Peugeot 308 Generasi Ke-3 Versi Facelift Diperkenalkan – Lebih Menawan, Lebih Berkuasa
Peugeot 308 generasi ketiga yang bakal memasuki usia ke-4 setelah dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2021, kini tampil dengan wajah baharu yang lebih dramatik. Model yang dikeluarkan daripada kilang Peugeot di Mulhouse, Perancis ini akan mula dipasarkan di Eropah dan United Kingdom dalam masa yang terdekat.
Reka Bentuk Lebih Menawan




Dari segi rekaan, kedua-dua varian hatchback dan wagon Peugeot 308 buat pertama kalinya menampilkan emblem Peugeot yang bercahaya di bahagian depan kenderaan. Aura sudut depan kelihatan makin menyerlah dengan gril baharu dan lampu DRL berbentuk ‘tiga garis cakaran’.
Model ini juga kelihatan tegap dengan jalur cahaya yang terintegrasi dalam gril menghubungkan kedua lampu utama. Sistem radar tersembunyi kemas di bahagian belakang emblem untuk gaya lebih minimal tanpa mengorbankan aspek keselamatan.
Kemas kini yang diberikan kali ini juga meningkatkan aerodinamik sekaligus membantu penjimatan bahan api dan tenaga. Komponen ambilan udara pada sudut bampar kali ini bukan sekadar hiasan, tetapi berfungsi mengalirkan udara ke bahagian dalam lengkungan roda. Rekaan ini menjadikan model 308 antara yang paling aerodinamik dalam kelasnya.
Sudut belakang pula, kesemua versi kini menggunakan lampu ikonik ‘tiga garis cakaran’ yang dihubungkan melalui bar gelap yang memanjang menyerlahkan kelebaran jentera. Model ini ditawarkan dengan pilihan sama ada rim aloi 17 atau 18 inci dengan reka bentuk baharu.
Kabin Moden & Canggih



Walaupun perubahan dalam kabin tidak terlalu ketara, Peugeot telah memperkenalkan grafik 3D baharu bagi sistem infotainmen dan instrumen digital. Reka bentuk kokpit i-Cockpit yang terkenal dengan stereng kecil dan kedudukan sistem kawalan yang mesra pemandu dikekalkan.








Ciri menarik lain yang ditawarkan termasuk sistem audio premium 10 speaker Focal, pencahayaan ambien dengan lapan warna, tempat duduk dengan fungsi urutan dan juga kemudahan kemas kini perisian secara over-the-air (OTA). Semua varian mendapat sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta beberapa port USB-C untuk penumpang hadapan dan belakang. Untuk kemasan, balutan kulit Alcantara ditawarkan pada varian yang tinggi.
Peugeot 308 turut hadir dengan fungsi pra-pemanasan dan penyejukan yang boleh dikawal dari jauh menggunakan aplikasi MyPeugeot pada telefon pintar.




Wagon 308 SW yang memiliki bumbung panjang terus hadir dengan ciri praktikal iaitu ruang but luas, menawarkan kapasiti 598 liter dan boleh diperluas sehingga 1,487 liter dengan tempat duduk belakang dilipat 40:20:40.
Pilihan Enjin Yang Pelbagai
Peugeot mengekalkan pilihan enjin petrol hibrid ringkas (MHEV), diesel, hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik (EV).
Enjin 1.2 liter turbo petrol 3 silinder dan 1.5 liter diesel kini menghasilkan kuasa lebih tinggi, masing-masing dengan output 143 hp dan 128 hp. Varian PHEV menggabungkan enjin 1.6 liter 4 silinder dengan motor elektrik yang menghamburkan kuasa 192 hp, dengan bateri 17.2 kWj yang mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 85 km dengan kuasa elektrik, lebih tinggi berbanding 79 km sebelum ini.


Semua varian enjin pembakaran dalaman dipadankan dengan transmisi dwi-klac enam kelajuan (e-DSC6) yang mempunyai motor elektrik, membolehkan kenderaan bergerak sehingga 50% masa dalam mod elektrik di kawasan bandar.


Sementara itu, model elektrik e-308 pula menggunakan motor 154 hp digabungkan dengan bateri 55.4 kWj, menjadikan jarak pemanduan kini lebih tinggi iaitu daripada 408 km kepada 452 km. Sistem pengecasan pantas DC 100 kW membolehkan bateri dicas daripada 20% ke 80% hanya dalam 32 minit dan turut dilengkapi fungsi vehicle-to-load (V2L).
Pelancaran & Pengeluaran
Peugeot 308 facelift ini dijangka akan mula ditawarkan di pasaran Eropah dan UK bermula musim luruh, dengan harga yang akan diumumkan kelak. Semua model masih dihasilkan di kilang Peugeot di Mulhouse, Perancis.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW3178
SELANGOR
BSP5914
JOHOR
JYV7839
PULAU PINANG
PSB8294
PERAK
APH1547
PAHANG
CFG3853
KEDAH
KGF6155
NEGERI SEMBILAN
NEK2839
KOTA KINABALU
SJR6742
KUCHING
QAB6923N
Terakhir Kemas Kini 02 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Apabila Teknologi & Nilai Estetika Bergabung: Ini Bagaimana Logo Peugeot Simpan 'Rahsia'
Logo generasi terbaharu daripada Peugeot kini bukan sekadar logo biasa.
29-03-2022
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat