Volkswagen T-Roc Generasi Kedua Muncul Di Eropah – HEV Pertama VW

Selepas lapan tahun diperkenalkan, Volkswagen T-Roc diberikan nafas baharu dengan kemunculan generasi kedua yang lebih besar dan bergaya. Tidak cukup dengan itu, generasi kali ini turut didatangkan dengan teknologi hibrid (HEV) yang pertama dibangunkan Volkswagen.
Rekaan Terkini


Dari segi rekaan, T-Roc kali ini kelihatan seperti Golf versi crossover. Bahagian hadapannya menampilkan ciri-ciri terkini dari VW, termasuk rekaan gril yang lebih halus, bersama bar lampu LED berkelebaran penuh serta logo VW yang bercahaya. Turut dipasang di sini ialah komponen ambilan udara pada bahagian bampar yang kelihatan sporty, lengkap dengan pelindung bawah badan (skid plate), serta lampu depan LED yang tajam.


Dari sisi, T-Roc generasi kedua masih mengekalkan rupa bentuk sisi yang ikonik. Garisan unik berbentuk seperti ‘kayu hoki’ masih dapat dilihat ‘mengalir’ hingga ke tiang C. Lekukan pada bahagian fender pula membuatkan jentera kelihatan lebih garang dan berotot. Pilihan rim baharu berukuran sehingga 20 inci turut ditawarkan untuk mereka yang inginkan kelainan.


Pada bahagian belakang, Volkswagen T-Roc generasi kali ini menampilkan cermin belakang yang miring sedikit seperti coupe. Bukan hanya untuk kelihatan ‘cantik semata-mata’, rekaan ini membantu meningkatkan kecekapan aerodinamik sehingga 10% dengan pekali rintangan udara 0.29 Cd. Lampu belakang pula direka berkelebaran penuh dengan teknologi LED, lengkap dengan logo VW yang menyala. Turut diperbaharui adalah sudut bamparnya yang kini lebih menonjol dan sporty.
Kabin Lebih Luas



Panjang T-Roc terbaru kini 4,373 mm atau 122 mm lebih panjang dengan jarak roda bertambah 28 mm kepada 2,631 mm dan ini diterjemahkan kepada ruang kabin yang lebih luas.
Bukan hanya lebih besar, model kali ini juga tampil lebih mewah dengan papan pemuka (dashboard) yang kini dibalut fabrik menggantikan plastik keras. Skrin tengah kini ditawarkan sama ada dalam saiz 10.4 atau 12.9 inci, di samping kluster meter digital 10 inci.


Volkswagen turut mengembalikan tombol dan butang fizikal untuk kawalan, berbeza dengan model lama yang menggunakan slider sentuh yang kurang praktikal.




Ciri menarik lain di ruang kabin termasuk tempat duduk ergoActive dengan pelarasan 14 arah dan fungsi urutan, sistem audio Harman Kardon, lampu ambien dan banyak lagi.

But T-Roc kini mencecah kapasiti 465 liter, boleh diperluas dengan melipat tempat duduk belakang.
Pilihan Kuasa Hibrid Terbaru
Kedua-dua varian dengan spesifikasi lebih rendah menggunakan enjin eTSI 1.5 liter 4 silinder sebagai asas, yang digabungkan dengan sistem hibrid ringkas 48 volt. Sistem ini memberikan kuasa tambahan sementara sebanyak 19 hp, menjadikan jumlah kuasa mencecah 114 hp dan tork 220 Nm untuk model asas, serta 148 hp dan 250 Nm untuk varian pertengahan. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi DSG tujuh kelajuan.


Versi HEV pula menggunakan sistem hibrid penuh pertama VW yang dipadankan dengan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder TSI evo2 bersama modul elektrik dan bateri litium-ion yang ditempatkan di bawah tempat duduk belakang. Dua varian kuasa ditawarkan iaitu 134 hp untuk varian asas dan 168 hp untuk varian tertinggi, masing-masing menghasilkan tork sebanyak 306 Nm.

Selain pilihan 1.5 liter ini, T-Roc baharu turut akan mendapat didatangkan dalam versi lebih berkuasa menggunakan enjin TSI 2.0 liter daripada Golf, sama ada dengan enjin petrol biasa atau sistem hibrid ringkas, serta pacuan semua roda 4Motion sebagai pilihan tambahan.
Tempahan Dibuka Di Eropah

Tempahan pra-jualan untuk T-Roc generasi baharu bermula hujung Ogos di Eropah, dengan penghantaran dijangka November tahun ini. Buat masa ini, harga jualan dan juga rancangan untuk membawa model ini ke pasaran antarabangsa lain masih belum diumumkan.
Baca: Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQQ6395
SELANGOR
BSN4179
JOHOR
JYT3364
PULAU PINANG
PSA5792
PERAK
APG361
PAHANG
CFF8012
KEDAH
KGE7928
NEGERI SEMBILAN
NEJ7865
KOTA KINABALU
SJQ8244
KUCHING
QAB4157N
Terakhir Kemas Kini 18 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen T-Roc 2022 Tampil Lebih Canggih Dan Miliki Reka Bentuk Lebih Sofistikated
Volkswagen telah mengumumkan kedatangan T-Roc 2022 yang diberikan nafas baharu.
09-02-2022
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
