ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Elektrik smart #5 Dipertontonkan – 3 Varian, Lancar Oktober Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-3.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-45.jpg


Setelah diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), smart Malaysia (PRO-NET) akhirnya memperlihatkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk SUV elektrik flagshipnya, smart #5. Dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Oktober ini, model #5 bakal ditawarkan dalam tiga varian iaitu varian Pro, Premium dan Brabus.  Versi yang dapat CariCarz dekati baru-baru ini ialah Premium dan Brabus, dan ini segalanya yang perlu anda tahu...


Tiada Varian Summit Edition di Malaysia


Model Summit Edition yang diperlihatkan semasa MAS 2025 tidak akan memasuki pasaran Malaysia. Buat masa ini, versi yang diinspirasikan daripada model lasak pacuan 4x4 ini hanya ditawarkan di pasaran antarabangsa lain seperti Hong Kong dan Eropah.


Ciri Mekanikal smart #5 


Varian asas, Pro, menggunakan motor tunggal pacuan roda belakang (RWD) dengan kuasa 335 hp dan tork 373 Nm, mampu memecut 0-100 km/j dalam 6.9 saat dengan pilihan mod pemanduan Eco, Normal dan Sport. Ia menggunakan bateri NCM 76 kWj dengan jarak pemanduan WLTP sehingga 465 km.  Ia menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC 150 kW. 


Caricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-5.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-12.jpg


Varian Premium menggunakan motor RWD lebih berkuasa 358 hp, tork 373 Nm dengan pecutan 6.5 saat dan dipasangkan dengan bateri NMC berkapasiti lebih tinggi, 100 kWj, yang membolehkan jarak WLTP maksimum 590 km. Ia menyokong pengecasan AC 22 kW dan DC 400 kW yang dapat mengecas dari 10% hingga 80% dalam 20 minit.


Caricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-3.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-14.jpg


Varian paling berkuasa, Brabus pula hadir dengan sistem dua motor pacuan semua roda (AWD) menghasilkan 637 hp dan 710 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 3.8 saat, berkelajuan maksimum 200 km/j. Jarak WLTP yang dijanjikan daripada bateri NMC 100 kWj (sama seperti Premium) ialah 540 km. Varian ini dilengkapi suspensi sporty dan mod pemanduan khas seperti Snow, Sand, Mud, Rock, Adaptive dan Brabus.


Baca: smart #5 Brabus EV Paling Berkuasa Jenama Setakat Ini Diperkenalkan


Rekaan Menyerlah smart #5


Caricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-11.jpg


smart #5 direka dengan aura yang lebih gah sebagai model terpanjang dan terbesar keluaran smart setakat ini. Panjangnya ialah 4,705 mm, lebar 1,920 mm dan tinggi 1,705 mm dengan jarak roda 2,900 mm. Saiz ini bagaimanapun sedikit kecil jika dibandingkan dengan  EV SUV premium lain dalam segmen yang sama seperti Xpeng G6, BYD Sealion 7 dan Zeekr 7X. 


Caricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-2.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-13.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-1.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-6.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-11.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-15.jpg


Dari segi rekaan, varian Premium tampil dengan lampu depan LED Cyberlight Matrix yang unik bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED yang berkelebaran penuh pada sudut depan, konsep rekaan sama turut digunakan untuk lampu belakang. 


Ciri lain ialah pemegang pintu jenis pop-out, logo smart yang bercahaya pada tiang D dan rim aloi 20 inci direka tertutup untuk aerodinamik. Empat pilihan warna badan dua tona ditawarkan iaitu Meta Black, Cyber Silver, Pulsar Ruby dan Saturn Beige, kesemuanya didatangkan dengan bumbung berwarna Eclipse Black. 


Caricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-1.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-16.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-7.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-8.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-18.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-20.jpg


Varian Brabus pula menerima sentuhan sporty pada pelbagai sudut dengan kit badan Brabus yang merangkumi lip depan, skirt sisi, bampar agresif depan dan belakang serta spoiler bumbung. Rim aloi Brabus Monoblock berukuran 21 inci diberikan kemasan berwarna hitam. Varian tertinggi in ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Atom Matte Grey, Meta Black dan Digital White.


Kabin Mewah & Canggih smart #5


Caricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-36.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-33.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-34.jpg


Sama seperti versi yang ditawarkan di pasaran antarabangsa lain, smart #5 Malaysia hadir dengan sistem paparan tiga skrin, termasuk dua skrin infotainmen AMOLED 13 inci yang disokong oleh teknologi cip AMD V2000 dan kluster meter digital 10.3 inci serta papar pandu realiti terimbuh (AR-HUD) 25.6 inci di sebalik stereng.


Caricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-36.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-29.jpg


Untuk hiburan, kabinnya dilengkapi sistem audio mewah 20 speaker 2,000 watt daripada Sennheiser Signature Sound, lengkap dengan audio keliling Dolby Atmos, menjadikannya sebagai kereta pertama di dunia yang menggunakan teknologi audio terkenal Jerman ini.


Caricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-23.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-31.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-27.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-24.jpg


Walaupun lebih rendah berbanding varian Brabus, ruang kabin smart #5 Premium kelihatan lebih mewah dengan penggunaan bahan premium iaitu balutan kulit dan venier daripada kayu sebenar dalam segenap ruang. Walaupun model yang dipertontonkan menggunakan warna tema coklat, kami dimaklumkan bahawa pasaran Malaysia bakal menerima kabin bertemakan warna hitam.


Ciri menarik lain adalah termasuk tempat duduk depan dengan fungsi pengudaraan, tempat duduk belakang dengan fungsi pemanasan, dua pad pengecas tanpa wayar, sistem pencahayaan ambien 256 warna, bumbung kaca panorama penuh, port USB-C di pelbagai sudut dan banyak lagi. 


Caricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-26.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-22.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-30.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-37.jpg


Varian Brabus turut dilengkapi dengan semua kemudahan teknologi yang terdapat pada varian Premium,  namun diberikan sentuhan sporty seperti stereng suede, tempat duduk hadapan berjahit logo Brabus dengan balutan upholsteri Dinamica berwarna hitam dan jahitan merah, tali pinggang keledar merah, serta kemasan gentian karbon menggantikan venier kayu. 


Caricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-16.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-38.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-18.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-49.jpg


smart #5 juga praktikal dengan ruang but seluas 630 liter boleh diperluaskan kepada 1,530 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Terdapat ruang frunk sehingga 72 liter, namun varian Brabus yang memiliki dua motor mengurangkan ruang frunk kepada 47 liter.


Sistem Keselamatan Pintar


Caricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-10.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-4.jpg


Varian Premium dan Brabus diberikan pakej keselamatan aktif yang komprehensif lengkap dengan fungsi ADAS seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Pengesanan Titik Buta (BSD), Bantuan Penukaran Lorong (LCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Lintasan Trafik Hadapan dan Belakang (FCTA & RCTA), Bantuan Parkir Automatik Penuh (FAPA) dan banyak lagi. 


Dengan semua ciri canggih, elemen premium dan prestasi mantap yang didatangkan pada model ini, smart #5 bakal memberikan persaingan hebat dalam segmen SUV elektrik premium Malaysia tahun ini.

Baca: EV smart #5 Bakal Guna Sistem Audio 20 Speaker Sennheiser

Caricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-15.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQJ1239

SELANGOR

BSL7714

JOHOR

JYQ174

PULAU PINANG

PRX7841

PERAK

APE3701

PAHANG

CFE8394

KEDAH

KGD9084

NEGERI SEMBILAN

NEJ3162

KOTA KINABALU

SJP7865

KUCHING

QAB507N

Terakhir Kemas Kini 21 Jan, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.52

-0.02

RON 97

RM 3.08

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.84

-0.05

EURO 5 B7

RM 3.04

-0.05

Terakhir Kemas Kini 15 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Kereta Baru
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
Global
EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global
smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

smart Automobile memperkenalkan varian hibrid plug-in (PHEV) sulungnya iaitu smart #5 EHD atau “Electric Hybrid Drive”.

18-07-2025
EV
smart #5 Versi RHD Dilancarkan Di Hong Kong – Malaysia Seterusnya?

smart #5 Versi RHD Dilancarkan Di Hong Kong – Malaysia Seterusnya?

Selepas membuat kemunculan sulungnya kepada umum di Malaysia Autoshow 2025, model smart #5 kini secara rasmi memasuki pasaran RHD pertamanya, iaitu di Hong Kong.

15-05-2025
EV
MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Kereta Baru
Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

BMW Group Malaysia turut mengejutkan peminat automotif dengan pelancaran model edisi terhad yang disematkan pelbagai ciri eksklusif, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition 2026.

16-01-2026
Kereta Baru
Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888

Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888

Kia Sales Malaysia (KSM) telah melancarkan Kia Carnival’ versi facelift 2026, petang tadi.

15-01-2026
Kereta Baru
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Kereta Baru
XPeng G6 RWD Dilancarkan, Jarak Gerak 480KM, Harga-RM158,888

XPeng G6 RWD Dilancarkan, Jarak Gerak 480KM, Harga-RM158,888

XPeng G6 RWD dilancarkan secara rasminya.

14-01-2026
Kereta Baru
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru
Proton e.MAS 7 PHEV Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM100,000-RM130,000

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.