Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Suhana Veru
1 day ago
Sejak kebelakangan ini, pasaran kenderaan elektrik (EV) dibanjiri dengan lambakan MPV EV mewah dimana kebanyakannya berasal dari China.
Di sebalik kemunculan pelbagai MPV mewah, Denza D9 baharu jua dilihat agak menonjol dan dikatakan antara MPV paling popular dalam kalangan Malaysia.
Malah, MPV Denza D9 turut dinobatkan sebagai salah satu MPV EV mewah paling laris di pasaran kita!
Fuhh, tahniah!
Bagi yang tidak tahu lagi, Denza D9 sebenarnya dibawa masuk oleh BYD Malaysia dan apa yang penting ia berjaya "menoda" pasaran tempatan disebabkan reka bentuknya yang elegan, ruang dalamannnya juga serba luas serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih.
Bagi menguji keupayaan MPV gedabak ini, kami dijemput oleh Denza Malaysia untuk mengikuti sesi pandu uji varian tertinggi, Denza D9 Premium AWD dari Kuala Lumpur ke Desaru, Johor Bahru, baru-baru ini.
Ini dia tanggapan pertama kami mengenai MPV elektrik yang paling laris di Malaysia .....
TENTANG KERETANYA..
Sebagai model pertama dan satu-satunya yang diperkenalkan oleh Denza setakat ini, Denza D9 sememangnya menarik perhatian, tetapi bukan dengan cara pesaing-pesaingnya.
Ini kerana, jika dibandingkan dengan saingan terdekatnya, D9 tampil sebagai model yang paling konservatif dari segi reka bentukdan itu sebenarnya adalah sesuatu yang cukup positif.
Jika sekilas pandang, D9 sebenarnya lebih menggunakan rekaan kotak yang ringkas iaitu seperti mana rekaan popular model MPV Jepun berkuasa enjin pembakaran dalaman.
Begitupun, Denza D9 dilihat membawa identiti reka bentuknya yang tersendiri kerana dilengkapi dengan lampu utama LED yang tajam dengan jalur DRL memanjang manakala lampu belakang LED jenis merentangi bahagian belakang membuatkan ia kelihatan seperti anak panah serta hadir dengan rim aloi bersaiz 18 inci.
Dari segi dimensi, Denza D9 juga sepadan dengan pesaing-pesaingnya, dengan ukuran panjang 5,250 mm, lebar 1,960 mm, tinggi 1,920 mm, serta jarak antara roda (wheelbase) sepanjang 3,110 mm.
Bagi pilihan warna luaran, pelanggan boleh memilih antara tiga pilihan iaitu Arctic White, Whale Sea Blue, dan Cosmos Black.
Sebaik melangkah masuk ke dalam kabin Denza D9, ia menawarkan keluasan yang agak luar biasa serta hadir dengan pelbagai ciri-ciri premium yang sememangnya sudah dijangkakan.
Untuk varian tertinggi ini, bahagian dalamannya dibaluti dengan upholsteri kulit Nappa dalam dua pilihan warna, serta digandingkan dengan lapisan bumbung dalaman suede yang lembut dan kemasan kayu asli.
Dengan konfigurasi tempat duduk 2-2-3, barisan kedua D9 boleh dianggap sebagai tempat paling selesa dalam MPV ini.
Untuk makluman anda, dua kerusi kapten di tengah dilengkapi dengan pelbagai fungsi mewah. Antaranya kerusinya boleh dilaraskan, terdapat sistem pengudaraan, malah turut disertakan fungsi urutan.
Setelah membelek bahagian kerusinya, rupa-ruanya setiap kerusinya hadir dengan pengecas tanpa wayar 50 watt, port USB-C, dan panel kawalan sentuh individu sekali gus membolehkan penumpang mengakses fungsi dalam kenderaan ini.
Sementara itu di barisan tempat duduk ketiga, Denza D9 juga agak selesa, di mana kami mendapati ruangnya mencukupi untuk tiga orang dewasa.
Selain itu, barisan ini juga dilengkapi dengan port USB-C manakala tempat duduknya hadir dengan fungsi penyejuk bagi memastikan keselesaan penumpang belakang.
Malah, kami ada menegakkan kerusi barisan ketiga namun ruang but D9 tetap memuaskan, dengan kapasiti antara 410 liter hingga 570 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruang butnya boleh menjadi lebih luas iaitu 2,310 liter.
Kemudahan utama lain yang ditawarkan termasuk dua bumbung panaromik, bidai untuk tingkap belakang dan apa yang paling menarik ialah Denza D9 di pasaran Malaysia juga didatangkan standard dengan peti sejuk yang boleh dibuka secara automatik dengan menekan satu butang.
Bukan setakat itu, peti itu boleh digunakan sebagai pemanas kerana menyokong suhu sehingga 40 darjah Celcius selain ada meja lipat untuk penumpang baris kedua, pintu gelangsar berkuasa, skrin infotainmen bersaiz 15.6 inci, kluster instrumen 3D, ada pengecas wayarles, 14 speaker Dynaudio, 4 ISOFIX dan banyak lagi.
Pastinya, ini akan membuatkan pesaingnya "panas bontot" kerana Denza D9 menawarkan pelbagai kemudahan yang serba lengkap.
Berdasarkan pengalaman kami, memang terasa bahawa ada lebih daripada cukup perkara dalam kenderaan ini untuk membuatkan kami terhibur sepanjang perjalanan jauh. Bercakap tentang itu, mari baca ulasan ringkas kami!
PENGALAMAN PEMANDUAN!
Perjalanan kami bermula dari bilik pameran Denza yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur di mana kami berhenti beberapa kali untuk berehat dan mengecas kenderaan dalam perjalanan ke destinasi akhir kami di Desaru, Johor.
Walaupun spesifikasi di atas kertas menunjukkan kami boleh tiba dari KL ke Desaru tanpa perlu berhenti untuk mengecas, perjalanan ini sebenarnya bertujuan untuk merasai keselesaan dan prestasi D9 dalam perjalanan jarak jauh, dan bukannya sekadar ujian jarak pemanduan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, unit D9 yang kami pandu ialah varian Premium AWD spesifikasi tertinggi, yang menggunakan sistem pacuan semua roda dwimotor yang lebih bertenaga dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 369 HP (275 kW) dan tork 470 Nm.
Menerusi kuasa itu, sudah memadai MPV gedabak ini memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat. Tenaganya yang dibekalkan oleh pek bateri LFP ‘Blade’ BYD berkapasiti besar 103.36 kWh, membolehkan ia melakukan perjalanan sehingga 480 km mengikut piawaian WLTP.
Berbalik kepada perjalanan, ada beberapa media termasuk saya memulakan perjalanan dengan duduk di barisan tempat kedua Denza D9.
Perkara pertama yang kami perasan ialah betapa senyapnya kerana kami hampir tidak mendengar sebarang bunyi angin atau tayar masuk ke dalam kabinnya.
Malah, ketika memecut laju, MPV gedabak ini menunjukkan kad laporan yang cukup cemerlang terutama dari segi bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) di dalam kabin. Ia adalah satu aspek yang cukup penting dalam sesebuah MPV mewah.
Satu lagi faktor penting dalam menilai MPV mewah ialah tahap keselesaan pemanduan, dan kami gembira untuk melaporkan bahawa D9 cukup menyerlah dalam aspek ini.
Bukan nak angkat bakul sangat tetapi itulah realitinya kerana berbanding EV lain yang pernah kami pandu uji sebelum ini, tahap keselesaan dan perjalanan D9 terasa berada di tahap yang lebih tinggi, hasil daripada penggunaan penyerap hentak adaptif DiSus-C yang dibangunkan oleh BYD.
Bagaimanapun, penulis terasa sedikit kesan melambung dan teroleng namun ia adalah kelemahan yang biasa ada pada kebanyakan EV yang pernah kami uji sebelum ini.
Mujur, kami berjaya mengurangkan masalah ini dengan menurunkan tekanan tayar kenderaan selain menetapkan penyerap hentak adaptif pada tahap paling kukuh untuk mengelakkan olengan secara berlebihan.
Apa yang mengejutkan kami ialah betapa sedapnya ketika memandu Denza D9. Mereka yang biasa memandu MPV bersaiz besar akan berasa selesa, dan kami berani katakan bahawa konfigurasi dwimotor sebenarnya meningkatkan lagi pengalaman pemanduan MPV gedabak ini.
Terima kasih kepada sistem dwimotor, di saat melenjan MPV ini , kami tidak terasa kelajuannya rupa-rupanya sudah melebihi had kelajuan lebuh raya.
Penyerap hentak adaptif DiSus-C turut membantu menyembunyikan saiz dan berat sebenar D9 sekali gus menjadikan pengalaman memandu MPV ini agak menggerunkan buat pemandu yang jarang memandu MPV.
Dari segi penggunaan tenaga, EV dwimotor memang tidak terkenal dengan penjimatan kuasa, dan itulah yang kami alami sepanjang perjalanan jarak jauh ini.
Dengan gaya pemanduan yang agak agresif dimana rata-rata media berada di lorong kanan lebuh raya namun kami cuma mencatatkan penggunaan antara 22.8 kWh untuk 100 km hingga 26.7 kWh/ 100 km.
Nasib baik, prestasi pengecasan D9 agak baik dan memberikan sedikit penjimatan sepanjang perjalanan. Sebagai makluman, D9 menyokong pengecasan DC sehingga 166 kW, sekali gus membolehkan pek bateri LFP bersaiz besar dicas dari 30% ke 80% hanya dalam masa 30 minit.
Menyentuh mengenai pengecasan, anda jangan risau!
Ini kerana kebanyakan pengecas EV sudah dipasang sepanjang lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia dan kebimbangan terhadap jarak perjalanan atau range anxiety semakin berkurangan.
Jadi, jangan teragak-agak untuk membeli Denza D9.
KESIMPULAN:
Menerusi pandu uji singkat ini, kami menyimpulkan bahawa Denza D9 Premium AWD ini menawarkan prestasi yang cukup padu baik di kawasan bandar, kampung mahupun di lebuhraya.
Maka, baru kami sedar mengapa ia berada di kedudukan sebagai salah satu EV mewah paling popular di pasaran tempatan buat masa ini.
Dengan harga RM309,900 untuk varian tinggi ini, D9 turut hadir bersama pakej jaminan . Harga ini sebenarnya termasuk dengan jaminan kenderaan selama 6 tahun atau 150,000 km, jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km, jaminan berasingan selama 8 tahun atau 150,000 km untuk motor pacuan dan pengawal motor.
Denza D9 juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan waranti rentas sempadan buat pengguna di Malaysia, Singapura, dan Thailand.
Di sebalik pakej yang cukup mantap, perlindungan jaminan yang komprehensif, serta rangkaian pengedar dan pusat servis yang semakin berkembang pesat di seluruh Semenanjung Malaysia, maka tidak hairanlah mengapa Denza D9 berjaya merangkul gelaran sebagai MPV elektrik paling laris di Malaysia.
Gallery






























Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPE6637
SELANGOR
BSF1428
JOHOR
JXY4534
PULAU PINANG
PRR642
PERAK
ANW2154
PAHANG
CFB8632
KEDAH
KGA7209
NEGERI SEMBILAN
NEG794
KOTA KINABALU
SJL245
KUCHING
QAB4380L
Terakhir Kemas Kini 28 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2025
Berita Berkaitan
Denza D9 Laku Keras: 200 Unit Pertama Sudah Dihantar Kepada Pelanggan
Denza menyerahkan 200 unit pertama Denza D9 kepada pembeli terawal dalam satu acara khas, baru-baru ini.
16-03-2025
Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K
Denza D9 didatangkan dalam dua varian.
20-02-2025
Dilancar: Negara Sebelah Dah Dapat Denza D9, Malaysia Dapat Tahun Depan
Sub-jenama mewah BYD, MPV elektrik, Denza D9 secara rasminya sudah dilancarkan di pasaran Thailand, pada minggu lepas.
04-11-2024
Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik
Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.
02-05-2025
Denza Anjur Roadshow Pertama di Malaysia – Pandu Uji, Wallbox & Servis Percuma
Jenama automotif premium, Denza, bakal mengadakan jerayawara (roadshow) pertamanya di Malaysia hujung minggu ini.
12-03-2025
Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K
Denza D9 didatangkan dalam dua varian.
20-02-2025
Denza D9 Bakal Dilancarkan 20 Februari Ini – Harga Sekitar RM280K?
Denza Malaysia, hari ini memperkenalkan Denza D9 buat pertama kalinya kepada umum sebelum pelancarannya.
13-02-2025
Denza D9 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Selamat Dengan Teknologi Keselamatan 'God's Eye'
Model terbaru Denza D9 2025 telah diperkenalkan secara rasmi di China dalam lima pilihan varian hibrid plug-in (PHEV) dan tiga varian elektrik sepenuhnya (EV).
31-12-2024
Berita Terkini
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat