2025
BIMS 2025: SUV Elektrik Deepal S05 Kini Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Deepal S05 rasmi dilancarkan di Thailand. Ini spesifikasinya...
26-03-2025
Bermaz Auto Kini Pengedar Rasmi EV China, XPeng
Bermaz Auto Bhd (BAuto) mengumumkan bahawa syarikatnya telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) jenama XPeng di Malaysia
15-03-2024
Maybank IB Dedah Cabaran Sektor Automotif Tahun 2024, BAuto Model Kewangan Terbaik
Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan bahawa industri automotif Malaysia akan berhadapan dengan cabaran.
31-01-2024
Diserap Masuk Mazda, Kia, Peugeot! Bermaz Auto Rai 159 Graduan Program Perantis
Seramai 159 pelajar Program Perantisan Bermaz Auto Berhad telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang.
09-10-2023
Diskaun Istimewa Untuk Mazda, Kia & Peugeot! Jom Ke BAuto Vehicle Showcase!
BAuto Vehicle Showcase kini kembali dengan pelbagai tawaran menarik.
31-05-2023
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

