BYD Capai Pengeluaran 13 Juta Model NEV!

Pengeluar automotif China, BYD, sekali lagi mencatatkan sejarah dengan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) unit ke-13 juta. Kenderaan ke-13 juta tersebut ialah Yangwang U7, sebuah sedan berprestasi tinggi jenis hibrid plug-in (PHEV) daripada jenama premium Yangwang milik BYD.
Lonjakan Permintaan Model NEV




Apa yang lebih mengagumkan, pencapaian ini dibuat dalam tempoh hanya lapan bulan selepas BYD mencapai 10 juta unit NEV pada November tahun lalu dengan model Denza Z9 GT.
Sebagai perbandingan, BYD mengambil masa 15 tahun untuk menghasilkan 5 juta NEV pertama, manakala 5 juta seterusnya dihasilkan hanya dalam tempoh 15 bulan, menunjukkan kemajuan pesat dan kecanggihan teknologi syarikat.
Ciri Mekanikal Yangwang U7

Model Yangwang U7 yang dikeluarkan dari kilang Shenzhen ini ditawarkan dalam dua varian, PHEV serta kenderaan elektrik elektrik (BEV). Varian PHEV menggunakan enjin turbo 2.0 liter yang menghasilkan kuasa 268 hp (200 kW), dipadankan dengan bateri berkapasiti 52.4 kWj yang mampu mencapai jarak perjalanan elektrik sejauh 200 km dan jarak keseluruhan lebih daripada 1,000 km.
Sementara itu, versi BEV hadir dengan sistem kuasa empat motor yang memberikan kuasa gabungan 1,287 hp (960 kW), membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.9 saat serta kelajuan maksimum 270 km/j. Tenaga disalurkan melalui bateri berkapasiti tinggi, 135.5 kWj, dengan jarak perjalanan sehingga 720 km mengikut piawaian CLTC.
Seperti model Yangwang lain, U7 menggunakan teknologi suspensi aktif DiSus-Z khas BYD yang menggunakan penggerak elektromagnetik menggantikan penyerap hentak hidraulik tradisional. Ia juga dilengkapi sistem stereng roda belakang (Rear-Wheel Steering) yang boleh berpusing sehingga 20 darjah untuk kawalan lebih responsif.
Mewah & Sarat Ciri Teknologi Moden


Walaupun berprestasi seperti supercar, U7 tetap sebuah kenderaan mewah dengan pelbagai kemudahan moden serta keselesaan maksimum. Antaranya termasuk skrin sentuh OLED berukuran 12.8 inci, panel instrumen 3D 4K tanpa cermin berukuran 23.6 inci, skrin khas untuk penumpang belakang berukuran 23.6 inci, dua peti sejuk mini, sistem audio premium Dynaudio dan banyak lagi.
Harga Jualan di China


Di pasaran China, Yangwang U7 varian lima tempat duduk dijual pada harga bermula dari CNY 628,000 (~RM370,564), manakala varian empat tempat duduk lebih mahal dengan harga sekitar CNY 708,000 (~RM417,770).
Baca: BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan
Baca: Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQM4683
SELANGOR
BSM5949
JOHOR
JYR7039
PULAU PINANG
PRY8159
PERAK
APF3812
PAHANG
CFF3908
KEDAH
KGE4262
NEGERI SEMBILAN
NEJ5627
KOTA KINABALU
SJQ3628
KUCHING
QAB2655N
Terakhir Kemas Kini 24 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.99
EURO 5 B7
RM 3.19
Terakhir Kemas Kini 19 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%
Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.
16-02-2026
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini
BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.
22-01-2026
BYD Sealion 5 DM-i PHEV Dilancarkan Tetapi Bukan Di Malaysia
BYD Sealion 5 DM-i baharu kini membuat kemunculan sulungnya di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) kedua, apabila SUV hibrid plug-in (PHEV) ini secara rasmi dilancarkan di United Kingdom.
15-01-2026
Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini
Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.
09-01-2026
Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!
Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.
06-01-2026
BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini
BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.
24-12-2025
BYD Atto 2 DM-i PHEV Didedah, Boleh Gerak Sehingga 1,000KM, Ada Kemungkinan Masuk Malaysia
BYD Atto 2 DM-i yang merupakan SUV crossover plug-in hybrid (PHEV) membuat penampilan pertamanya di Eropah, baru-baru ini.
25-11-2025
Berita Terkini
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu
Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.
20-02-2026
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur
Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
19-02-2026
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP
Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.
12-02-2026
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa
Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.
11-02-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
