Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Selain Toyota dan McLaren, nampaknya Ferrari juga tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan 24 Jam Le Mans pada tahun ini, memandangkan pengeluar kereta berprestij itu memperkenalkan model 296 Speciale yang dinamakan sebagai Piloti Ferrari.
Ia dibangunkan oleh sebuah bahagian khas Tailor Made Ferrari, dimana 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi baik dalam perlumbaan kompetitif mahupun sebaliknya.


Memandangkan ia direka khas untuk “mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman pemanduan di litar,” 296 Speciale Piloti ini mendapat inspirasi daripada hypercar Ferrari 499P Le Mans, yang mencipta kemenangan pada tahun 2023, 2024 dan 2025 dalam kategori Hypercar.


Apa yang cukup menarik mengenai model ini adalah ia hadir dalam warna Giallo Modena, ada logo WEC yang dilukis dengan tangan, tertera bendera Itali di bampar hadapan manakala nombor perlumbaan boleh dipilih pelanggan.


Selain warna merah ikonik Rosso Scuderia, pembeli juga boleh memilih Piloti 296 Speciale ini dalam warna istimewa lain seperti Blu Tour De France, Nero Daytona, dan Argento Nurburgring.
Nampaknya, tema permotoran diteruskan sehingga ke kabinnya dimana tempat dudukna dibalut dengan upholsteri Alcantara hitam khas yang dihiasi aksen kuning kontras serta tali pinggang keledar berwarna kuning.
Selain itu, terdapat juga elemen gentian karbon, termasuk lambang peringatan khas, ambang pintu gentian karbon dengan ukiran peribadi dan nombor livery turut dipaparkan.


Memandangkan pakej Piloti ini secara asasnya adalah pakej rekaan peringatan, Piloti 296 Speciale tidak menerima sebarang peningkatan prestasi berbanding model standard. Ia masih dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 twin-turbo plug-in hibrid (PHEV) dimana ia menghasilkan output gabungan sebanyak 868 hp.
Dipadankan dengan kotak gear DCT 8-kelajuan, 296 Speciale mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 2.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 330 km/j, manakala pek bateri 7.45-kWh memberikannya jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 25 km.

Piloti Ferrari 296 Speciale serba baharu ini bukanlah model edisi khas Le Mans pertama dan satu-satunya yang pernah dihasilkan oleh Ferrari, memandangkan pengeluarnya perna =h mencipta model khas berasaskan SF90 untuk perlumbaan 2023.
Apapun, kami yakin bahawa Piloti 296 Speciale ini bukanlah model edisi khas Le Mans terakhir dari Ferrari.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isu Ferrari vs Aruz: Pemuda UMNO Sedia Bantu Peguam Percuma, Dr. Akmal Cari Pemandu Aruz
"Kepada abang pemandu Aruz ataupun siapa yang kenal dia, tolong kontak saya. Saya nak tuntutkan keadilan untuk abang pemandu Aruz, - Ketua Pemuda UMNO.
10-08-2026
Gara-Gara Tak Puas Hati, 2 Pemandu "Bertinju" Di Tengah Lebuhraya
Lagi pemandu gaduh di lebuhraya.
09-08-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta
Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.
29-10-2025
Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas
Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.
10-10-2025
VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan
Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.
25-09-2025
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans
JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.
11-08-2025
Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas
Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.
01-07-2025
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
