Huawei Berkemungkinan Besar Akan Menjual Kereta Elektrik Tahun Ini!
Huawei dikhabarkan akan melebarkan sayap perniagaan melalui penglibatan dalam dunia pengeluaran automotif. Syarikat gergasi yang mengeluarkan produk teknologi komunikasi dan informasi (ICT) ini dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan Changan Automobile yang merupakan entiti kerajaan China dan juga BAIC Group untuk mendapatkan bantuan mereka dalam penghasilan kereta ini nanti.
Berdasarkan tiga daripada empat sumber yang diterima, Huawei sudah pun memulakan kerja-kerja dalaman yang melibatkan penghasilan reka bentuk kereta elektrik (EV) di samping mendekati pembekal-pembekal di negara China. Sumber yang sama turut mendedahkan bahawa Huawei merancang untuk melancarkan projek ini seawal hujung tahun nanti.

Ketua Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu juga dilihat mula memberikan perhatian yang penuh kepada industri pembangunan EV. Kereta elektrik baharu yang bakal dikeluarkan nanti akan disasarkan kepada segmen pasaran umum.
Buat masa ini, Huawei terlibat dengan aktif dalam penghasilan sistem infotainmen, pelbagai jenis sensor dan juga teknologi komunikasi 5G. Teknologi ini telah pun digunakan dalam beberapa buah kereta keluaran BYD dan SAIC dari negara China. Huawei turut menjalankan kerjasama dengan syarikat lain dalam pembangunan pelbagai teknologi kenderaan pintar yang lain seperti Daimler, General Motors, dan SAIC.

Baru-baru ini, Huawei telah dianugerahkan dengan sekurang-kurangnya empat paten EV. Menurut rekod rasmi paten China, antara yang telah berjaya dipatenkan ialah alat untuk pengecasan antara kereta elektrik dan juga untuk pemeriksaan kesihatan bateri.

Daripada kebanyakan syarikat pengeluar produk ICT dan elektronik lain yang mendapat liputan tentang penglibatan mereka dalam dunia automobil, hanya Sony yang dilihat telah menghasilkan kereta prototaip yang berfungsi, hasil kerjasama mereka dengan pembekal-pembekal dari negara Eropah. Walau bagaimanapun pihak Sony berkata, EV tersebut hanyalah dihasilkan untuk menguji sebarang kemungkinan tentang pembangunan teknologi di masa hadapan. Buat masa ini, mereka tidak merancang untuk terlibat dalam industri automotif.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4873
SELANGOR
BSN7518
JOHOR
JYU1156
PULAU PINANG
PSB1146
PERAK
APG3783
PAHANG
CFG456
KEDAH
KGF335
NEGERI SEMBILAN
NEJ9230
KOTA KINABALU
SJR1876
KUCHING
QAB4958N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
BMW, Millennium Welt Sediakan Dua Fasiliti Pengecasan BMW i Di Gamuda Gardens, Rawang
BMW Group Malaysia dan Millennium Welt telah melancarkan dua stesen pengecasan baharu.
28-02-2022
Honda Bina Kilang Khas Untuk Pengeluaran EV.
Kilang tersebut akan dibina di Zon Pembangunan Ekonomi Wuhan di wilayah Hubei, China.
18-02-2022
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

