ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

smart #5 Versi RHD Dilancarkan Di Hong Kong – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart-5-HongKong-1.jpg

Selepas membuat kemunculan sulungnya kepada umum di Malaysia Autoshow 2025, model smart #5 kini secara rasmi memasuki pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) pertamanya, iaitu di Hong Kong. Kenderaan elektrik (EV) ini ditawarkan dalam empat varian, termasuk versi prestasi tinggi Brabus.


Kuasa Cecah 628 HP!


smart-5-HongKong-2.jpgsmart-5-HongKong-6.jpg


Dua varian asas iaitu Pro dan Premium hadir dengan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) motor tunggal, masing-masing menawarkan kuasa 330 hp dan 353 hp, dengan tork mencecah 373 Nm.


Sementara itu, dua varian tertinggi, Summit Edition dan Brabus dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) dua motor. Summit Edition menghasilkan 571 hp dan 643 Nm, manakala Brabus menawarkan kuasa luar biasa setinggi 628 hp dan 710 Nm.


Bateri 100 kWj Jadi Standard, Kecuali Pro


Semua varian #5 di Hong Kong menggunakan bateri 100 kWj, kecuali varian Pro yang lebih rendah, yang menggunakan bateri lebih kecil iaitu 76 kWj.


Jarak pemanduan berdasarkan kitaran WLTP bagi varian Pro ialah 465 km, Premium mencecah 590 km dan kedua-dua Summit Edition dan Brabus mencatatkan jarak EV maksimum 540 km.


Dari segi pengecasan, varian Pro hanya menyokong pengecasan AC 11 kW, sementara Premium, Summit Edition dan Brabus menyokong pengecasan AC dengan input lebih tinggi pada 22 kW, mengambil masa kira-kira 3.5 jam dari 10-80%. 


Angka rasmi bagi pengecasan pantas DC tidak didedahkan, namun smart Hong Kong memaklumkan bahawa Pro mengambil masa kira-kira 30 minit untuk dicas dari 10-80%, manakala yang lain kira-kira 20 minit. 


Sistem Audio Sennheiser & Skrin Gergasi


smart-5-HongKong-8.jpgsmart-5-HongKong-7.jpgsmart-5-HongKong-4.jpg


Kelengkapan yang disediakan di dalam kabin sama seperti versi Eropah dan China. Varian Summit Edition dan Brabus didatangkan dengan sistem audio Sennheiser Signature 2,000 watt, dua skrin penumpang AMOLED 13 inci dan pelbagai lagi ciri premium yang lain. 


Kedudukan stereng yang terletak di sebelah kanan (RHD) adalah satu-satunya perubahan yang ketara untuk pasaran Hong Kong.


Lebih Murah Daripada smart #3?


smart-5-HongKong-5.jpg


Yang paling mengejutkan ialah harga jualanya. Berikut senarai harga jualan rasmi smart #5 di Hong Kong:

  • smart #5 Pro – HKD 289,000 (~RM158,716)
  • smart #5 Premium – HKD 369,000 (~RM202,651)
  • smart #5 Summit Edition – HKD 399,000 (~RM219,127)
  • smart #5 Brabus – HKD 439,000 (~RM241,095)

Menariknya, harga varian Pro lebih murah daripada smart #3 Premium di pasaran yang sama.


Malaysia Mungkin Tidak Ikut Jejak Harga Hong Kong


Jangan terlalu 'ghairah' ke bilik pameran smart Malaysia, model smart #5 yang bakal memasuki pasaran tempatan mungkin tidak akan mengikut struktur harga seperti di Hong Kong. Namun, melihat bagaimana model #1 dan #3 diposisikan berbanding pesaing Eropah, tidak mustahil model ini akan ditawarkan pada harga yang kompetitif.

Baca: MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB5384

SELANGOR

BSV4533

JOHOR

JJ4782J

PULAU PINANG

PSH7401

PERAK

APN3926

PAHANG

CFJ5247

KEDAH

KGK1077

NEGERI SEMBILAN

NEM7552

KOTA KINABALU

SJV4454

KUCHING

QAB1627Q

Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Gaya Hidup
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Kereta Baru
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
Global
EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Kereta Baru
SUV Elektrik smart #5 Dipertontonkan – 3 Varian, Lancar Oktober Nanti

SUV Elektrik smart #5 Dipertontonkan – 3 Varian, Lancar Oktober Nanti

smart Malaysia (PRO-NET) akhirnya memperlihatkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk SUV elektrik flagshipnya, smart #5.

28-08-2025
Global
smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

smart Automobile memperkenalkan varian hibrid plug-in (PHEV) sulungnya iaitu smart #5 EHD atau “Electric Hybrid Drive”.

18-07-2025
EV
MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025

Berita Terkini

EV
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.

26-11-2026
EV
We Never Anti EV - Menteri MITI

We Never Anti EV - Menteri MITI

Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.

26-11-2026
EV
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.

20-11-2026
EV
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.

19-11-2026
EV
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.

19-11-2026
EV
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?

17-11-2026
EV
BYD Flash Charging Bakal Dilancar

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.