- Berita
- Kereta Baru
- SUV Off-Road Elektrik, iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800
SUV Off-Road Elektrik, iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800

iCAUR Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya iCAUR V23 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.
Untuk pasaran tempatan, ia hadir dalam dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) (RM119,800) dan pacuan empat roda (iWD) RM132,800.

Dari segi ukuran, ia berukuran 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar, dan 1,845 mm tinggi, dan digandingkan dengan jarak gandar 2,735 mm.
Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 210mm, iCAUR V23 mampu meredah permukaan mencabar dan meredah air sedalam 600 mm, sekali gus membuatkan ia setanding dengan trak pikap yang lain.

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan jenis LED bersama lampu nyalaan siang manakala lampu belakang juga jenis LED serta dilengkapi dengan lampu brek ketiga tinggi yang terletak pada kotak simpanan tambahan.
Selain itu, varian 2WD hadir dengan tayar 255/55 R19 manakala V23 iWD pula dengan tayar 265/45 R21, yang mana membuatkan ia menyerlah lagi rekaannya.
Melihat kabinnya, ia menawarkan skrin sentuh HD Quad 15.4-inci yang dipacu oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8155, sistem audio 7 speaker


Malah, telefon pintar disepadukan dengan lancar tanpa wayar sebagai ciri piawai menerusi Android Auto dan Apple CarPlay.


Sebagai pelengkap ruang kabinnya, iCAUR V23 menyediakan empat butang konsol tengah untuk memudahkan kawalan fungsi di dalam kereta, termasuk pemilih mod pacuan, untuk bertukar antara lima mod pacuan dalam versi V23 2WD [ECO, Comfort (Selesa), Sport (Sukan), Individual (Individu), Slippery (Jalan Licin)], dan enam mod dalam versi iWD berserta mod Off-Road (Jalan Lasak) tambahan.

Mengenai trenkuasa, versi 2WD dipacu oleh motor elektrik dipasang belakang tunggal yang menghasilkan kuasa 100 kW (136 PS) dan tork 180 Nm.
Varian ini digandingkan dengan bateri Litium Ion Fosfat (LFP) 59.9-kWj, selain mencatatkan jarak pemanduan (NEDC) sehingga 360 km, menjadikannya sesuai bagi pemanduan harian dan perjalanan di sekitar bandar.
Dengan bekalan kuasa yang lancar dan pacuan roda belakang dinamik yang seimbang, versi 2WD menawarkan pengalaman memandu yang cekap dan juga menyeronokkan.


Bagi mereka yang inginkan keupayaan dan kuasa tambahan, iCAUR V23 iWD memperkenalkan sistem pacuan semua roda pintar dwimotor. Versi ini menjana output tergabung 155 kW (211 PS) dan tork 292 Nm, menghasilkan pecutan penuh yakin dan cengkaman mantap sama ada semasa meredah denai atau apabila meluncur dengan selesa di lebuh raya.
Sementara itu, varian iWD menawarkan jarak pemanduan lanjutan sehingga 430 km (NEDC), dipacu bateri litium tiga logam Nikel-Mangan-Kobalt (NMC) 81.8-kWj.


Prestasi V23 disokong oleh modul pacuan elektrik belakang yang kompak lagi berkuasa, menggabungkan komponen penting seperti Unit Kawalan Motor, Pengecas Dalaman, dan Penukar.
Versi iWD disokong oleh Motor Tak Segerak Magnet Kekal yang mantap pada gandar depan, memberikan cengkaman tambahan apabila keadaan memerlukan.
Bagaimanapun, kedua-dua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala pilihan V23 2WD menawarkan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 85 kW. Versi iWD ditambah baik dengan kadar pengecasan DC maksimum 104 kW, menawarkan kesenangan tambahan bagi perjalanan jarak jauh.


Mengenai ciri keselamatan, ia hadir dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk enam beg udara dan sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS Aras 2. Segala ciri keselamatan ini disokong oleh radar gelombang milimeter yang disepadukan ke dalam badan kenderaan untuk meningkatkan ketepatan pengesanan dalam pelbagai persekitaran.
Versi standard iCAUR V23 menyediakan ciri-ciri ADAS berikut, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Maklumat Terlepas Keluar (DAI), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Pertukaran Lorong (LCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP) dan Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA).
Terdapat juga Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), Pengesanan Titik Buta (BSD) dan Amaran Pembukaan Pintu (DOW).
Selain daripada prestasi dan ciri keselamatannya, iCAUR V23 dilengkapi turut dilengkapai termasuk Monitor Pandangan Menyeluruh (AVM) 540-darjah tersendiri jenama, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS), dan pembaca NFC yang diletakkan di dapra sisi pemandu untuk capaian pantas.
Bagi yang berminat, iCAUR V23 ditawarkan dalam enam pilihan warnanOff Road Orange (Oren Off Road), Khaki White (Putih Khaki), Army Green (Hjiau Tentera), Slate Silver (Perak Slate), dan Carbon Black (Hitam Karbon), yang semuanya dipadankan dengan hias dalaman kulit hitam.
Para pemilik V23 mendapat sokongan khidmat penjagaan komprehensif yang disediakan bagi semua model iCAUR.
Perkhidmatannya termasuk waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000 km, waranti bateri dan unit pacuan lapan tahun atau 160,000 km, dan jaminan penggantian bateri sekiranya Keadaan Kesihatan jatuh di bawah 70% dalam tempoh waranti.
Untuk 1,000 pendaftaran pertama, iCAUR Malaysia memperkenalkan Pakej Pembeli Awal yang dirangka khas untuk memberikan nilai bermakna kepada proses pemilikan. Setiap pembelian termasuk pengecas rumah Wallbox (Kotak Dinding) 7kW percuma bernilai RM3,400, untuk menawarkan kemudahan pengecasan di rumah kepada pengguna.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kit iCAUR V23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888
iCAUR Malaysia melancarkan kit iCAUR V23 Edisi Retro yang ditawarkan pada harga bermula dari RM22,000, sebentar tadi.
21-01-2026
Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road
Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.
10-11-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025
iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.
30-04-2025
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia
Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.
25-04-2025
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

